Sunday, 27 November 2011

Kereta Kabel Ke Kota Keriangan

MamaPapa cuti 3 hari. Sabtu, Ahad dan Isnin cuti jugak sempena maal Hijrah. Ahad papa nak attend kenduri yang tak boleh tidak kat AU 5 Kuala Lumpur. Papa kata dah alang-alang kesana papa nak bawak kita semua main-main. Papa bagi  2 opsyen, nak pi Genting ke nak main kat Berjaya Times Square je ? Tapi last-last kami pilih Genting Highland, kota keriangan.
We all bertolak pagi, pagi sangat. Kita sarapan kat Batang Kali dan dah terpacak kat Genting skyway naik kereta kabel dalam pukul 10. Papa tak mau bawak kereta sampai atas sebab nak bagi kayra merasa naik kereta kabel kat genting ni. Dulu naik kereta kabel kat Langkawi kayra tak ada masalah pun. Sejuk betul pagi tu, berkabus-kabus.  Sekejap betul kita dah dapat sampai atas sebab kereta kabel tu banyak dan orang tak ramai sangat. Ini kali pertama kali kayra sampai sini. Tak sabar rasanya nak main-main kat atas ni.



















No comments:

Post a Comment