Pada 16 Julai 2012 adalah tarikh konvokesyen Politeknik Sultanah Bahiyah yang ke 7. Hari tu papa dapatlah diploma yang papa Kayra nak tu selepas belajar hampir dua tahun lebih. Papa Kayra start belajar masa Kayra baby lagi dan bila Kayra dah besar, dah pandai cakap pun, Kayra dapat tengok sendiri papa naik pentas ambik diploma. Papa belajar sambil bekerja, hujung minggu papa pi la kelas, weekdays kerja macam biasa. Selama dua tahun tu, hujung minggu papa memang sarat dengan aktiviti belajar dan kawan-kawan saja, nak bawak mama dan Kayra jalan-jalan pun kadang-kadang tak sempat.
Pada hari konvokesyen ni mula-mula papa cadang nak pakai baju melayu hitam, dah tempah siap pun. Tapi last-last bertukar fikiran, nak pakai kemeja pulak. Hari tu lah beli kemeja, hari lepas seoul Garden Gurney tu. Tak mau beli kat pulau, kita patah balik beli kat Pacific. Dah kemeja baru, nak jugak slack baru. Semua ni sebab konvo. Baju melayu tu nak buat pakai raya, elok lah hari tu cakap takmau baju melayu raya, Kayra dan mama dah buat baju kurung hijau. Tak matching lah kita raya ni.
Dan saya, tak ada gaun baru pun untuk konvo ni. Papa kata tak perlu baju baru sebab raya ni pun Kayra akan dapat gaun baru. Lagipun Kayra ada gaun berhelai lagi. Sangat seronok kayra hari ni. Dapat bergambar dengan banner konvo pun muka manis harum setaman.
Masa kita baru sampai kat sini, orang tak ramai lagi jadi dapatlah kita pilih kat mana kita nak duduk. Kita pilih duduk depan-depan menghadap tv. Dekat jugak dengan laluan papa nak ke pentas nanti. Tok Honey dan Tok Yang takmau masuk duduk dalam dewan. Makanya, kita berempat akan duduk kat luar sama-sama.
Mama doa-doa harap-harap Kayra dapat bertahan behave sepanjang dok tunggu majlis papa ni selesai. Mama bawak roti dan air kalau-kalau dia mintak. Tapi mama lupa nak bawak susu. Nasib baik tak merengek mintak susu. Tapi memang tak duduk diamlah dia. Budak kecik nak suruh duduk diam setempat dalam sejam dua mana boleh, takkan boleh punya. Melainkan dia tidur.
Nak sangat beli present untuk papa. Bagi pilih sendiri, yang ni dia pilih. 'Papa suka coklat, mama'. Tak sampai 5 minit, coklat atas tu dah habis. Sukahati kamu lah Kayra. Tapi sekejap, mama nak tangkap gambar sebagai kenangan papa. Tak dapat present dari Kayra, tengok gambar pun cukuplah k, papa.
Masa ni papa dah gerak dari tempat berkumpul tadi. Call mama suruh snap gambar. Gambar ni je lah yang terbaik mama dapat. Sebab papa bergerak kan ? Macam tak ramai, sebab depa buat banyak sessi konvo. Gerak dari tempat berkumpul tadi tak jauh, dalam 15 meter saja rasanya.
Dah dekat dengan kita. Masa ni Kayra pulak merengek nak pi kat papa. Terpaksalah mama snap gambar dan sebelah lagi pegang tangan Kayra. Buatnya dia lari pi kat papa dia siap menangis peluk kaki bagai, nak jugak lah papa dia nanti tak masuk dewan terus, ataupun meraunglah si anak tu sebab kena cubit. Ala, yang makcik baju hijau bunga merah ni, tiba-tiba pulak ada kat depan, dah tak cantik gambar mama.
Ok, lepas tu kita duduk bawah khemah balik. bagi tengok cd, diam sekejap dalam setengah jam. Sekarang Kayra tengah addicted dengan cd barbie princess. Yang dia tengah tengok tu Princess Elina yang ada wings tu. Apa nama tu, Fairytopia ke? Dia kenal watak dalam tu, Elina, Azura, fungus, laverna semua. Janji duduk senyap sudah. Senang mama. Dapat lah mama dengar dengan kusyuk segala ucapan aluan (padahal mama dok surf internet kat phone).
Tok Honey dan Tok Yang datang jugak tengok konvo papa. Ye lah kan, hari konvo adalah hari meraikan kejayaan dan semestinya ibubapa lah yang patut ada. Dah besar panjang, sekolahkan, hari ni dapat apa yang nak. Papa memang nak Tok Honey dan Tok Yang datang hari ni datang tengok dia naik pentas dan bila tok berdua dapat datang, kita pun rasa sangat happy.
Papa tengah beratur kat luar dewan pulak untuk masuk balik dewan, naik pentas. Dan Kayra bila nampak papa terus nak pi kat papa. Tapi bila mama kata papa nak naik atas stage, terus dia tanya, papa nak nyanyi ? Oh yes sayang, papa nak nyanyi. Terus pi duduk kat kerusi tengok tv. Mudah tertipu, tak elok tu, tak elok sayang.
Dan akhirnya, dapat jugak apa yang kamu nak. Segala malas bangun pagi nak pi kelas, segala penat buat assignment (yang entah buat entah copy je tu), hilang bila dah dapat pegang apa yang dicita-citakan. Kalau nak cerita tu macam-macam, ada satu malam tu yang esoknya nak exam, baru sedar ada kawan pinjam buku dah lama dah tapi tak pulangkan. Buku tu la yang nak baca untuk exam esok. Mengarut betul papa kita. Tapi semua tu dah tinggal kenangan kan ?
"Mana aci Kayra saja bergambar dengan banner konvo, saya pun nak, dah hari ni hari konvo saya kan? Asyik orang lain je interframe, mana boleh. Biarpun panas terik ketika ini, nak jugak saya bergambar dengan jubah, mortar board, paper bag poli dan bunga daripada isteri saya ini." Kata papa di dalam hatinya
Sekarang, semua orang bergambar. Terpaksa berkali-kali snap sebab Kayra masa tu lah nak tengok longkang lah, nak tengok rumput lah. Dah la panas membahang. Gambar ni diambil masa kita dah nak balik. Kita pi tangkap gambar studio pulak lepas makan tengahhari. Ye lah, gambar kenangan yang profesional sikit. Nak harapkan gambar amatur mama ni, berapa sangat yang semenggah, yang lainnya hampeh. Sebab awal lagi, kita balik bilik mengemas dan check out dulu baru pi bergambar. Kita masih pakai satu kereta ke studio gambar, dah selesai balik motel ambik kereta sebab tok Honey nak terus balik lepas tu. Lepas salam-salam dengan Tok Honey dan Tok yang, kita ke Poli sekali lagi untuk hantar jubah papa. manakala Tok honey terus gerak ke Taiping. Lepas settle hal papa, kita terus gerak balik rumah. Tapi sebab awal, papa belanja Kayra mc Donalds kat Perda dulu sebab kayra sangat baik hari ini.
Kayra dengan Mortar Board Papa, mamaPapa harap Kayra dapat pakai mortar board di hari konvokesyen sendiri suatu hari nanti. Belajar rajin-rajin ok...
2 comments:
tahniah yer hihhihihihi
tahniah buat Papa Kayra...akhirnya dapat juga segulung diploma...:-)
Post a Comment