Wednesday, 30 November 2011

Tengok Giraffe Kat Zoo Taiping

Amboi-amboi Kayra, asyik berjalan je dua tiga hari ni. PapaMama cuti hari isnin sebab mamal hijrah. Jadinya ada 3 hari cuti. kayra pun skip jugak kindy hari sabtu. Sabtu kayra ada di Pahang (Genting Highland), Ahad ada di KL, Isnin pulak Kayra kat Taiping. Pagi Isnin tu papa bawak Kayra pi Zoo. Dah lama Kayra tak datang sini. Dulu pergi sama-sama dengan Auntie Emma tapi dah 2 tahun sudah.
Kat rumah Tok Honey demam, so papa cakap tok Honey rehat je tak payah masak apa-apa. Kesian Tok Honey sakit.
Kita keluar awal. Makan sarapan dulu. Merata-rata cari kedai makan. Last-last jumpa jugak. Kita makan dan terus terpacak depan zoo. Papa bayar dan kita masuk. Kat dalam kita naik tram je. Rasa tak larat mama nak jalan. Papa pun macam tak sihat je. banyak binatang Kayra jumpa. Suasana dalam tu basah je, mungkin semalam hujan. Nasib baik kita naik tram, kalau tak mesti dah kotor kasut kayra dengan selut becak. Kita duduk dalam tu lebih kurang sejam jugak. Lepas keluar, papa ajak pergi satu tempat lagi. Ada lagi tempat kita nak pergi....












2 comments:

  1. bestnya Kayra dpt jalan-jalan....dpt tgk byk haiwan kt zoo tu..mesti kayra enjoy dan hepi...hehehe:-)

    ReplyDelete
  2. Happy. Tapi tengok la muka tu, masam je bila bergambar. Apa taknya, asyik kena paksa tengok kamera je. Nak tengok binatang pun tak senang. Hehehehe.....

    ReplyDelete