Friday, 13 January 2012

Pangkor, Selamat tinggal....

Pagi ahad kita bangun pagi-pagi. Papa kata kita kena balik tengahhari ni sebelum pukul satu. Kayra papa dah tak bagi mandi laut hari ni. Jadinya, pagi ni papa bawak kita naik skuter lagi. Kita pusing-pusing area Teluk Dalam cari sarapan kat sana. Ada singgah satu kedai dekat perkampungan melayu kat situ tapi tak ada makanan yang sesuai dengan selera kita. Tak ada nasi lemak. ada laksa je, takkan kita nak makan laksa pagi-pagi. Last-last kita patah balik kat Teluk Nipah dan makan nasi lemak kat gerai depan jalan.


Lepas sarapan kita balik bilik dan kemas-kemas untuk balik. Kayra lari sana, lari sini. Penat betul nak kejar anak dara ni. Lepas checkout kita jalan untuk cari van yang akan bawak kita ke jeti. Singgah sekejap tengok laut. Cantiknya pantai. Bergambar kenangan lagi. Rasa sayang nak tinggal tempat ni.





Dah sudah-sudah bergambar. Kita terus cari van. Bergambar lagi semasa berjalan menuju van, depan van, belakang van, dalam van, semua ada gambar. Kita bertiga je naik van pergi jeti.. Papa memang nak  cepat-cepat check out supaya tak bersesak-sesak atas van. Tambang dari Teluk Nipah ke Jeti RM 15.



Kita antara orang terawal tapi kita tak naik feri pertama sebab tak mau ramai-ramai. Papa takut kita tak dapat duduk kat bahagian atas. Jadinya kita naik feri kedua. Naik feri, orang tak ada lagi jadi sempatlah kita bergambar kat dek. Kalau ramai-ramai nanti bising kat belakang tu, mama tak suka.
Turun dari bot (sekejap bot, sekejap feri mama ni ) kita singgah beli ikan bilis dan buah tangan hasil makanan laut sikit untuk dibawa balik. Kita naik naik kereta dan terus gerak. Hajat hati papa nak masuk muzium perang dalam kapal tak tercapai sebab tutup makanya kita balik teruslah. Dalam perjalanan kita lapar dan singgah makan kat pantai Remis (kalau tak salah mama). Lepas makan sambil layan karenah kayra yang bad mood sebab kena kejut tidur kita teruskan perjalanan. Sebelum tu kita berenti sekejap kat tepi jalan pantai remis ni untuk beli udang dan ikan segar.






Kita balik dengan mood bercuti yang tak puas-puas lagi tapi apakan daya, esok papaMama dah kena kerja. Kalau duit kita berkepuk-kepuk dalam bank tak payahlah kita semua kerja dan bolehlah bercuti sepanjang tahun. Tapi apa makna bercuti tanpa perlu bekerja ? Kitakan bercuti sekali sekali untuk lapangkan hati lepas penat bekerja. dan apa pula maknanya hidup kalau terus saja bekerja tak henti-henti. Robotkah kita ?
Bercuti dan berehat walau apapun tempatnya, jauh ke, dekat ke, sama saja tujuannya, nak berehat. Walaupun kita bercuti kat belakang rumah kita kat kampung sambil dapat mandi sungai kampung kita, besar ertinya pada yang pandai menghargai.


2 comments:

Siti Hajar said...

suka p pangkor tapi tak banyak gambar kenangan yang dapat di ambil.. maklumlah p sana bawak kamera hp jer... harap2 ada lah rezeki ke sana lagi.. tengok pantai pangkor yang cantik :)

Syarida said...

Jadikanlah Pangkor sebagai destinasi perlancongan anda yang wajib setiap tahun. Hehehe....

Post a Comment