Saturday, 18 April 2020

Sisi Gembira Tentang Terkurung Akibat Covic 19...



Bercakap tentang jemu, siapa yang tak jemu bila terkurung je dekat rumah. Selama ini bagaikan burung beterbangan di angkasa raya, sekarang ni, dah terkurung dalam sangkar emas. Ambik kau. 
Bak kata PM, this 'unprecedented' dan siapa pun kita tak pernah membayangkan begini jadinya. Kiranya dalam sejarah hidup la bila kita tidak dibenarkan keluar dari rumah, keluar pun untuk urusan yang terlalu penting sahaja. Keluar kerja tak payah, sekolah tak payah, tuisyen tak payah, ikea design village semua tu tangguh dulu. Kerja kita sekarang duduk rumah dan menanti hari esok.
So mama hari-hari cuma fikir apa nak makan untuk sarapan, makan tengahhari, kelas online Audra, kerja sekolah kakak, kalau sempat tengok cerita korea sekejap, kopi-kopi dan tidur. Begitulah seterusnya yang berlaku di dalam tempoh ini.


Beli jiwa. Mama beli ni online tau time pkp untuk anak-anak mama. Nak bagi seronok sikit depa. Sebab dah tak boleh keluar rumah kan. Bertambahla makhluk-makhluk ni kat dalam rumah kita.



Happy bukan main ye. Kakak dah besar, dia suka simpan untuk display je. Tapi Audra tu Audra, usung sana usung sini, belek sana belek sini, kesana kesini, kesana kesini. Sampaikan mama mula-mula rasa menyesal pulak beli sebab bersepah je dimana-mana.


apa ntah nama benda ni. Shape puzzle ka apa ntah. Bukak susun buka susun lepas tu, eh!!  eh!!  mana hilang yang purple punya... mencari pulak satu hal...


Dua puluh empat jam dengan anak-anak, apa yang berlaku dengan mereka di depan mata mama. Kerja sekolah semua mama dapat tengok betul-betul, amboi bukan main berlambak-lambak kerja sekolah yang cikgu bagi. Tambah-tambah si kakak. Tak apa, hari-hari kita slow-slow buat semua tugasan yang diberi. Kerja sekolah kakak semua menggunakan aplikasi whatsapp manakala Audra pulak gunakan app zoom (online meeting).


Homework. Puas suruh, puas pujuk tapi sharp shooter, malas nak start je budak ni...




Kena ready segala bekal kat tepi dia, baru ok. Rasa boring hisap susu dulu. Audra masuk kelas advance, classmate tua setahun dari dia sebab dia masuk setahun awal. Sejak tau umur dia setahun muda, terus tak seronok duduk kat kelas sekarang, nak join kelas kawan-kawan yang sebaya pulak. So jadi malas sikit. Tak boleh terima kenyataan ni, sampai bila mama terpaksa menipu  ni Audra, pasal umur Audra ni ?




Paling senang suruh, cakap lembut ok, marah sikit pun ok. Obey ja dia. Sayang kakak sampai akhirat. Sabar ye kakak, bila semua ini selesai, kita akan pergi sekolah dan belajar secara normal balik. Mama tau kakak rindu sekolah, rindu kawan-kawan, tapi apa kita boleh buat dalam keadaan macam ni kakak..?



Tersenyum senyum bila teacher buat whatsapp call. Rindu kawan-kawan le tu. Ini cubaan pertama kakak online tution. On handphone kat bawah je. Sekali ni je kat bawah , lepas tu papa suruh tuition kat atas je, pakai pc lebih mudah untuk kakak. Teacher bagi banyak pdf file kena download.



Tak pernah membayangkan anak-anak akan belajar dengan cara ni. Berkesan ke tak lain cerita janji content ada. Audra ada jadual untuk kelas online dia. Dah tau hari ni kelas apa esok kelas apa. Kalau ada perubahan teacher akan maklum awal. Tapi hari-hari jam 10 memang dia akan ready la kat depan pc.


