Tuesday, 10 January 2012

Pangkor Pulau Cantik

Kita kesini pada 7 Januari 2012...

Dah lama papa janji dengan kita nak mandi laut tau. Hari tu mama ajak papa mandi kat Batu Ferringhi papa kata payah la, susah nak mandi la, air masin la. Last-last papa kata, kalau nak mandi laut baik kita ke pulau Pangkor, dah tentu tempatnya ada pantai yang sesuai. kalau basah-basah, boleh terus je naik chalet mandi air tawar kat situ. Mama tak kisah, mama ok je. Kayra pun ok je kan ?
Kita pilih waktu lepas cuti sekolah, sebab takmau ber'crowded', dengan orang ramai. Lagipun anak mama tak sekolah lagi, mamaPapa masih boleh enjoy bawak kayra kesana-sini tak payah tunggu musim cuti sekolah.
Kita bertolak pukul 6.30 pagi, pelan-pelan papa bawak kereta. Singgah sarapan kat pantai remis. Target pukul 12 nak naik bot ke Pangkor.
Bila sampai je kat Pekan Lumut.Mama singgah sekejap nak beli swimming suit kat Kayra. Dapat jugak yang murah, warna pun cantik. Dapatlah kayra main pasir kat tepi pantai pakai swimming suit baru. Lepas tu papa beli tiket dan kita dapat naik feri pukul 12.30 tgh.

Sepanjang perjalanan kayra happy menyanyi-nyanyi sambil pegang microfon. Tahu seronok saja cik kak ni. Hari ni Kayra ponteng school tau sekerat hari.

 Kita dah sampai Pangkor
Dah sampai, lepas parking kereta. Mama galas beg yang berat tu sambil pimpin tangan kayra.

Singgah sekejap pilih baju mandi kat Kayra

Ok, padan. Mama suka yang kuning tu, tapi papa nak yang merah untuk Kayra. Ok je la.

Saya nak pegang sendiri baju mandi saya.

Happy sangat Kayra, papa belum beli tiket lagi tu. Duduk sekejap.

Sengih je memanjang anak dara ni. Sementara tunggu papa beli tiket, mama kejar kayra kesana sini bergambar.

ok, feri dah sampai. Jom kita naik...

Penatnya rasa. Pagi betul mama bangun hari tu kemas-kemas baju
Papa atas bot. Last kita datang Pangkor, 2 tahun lepas kan papa ?

Ya, dah sampai dah tu. Kayra asyik merenung luar tingkap je dari bos gerak sampai lah ke pulau.

Dah sampai. Betul kita dah sampai....

ok, betul-betul dah sampai. Kita turun dan lepas ni kita kemana ?

Tunggu lepas ni...

2 comments:

  1. wooow bestnya makan angin.. hai wajah baru nampak

    ReplyDelete
  2. wajah baru lagi kak effa, macam sakit mata je masa pakai background yang last hari tu.....

    ReplyDelete