Sunday, 2 October 2011

Kue Teow Goreng Lagi...

Agaknya papa dah buat perjanjian dengan tauke gerai Kue Teow Goreng kat Tanjung Bungah ni. Kena selalu pi makan kat sini. Paling kurang sebulan sekali mesti kami akan kesini sebab papa akan mimpi-mimpi kalau tak dapat makan kat sini.
Kalau kesini, papa pasti akan order Kue Teow Goreng special  dan mama akan mintak nasi goreng.
kayra akan makan kedua-dua hidangan ni tapi selalunya kayra prefer kue teow.


Tukang masak yang masak sedap. Kami pasti datang lagi. Jus amra ni pulak masam sikit tapi sedap banyak...



Adakah muka saya macam kena senyum paksa ? Ya memang saya terpaksa senyum, sebab mama saya suruh..



Bergambar lagi sebelum makan. Mama kata kalau tak bergambar tak boleh makan...



Saya sayang mama saya sebab mama akan lap mulut saya selepas tiap kali suapan... senyum ..



Papa duduk jauh, kalau tak mama pun akan selalu lap mulut papa...senyum...


Selepas makan kita nak tengok pantai. Pergilah sekejap kat pantai Tanjung Bungah. Best...Best... Kayra takut air tapi suka pasir. Sekejap je kat pantai, pegang pasir pun tak puas lagi papa dah ajak balik.
Esok Kayra nak start kindy katanya.
Tapi...
Minggu depan kita akan kesini lagi...
mendengar deruan ombak dan memijak butiran pasir....

wah ! ! ! Tak sabarnya rasa.....


Cantiknya pantai...gambar dua orang kepunyaan mama yang excited bila nampak pantai....



Gambar kami bertiga dengan gaya tersendiri bila tak ada orang tolong tangkap gambar...



Kenapa mama tak marah bila kayra pegang pasir berbanding tanah ??

Selepas papa tolong ambil gambar couple mat saleh, papa tolong diri sendiri pulak ambik gambar dengan mama...



Minggu depan kita akan datang sini lagi....

No comments:

Post a Comment