Apa yang mama masak time rmo ni ? Huish, macam-macam ada sambal ayam, masak kicap daging, sambal ikan,masak lemak , ayam goreng, ikan goreng diulang lagi hari berikutnya sambal ayam, masak kicap daging, sambal ikan, masak lemak, ayam goreng, ikan goreng ulang lagi sampaila jemu. Hahaha. Tak ada yang luar biasa pada menu-menu mama, tak kuasa la h mama nak buat yang susah-susah, bukannya KayraAudra nak makan sangat pun. Tambah- tambah audra, macam nak berperang nak suruh makan pun. Asyik susu ja. Satu ja anak-anak mama, suka makan coklat, so mama beli la cadbury kecik-kecik tu satu balang letak dalam peti ais. Dah jadi masalah pulak, pintu peti ais tu kejap kejap bukak kejap kejap bukak. Kalau peti ais tu boleh menjerit, dah menjerit dah dia.


Dapur mama yang sentiasa basah, lubang manhole lupa nak tutup plak. Hahaha. Selalu mama tutup je dengan alas kaki, ini terlari sikit kenapa pulak ? Tu paip tergantung, hari tu cadang nak letak mesin basuh kat bawah macam asal sebelum renovate dapur. Tapi tak jadi pulak lepas tu lepas mama mintak sangat-sangat kat papa jangan la letak bawah sebab mama nak luas sikit table top mama. Lepas tu leceh la lepas basuh baju kena angkat bakul kain untuk sidai kat atas. Akhirnya cadangan dipersetujui. Tapi paip tu kekal kat situ dan rupa bentuk table top dan kabinet bawah ada design sikit. Hahahaha... Tapi mama cadang nak letak troley ikea kat situ nanti. Harap boleh muat actifry mama. Rumah kita tak ada tanah kat belakang, buka pintu terus longkang. Rumah teres tengah pulak, nak taknak dapur kita besar ni je la, dah takleh besarkan. Kena pandai-pandai le nak susunatur lagumana. 



Papa pergi market beli ni. Dapat bahan baru fikir nak masak apa.




Tedia... dengan bahan yang dibeli papa , ada ayam sikit dalam frige kita goreng , organ dalam plak kita rencah dengan kacang buncis tadi. Bendi goreng dengan ikan bilis dan fishball. Ikan kembung kita sambalkan. Siap sudah menu untuk keluarga bahagiaku...



Boring nasi kita masak begini plak. Makaroni tu all time favorite Audra, buat bersup je letak green sikit (bayam selalunya sebab audra makan green bayam dan brokoli je) rencahkan dengan ayam. Funfries dan mama punya ala ala schezuan soup. Siap sekali hadap menu simple keluarga kesayanganku...



Dan apa sahaja yang mama masak depa akan makan dengan gembiranya dan sudah tentu kena tanya dulu apa yang depa nak makan. Kakak lebih suka nasi manakala Audra pulak suka jenis-jenis mi, spaghetti dan bihun.



Kayra's delicacies is always ikan cencaru sumbat cili.  Selalaunya mama akan selalu ada stok ikan ni, sumbat siap-siap tinggal nak goreng je. Dia suka makan dengan nasi putih letak kicap. 



Ada jugak sekali mama buat puding, kakak tolong jugak kat dapur. Dah siap dia makan dengan gembira. Makin bulat dah kakak sekarang.


Selain daripada itu, mama jugak menonton drama korea hahaha, ini wajib walaupun bukan time pkp pun. Mama dah habis tengok Chocolate, Reply 1988, sekarang tengok Reply 1994, dan sambil-sambil When Camelia Bloom jugak. So puas hati lah jugak. so thank you papa sebab langgankan Netflix.
Sepanjang sebulan ada la dua kali mama keluar, itupun sebab ke Mydin dan Cmart, yang lain-lain untuk beli barang kat luar papa je la belikan. Selain tu mama online je la dan delivery ke pagar rumah. Ikan-ikan kalau delivery ok je, cantik-cantik je ikan pun. So rasa macam tak perlu sangatpun keluar rumah. Bersyukurlah dan ikut je kata PM. Jangan nak degil, jangan ketegaq jugak keluar rumah, takyah la, cari la benda lain je la nak tunjuk keras kepala pun. Arahan ni elok je la ikut. Kalau tak penting sangat-sangat, jangan keluar.


