Wednesday, 15 February 2012

Kayra si kupu-kupu

Lepas balik dari Kuala Lumpur. Kita tak duduk rumah saja. Papa mana boleh, mesti nak bawak kita pergi mana-mana. Tapi kali ni kita keluar cari makan saja. Satu hari tu lepas maghrib kita keluar. Papa kata nak makan nasi kandar. Memandangkan masa tu masih bercuti kita rasa macam atas jambatan mesti sesak. So, satu lagi solution nak ke pulau adalah dengan menaiki feri.

Dalam kereta. Masa tu hujan renyai-renyai sikit. Kayra nyanyi-nyanyi old mc Donalds dalam kereta. Nak makan mcD ke Kayra ?

Bayar dulu sebelum masuk. Parking dan tunggu turn untuk naik feri. Lama betul kita tunggu feri sampaikan ada yang keluar dari kereta hisap-hisap rokok dulu.

Dah naik atas feri  kita parking dan keluar. Ada pertunjukan bunga api kat luar tu. Cantik.

Nampak macam kayra dah tinggi kan ? Sebenarnya kayra kena berdiri atas tu baru boleh tengok kat luar feri. Sekejap je kita dah sampai. Turun, makan kat nasi kandar beratur. Kena tanya orang penang kat mana tempatnya ni.. lepas makan terus balik. Ok tak papa kita? berejam menempuhi perjalanan, dah sampai, makan terus balik. Gigih.

Esoknya kita keluar lagi. Hari last cuti sempena MaulidurRasul. Kayra main lagi. 

Dan dia nak makan aiskrim. Papa turutkan. Kau ingat Kayra, macam ni punya layanan papa kat hang, nanti dah besar jangan lupa mamaPapa k. 

Dan sekarang juga Kayra dah ada sepasang sayap. Dah berkeping gambar barulah sampai ke tajuk utama ye mama ?

Kayra juga amat berbesar hati bila diminta untuk berposing bergambar bersama sayap barunya...

Ala la, shake it bon bon....

Sangat mudah mama nak suruh duduk berlama sikit kat meja tu sebab ada sayap kat belakang, semua pun boleh.

'Sayang mama, kupu-kupu kena pandai mewarna'... cepatlah dia ke meja tulis...

Kayra si kupu-kupu.

Dan kita ada ahli keluarga baru kat rumah kita.

Pening jugak papaMama fikir nak letak kat mana.

Tempat paling baik yang difikirkan sesuai adalah dalam bilik tidur, sebelah katil dan menghadap tv. Sambil mama berlari sambil tengok cerita korea kononnya... itupun kalau kayra tak berebut remote dengan mama. So, dah ada ni mama kena rajin bersenamlah sekarang kan ? Badan pun dah makin besar ni...

Beberapa hari lepas tu. Kita jumpa kereta ni kat jalan masa kita dalam perjalanan balik dari Parit Buntar. Sangat menghalang laluan kita.

Dan beberapa hari selepas itu jugak kita balik Taiping sekejap sebab papa nak balik hantar barang ke rumah Tok honey. Sempat kita pusing-pusing tengok landasan 'double track'. Dah hampir siap. Khabarnya Kamunting akan ada stesen yang lebih besar daripada Taiping. Lepas ni kita kita akan selalu naik choo choo train ke papa ?

 Kat situ ada bangunan yang ada lambang Freemason. Bangunan kelab agaknya. Freemason tu apa ya ?

3 comments:

Huzaina Hashim said...

comelnya Kayra dgn sayap kupu2 dia tu...cute sgt..hehehe

HUZAIFA said...

hai pandainya mama dia belikan sayap untuk kayra terbang....

Syarida said...

Hehehe... pakai sayap pun terbalik....

Post a Comment