Dah sampai atas kami melilau-lilau dulu melawat kawasan. Mama sempat survey kat mana kita nak makan tengahhari ni. Kita terus ke kaunter untuk bayar masuk park. Harga kat situ, kalau dewasa seorang RM 66 dan kanak-kanak ikut ketinggian dan umur. Kayra dah 3 tahun, kena bayar jugak. Tapi mama lupa la bayar untuk kayra berapa. Oleh sebab cuaca buruk hari tu dan beberapa permainan outdoor tak dibuka untuk pengunjung, maka papaMama bayar RM 50 saja seorang. Tapi papa kata, penjaga kaunter tu cakap kalau cuaca elok dan permainan tu dibuka, tak ada bayaran tambahan dikenakan hari tu. Makanya papa bayar saja dan kami boleh main-main kat dalam tu. Oh ya, papa bayar untuk all park, maknanya bagi permainan indoor pun kita boleh main jugak. Yahooo....
Mula-mula kita main kat park outdoor. Kayra nak naik kuda pusing, nak naik kuda pusing jugak. Jadi, papaMama pun pusing kepala jugak temankan kayra. Lepas satu, satu. Kita masuk main kat dalam. Naik kuda kat dalam lagi pulak. Naik sampan, choo choo train dan berbagai-bagai lagi. Sampai kaki kita lenguh dan kita perlukan makanan untuk tenaga. Kita makan kat mcD. Lepas tu sambung lagi.
Bosan kat dalam, kita keluar lagi pulak. Cuaca dah baik. Orang bertambah ramai. Kayra cuba lagi macam-macam permainan. Sampaikan penat papaMama, dia boleh lagi naik tren pusing-pusing papaMama tunggu kat tepi je.
Bosan lagi mama, lepas je kayra masuk playground. Kayra tetap bergembira sampai papaMama penat menunggu. Kita jalan lagi, jumpa clown, jumpa bear dan singa. Tengok band, tengok pertunjukan silap mata, tarian dan pelbagai lagi. Sampai lah pukul 4.30ptg dimana kita surrender dengan semua tu. Itupun sebab dah hujan balik.
Kita turun naik kereta kabel lagi tapi cik kayra dah terlentok kepenatan kat bahu papa. Nanti kita datang lagi. overnight kat atas pulak kalau papa baik hati nak sponsor.
4 comments:
bestnya bercuti2 di Kota Keriangan tu...mesti Kayra happy..hehehe:-)
Terasa mcm terasa dok kat luar negeri saja...sejuknya :)
anak2 kak efa tengok gambaq ni, beria-ia depa nk pi sana
Kak ina : Kayra tersangat happynya ...hehehe...Tak larat nak pujuk suruh berenti
Hajar : Sejuk hajar, sebab hujan hari tu..
Kak Effa: Ramai orang. Sesak. Nak naik satu-satu permainan tu kena tunggu bukan main lama. Tapi kalau ada kesempatan pi la, enjoy budak-budak kat sana. Mak bapak pun enjoy jugak. Tapi penat sangat-sangat.
Post a Comment