Luckily supermarket depan ni je, ada la subway. Kalau rasa nak makan, food panda ada. Seingat mama sekali je kot beli. Sebab anak-anak mama dan papa tak berapa onto subway. Mama je suka sangat.



Tealive selalu, selalu sangat. Dah kata anak suka tu sedia-sedia shaka lava oreo sampai kat rumah ni, papa plak suka signature brown sugar tea. Mama tak suka sangat tapi selalu jugak la rasa-rasa anak-anak punya. Pearl dalam ayaq tak berapa berkenan sangat, rasa ganggu je, ni air ke coctail?



Pizza hut pun. Sebab dekat, bila sampai pizza masih panas berasap. Tapi tak pernah beli yang besar-besar, sebab seronok order. Order je lebih, makannya kurang.



Buang masa dengan berjoging depan tv. Lebih kepada brisk walk. Jadi le daripada duduk saja main phone tapi peluh tak keluar lansung. Lama pun mama tak on treadmill ni, nasib le PKP kalau tak, rosak pun tak sedar.



Recommanded k drama. Best tau. Kalau ada masa tengok la. Jalan ceritanya dalam suasana korea tahun around 1988 to 1993. Best sangat, kisah keluarga dan kejiranan korea di satu lorong di Seoul.

Berbalik kepada PKP...
Tapi terfikirla jugak macammana orang lain yang hidup kat rumah sempit, ahli keluarga ramai, macammana kalau takleh keluar rumah. Hal-hal macam ni la yang buatkan kita kena dublekan lagi tahap kesyukuran tu. Nikmat tu Allah dah bagi bagi, bersyukurlah. Tak apa, yang tak bernasib baik kerajaan dah bantu dengan macam-macam intensif lain. InsyaAllah , kita yang golongan pertengahan ni, harap bersyukurlah banyak-banyak.



Keluar sekejap . Maklumla supermarket depan ni je. Niat nak cari sepit rambut je pun. Dalam ni sepit rambut macam mama nak tu sampai RM18, so cancel. Tak berbaloi. Nasib baik kedai RM2 buka, dapat ke satu sepit RM2, mama beli 5 sepit. Hahahaha... Rambut makin panjang, rimas mama tengok.



Molly pulak tak sihat, kencing berdarah. Tunggu dua tiga hari lagi mama bawak pergi vet k. Sweetheart ni. Selama sakit ni tak ada siapa boleh marah molly, sebab kesian tak sihat. Dia pun demand jugak. Nak tidur dalam aircond. Mana KayraAudra pergi memang dia akan ikut. Kakak takut turun bawah sebab gelap pun, molly yang akan temankan. Bayangkan la kalau molly tak ada, dah macam family kita dah kucing ni.



Molly girl. Kalau dengan kakak, mengada dia ni. Umur dah dekat 4 tahun tapi makanan nak yang kitten je. Tak suka mandi. Sepanjang PKP mama mandikan dia sekali je.




Lukis gambar adik. Hahaha.. selalu ingatkan kakak ada adik sorang je, adik pulak ada kakak sorang je. Jagalah masing-masing kakak dan adik. Sampai bila-bila.



Ni plak gambar kakak teringin nak ada fringe. So dia adjust sendiri dan suruh mama tangkap gambar. Mama layankan je, banyak masa terluang mama kan...


Bukan, senang nak dapat berkumpul walaupun dengan ahli keluarga sendiri 24 jam macam ni dalam tempoh yang lama, pejam celik-pejam celik dah sebulan dah. bahagia je pun. Tak adalah sampai nak bertikam-tikam pisau. Hahahaha.

Kat bawah ni pulak untuk rekod mama dan kenang-kenangan KayraAudra suatu hari nanti. Situasi yang sedang berlaku pada suatu masa kecil mereka. Mungkin masa ni kamu berdua belum faham. Kenapa kita tak boleh keluar rumah ye Kakak Adik. :)







So harap suatu hari nanti bila KayraAudra dah besar, bila depa baca catatan ni, dapatlah depan kenangkan kembali saat-sat ini. Nak kata PM 'unprecedented'.

( Haih malasnya nak kelebekk handphone nak godek gambaq lekat kat sini, tengok la kalau mama dan...)


#pleaseStayAtHome

xoxo

No comments:

Post a Comment