Tuesday, 25 October 2011

Menunggang Dan Membonceng Motor Papa

Petang tu mama dan Kayra sampai di rumah dari Kindy. Papa dah sampai. Kereta papa takda, papa naik motor balik rumah. Kayra dah best tengok motor papa. Dah masuk rumah, kiss papa lebih kurang, sekejap-sekejap selak langsir tengok motor. Sesekali mama dengar "Bye, bye motor papa.... "
Hujan lagi petang tu, papa balik pun dengan basah kuyup satu badan. Kan dah tau sekarang musim hujan petang tapi papa tetap jugak nak naik motor. Ada hajat lah papa tu nak bawak Kayra ronda-ronda naik motor sebab dah lama tak bawak dia.
Petang tu hujan turun lagi sampai la kita selesai makan. Kita naik atas rehat-rehat. Hujan petang dah berenti. Lepas maghrib papa ajak keluar. Kelam kabut kayra ambik helmet hijau. Panggil-panggil mama suruh cepat.
Kita tak kemana sangat pun. Kita ke pekan Nibong Tebal masuk Yawata dan balik singgah makan lin chee kang. Rugi mama tak dapat tengk master chef kat tv malam ni tapi seronok tengok Kayra happy.

Motor ni lah yang Kayra nak naik

Mama betulkan helmet dulu sebelum naik motor.

Tak boleh naik lagi, kena bergambar dulu....mama cakap...

Ok, kayra dah naik motor dengan papa....


Kat Yawata, habit gigit kuku yang mama marah sangat....

Sama je anak beranak, mama jentik tangan tu dua kali.....

 Peace, tak habis-habis lagi bergambar....

Ok, gambar last. Kita bertiga....

3 comments:

  1. uzma pun seronok dapat naik motor abah dia... sampai xmau turun

    ReplyDelete
  2. Kalau bukan musim hujan takpa la Hajar, sekarang ni musim hujan, nak 'bermotoran' pun takleh lama-lama. takut basah.

    ReplyDelete
  3. hahaha..bestnya kayra dpt ronda-ronda dgn motor papa...:-)

    ReplyDelete