Tuesday 7 February 2012

Keretapi kali kedua...

Kali ni kita bercuti panjang lagi. Walaupun tak lama sangat, empat hari cuma tapi papa dah janji takmau habiskan keempat-empat hari ni kat rumah saja. Papa tunaikan janji pada Kayra untuk bawak kayra naik choo choo train lagi sekali. Buat pertama kali kita pergi jauh sikit naik keretapi. Kuala Lumpur.
Kali ni saja je nak seronok-seronok naik tren. So, kita memang tak planning nak kemana. Cuma nak bagi kayra seronok naik tren pergi dan balik. Itu saja.

Keretapi pukul 9, pukul lapan lebih macam tu kita dah sampai stesen. Sambil tunggu papa hantar kereta parking kat ofis. Kita bergambar dulu. Sangat senang nak kejut Kayra bangun pagi ni. Semuanya sebab choo choo train punya pasal.

Keretapi sampai dalam pukul sembilan lebih. Sempat lagi kita snap gambar keretapi yang sampai.

Dah sampai atas. Kita kat gerabak R1 kelas satu.  Tempat duduk kita kat depan sekali dekat sangat dengan tv. Puas la kita tengok Harry Potter pagi tu. Gerabak sebelah tu gerabak kantin. Senang la kita nak makan-makan.

Pagi ni Kayra bertemankan pringles. Mama bagi chance makan keropok banyak-banyak hari ni asalkan tak merengek sudah lah.

Tempat papa kat sebelah kita kat tempat duduk single. Kedudukan kerusi penumpang kelas satu adalah dua baris dimana satu baris single dan satu baris lagi double.

Pintu antara gerabak tempat penumpang naik dan turun. Sepanjang perjalanan kita boleh tengok landasan double track yang sedang rancak dalam pembinaan.

Tempat lintasan yang paling kita tunggu-tunggu. Bukit merah. Keretapi lalu kat tengah-tengah. Kiri tasik, kanan pun tasik.

Satu jam di awal perjalanan. Memang tak duduk diam budak ni. Sekejap bangun, sekejap duduk. Sekejap kat tempat sendiri, sekejap kat tempat papa, sekejap kat tempat mama. Pening.

Mintak susu nak minum. Mama buatkan lah sekejap tapi tak mau tidur jugak dia. Bantal busuk tetap kena bawak jugak sebab kalau tak ada, susah jugak nak tidur nanti. Kat mana-mana kena ada bantal busuk. Kat school ada satu, dalam kereta satu.

Sempat juga kita main-main dengan flash card. Banyak lagi alphabet Kayra tak kenal. Kalau ada yang kenal pun masih tak boleh sebut dengan betul.

PapaMama pulak yang berubah tempat. Sebabnya Kayra sibuk nak duduk dekat papa. Bila dah ubah, nak mama jugak.

Bila lapar kita makan kat kantin. Sebelah je pun. Kita makan nasi kuning yang kita tapaukan pagi tadi sebelum naik tren. Mama siap bawak food disposable container dari rumah untuk tapau. Senang, bila sudah makan, terus je buang.

Favourite picture of the day. Kenyang perut suka hati. Kayra makan sikit je.MamaPapa dia je yang makan lebih.

Akhirnya tertidur jugak cik Kayra kepenatan. Itupun sebab boring tak tau nak buat apa. Penumpang kelas satu, diam je. Tak ada bunyi  bercakap pun, sesekali je dengar suara budak bertanya itu ini sedangkan ada ramai jugak kanak-kanak dalam gerabak tu. Mungkin semua penat kot.

Dah sampai KL. Turun-turun je kita harus bergambar dengan tren lagi sempena denga jejaknya kaki kita kat KL Central ni.

Ramainya orang. Semua berebut-rebut nak naik tren. Masa ni mama pegang tangan Kayra kuat-kuat, takut terlepas, hilang plak Kayra nanti, jenuh nak cari.

Auntie Emma dan family jemput kita kat KL Central. Lepas tu bawak kita ke Jalan TAR. Tinggal Kayra dengan kakak-kakak kat dalam kereta PapaMama pergi check in Hotel dulu. Hotel Noble ni betul-betul kat Jalan Tar, kat atas kedai-kedai je pun. Nak ke Lobby pun kena lalu ikut kedai-kedai kain.

Boleh tahan jugak biliknya. Jadilah. Kita nak tidur je. Lagipun trip kali ni bukan nak bercuti sangat cuma nak bawak Kayra naik tren je pun.

2 comments:

Huzaina Hashim said...

Bawa Kayra naik tren sambil2 shopping kat Jalan TAR yek...hehehe

HUZAIFA said...

mesti syok kan naik tren, dah lama tak naik. tapi lagi best bab duduk kt jalan TAR. bleh shopping gileeeeer

Post a Comment