Tuesday 22 November 2011

Berpanas dan berpenat beramai-ramai...

Sabtu malam mak su dan pak su datang tidur kat rumah kita. Ahad pagi 20.11.2011 kita ramai-ramai pergi Kulim. Hari ni kita nak buat pass sempadan berkumpulan untuk trip kita beramai-ramai. Kat sana, family mak anjang dah tunggu.
Tunggu kat mana ?
 Oopppss mama lupa pulak. Kat Pejabat Imigresen Kulim.
 Kenapa Kulim, bukan kat Penang ? kan kita tinggal kat Penang ?
Sebab, Kulim kan kat Kedah, Cuti hari minggu kedah kan jumaat dan sabtu. Jadi, pejabat kerajaan akan buka untuk perkhidmatan pada hari ahad.
Bila sampai, ramainya Beratur panjang sampai keluar pejabat hingga ke hujung kedai makan kat luar tu. Mak anjang baru nak ambil gambar anak-anaknya. Wah, bergilir-gilir menunggu berbaris untuk kaunter dan berbaris lagi untuk bergambar. Kita yang dah ada gambar ni pun, berpeluh jugak menunggu. Kebetulan hari tu ahad, jadi ramai orang penang dan perak datang untuk renew passport dan macam-macam lagi. Cuti sekolah dah start hari tu lagilah memburukkan keadaan. Nak buat pass sempadan berkumpulan kena ada semua orang sebab nak cop jari. Bayangkan pukul 10 berbaris, pukul satu baru settle. Itu baru settle urusan kaunter, untuk bayar dan ambik pass sempadan tu hari lain pulak. Sementara menunggu giliran, tak tahulah berapa gelen air yang dah masuk perut kita. Yang besar-besar ok, yang kanak-kanak ni mana lah nak duduk diam. kayra tu, banyak kali kena marah dengan mama tau.
Trip kita kali ni yang ikut sekali adalah family mak anjang, family mak long, family kita dan family maksu. Wan, Tok, Family mak lang dan family ummi tak ikut. Family mak long akan buat pass berasingan kat Kuala Lumpur. Mak Long akan tunggu kakak Ainna settle exam spm dulu baru boleh buat.
Lepas settle. Semua orang berangkat ke Pulau sayak dekat dengan Kota Kuala Muda untuk makan mee udang. Kat sana wan, tok dan family mak lang dah tunggu. Tapi kita tak ikut. Kita balik sebab rasa macam jauh sangat nak kesana, lagipun kayra dah penat masa menunggu tadi. So, kita tak dapat lah join. Tapi papa kata kesian kat kayra tak dapat main-main. So papa bawak kita singgah Tesco Kulim untuk kayra main-main dan bagi mama window shopping sekejap. Dalam sejam lepas tu kita keluar dari situ. Singgah sekejap kat Junjong untuk makan nasi ayam dan terus balik. Semua orang penat.
















3 comments:

Siti Hajar said...

Happy Holiday !!! Yeah !!!

Huzaina Hashim said...

hepi holiday...holiday ke Thailang yek...hehehe:-)

Anonymous said...

semoga selamat p dan selamat balik

Post a Comment