Tuesday 31 March 2020

Covid 19 and we stuck at home for a month...



Sebenarnya kan...perkataan 'stuck' itu amatlah tidak sesuai digunakan memandangkan sebagai umat melayu yang amat mengagungkan rumah, hinggakan perkataan rumahku syurgaku digunakan adalah tidak mungkin dan tidak membolehkan kita untuk menggunakan perkataan tersekat dan terperangkap di dalam rumah sendiri. Dah nama pun syurga kan, takkan lah berasa tak 'best' pulak bila terperangkap dalam rumah sendiri.

Tapi, ada je aktiviti kita kat rumah kan...


Dua beradik ni memanglah tak boleh berenggang. Memang mama suka tapi ada masalah lain pulak bila kakak tak boleh belajar, adik pulak tak boleh diam lansung. Geram je kita ni tau...



School kakak buat aktiviti khatam Al Quran, kakak dapatlah baca satu juz. Alhamdulillah...



Ini mama masak pulut tanak favourite depa.
 Time makan paling happy, awal-awal memanglah, apa mama masak semua habis. Tapi dah pertengahan kpk macam nak berperang kita ni nak suruh Audra habiskan nasi, asyik nak susu je... Kakak, good sangat selera makan...



 Apa lagi yang tak cukup kat rumah ni, bawang pun berlambak-lambak tau...



Banyak betul kerja sekolah. Baik kakak baik adik . MamaPapa sentiasa pantau kerja sekolah. Luckily masih boleh keluar beli kertas stationary semua, line telefon pun ok tak ada masalah, wifi pun tak ada sangkut-sangkut. Anak-anak mama dapat belajar dengan sempurna. bersyukur dulu apa-apapun...



Time santai kita santai. Mama rasa dua orang ni je la anak mama. Apapun insyaAllah mamaPapa tunaikan selagi tak melampau permintaan depa. Rezeki papaMama pun untuk kamu berdua jugak.


 Nampak Audra makin kurus sejak pkp ni. Hari-hari sebut nak pi school. Nasib baik lah kelas online dia through video conference dapatlah tengok kawan-kawan. Cepatlah semua ini berlalu, Audra dah rindu school sangat-sangat ni.


Tapi, rasa macam 'cemuih' tahap gaban jugak la bila dah seminggu dua tak keluaq rumah. Duduk ja la dalam rumah ni buat segala aktiviti dalam rumah sendiri. Mama ni nak keluaq rumah setakat ke balkoni saja la, sidai baju. Eh !!! tapi ada la sekali jugak minggu pertama tu mama lari keluaq sat pi mydin beli barang nak masak. Memang la ditetapkan ketua keluarga saja boleh keluar beli barang keperluan, tapi payahla nak suruh papa beli. Tapi sekali tu ja la. Mama kena beli hat ricih-ricih macam serai lengkuas, jintan segala mak neka hat lagu tu. Yang lain-lain papa boleh keluaq beli. Papa banyak kali jugak keluaq tapi bukan selalu. Sekali dua jugak.


Ada sesekali mama bagi jugakla peluang kakak tolong mama kat dapur. Kesian dia teringin. Bukan mama tak bagi tapi mama rimas kalau ada orang kat dapur time mama masak. Dapur kita dah la kecik ja.



Dapat buat pancake sesekali seronoklah dia. Literally pancake  adalah antara menu favourite kakak sekarang. Sebab mama dah bagi try buat sekali ....hahahaha...



And papa jugak ada mintak mama buatkan mi kari. First time ever try nih, hmmmm sedapla jugak....



Menu biasa-biasa kita. Tak mau mewah berlebihan makanan dan takmau jugak sampai sedikit tak cukup, kufur nikmat pulak. Seadanya...



Ini jugak menu percubaan mama atas permintaan papa. Konon cukup untuk lunch. Tapi petang perut mintak nasi. Bukan sebab tak sedap, tak kenyang, tapi sebab tak puas. MasyaAllah... hahaha... Tekak melayu guys, nak nasi jugak. Takkan Melayu Hilang Di dunia...hahahaha



Dalam pada boring tak dapat pi sekolah jumpa kawan-kawan. Depa jugak seronok dapat goyang kaki kat rumah. Netflix, Youtube, Roblock on depan mata tinggal tekan remote ja...Budak-budak zaman sekarang...



Mama tak reti la nak buat kuih-kuih macam mak orang lain. Apa ada kita belasah ja. PapaKayraAudra bukan cerewet sangat bab makan.



 Puas tengok budak ni depan mata. Nakal sangat ni tapi manja. Birthday Audra tahun ni sangat istimewa, dah la bulan puasa (syukur Alhamdulillah...) dalam pkp pulak tu. Kalau ada rezeki dapatlah dia kek. Kalau tak ada, kakak buat pancake je la kat Audra...


Alkisahnya bila kes ni dah jadi macam makin nak teruk. 16 mac 2020 jam 10 malam Pm Malaysia yang baru saja dilantik Tan Sri Muhyidin Yassin buat perutusan khas kat dalam TV. Tak pernah lagi seumur hidup mama tunggu depan tv penuh debaran. PM umum ada 553 kes Covid 19 kat Malaysia. So, diarahkan semua orang dikuarantinkan di rumah dua minggu bermula 18mac hingga 31 mac 2020.  PKP(Perintah Kawalan Pergerakan/ Movement Restrict Order) dimulakan dengan permulaan kes 790 orang, dan dua kematian. Kematian itu adalah pada hari pertama PKP. PM umum lagi pada 25 mac 2020 jam satu petang pkp dilanjutkan sampai 14 April 2020.  Hari Pm umum tu dah jadi 1796 kes dan 19 kematian dah.
Dan pada saat ini, ketika ini mama menaip, pada malam 31 mac 2020, dah ada 2766 kes keseluruhan, 537 dah sembuh, 98 dalam icu (60 bantuan pernafasan) dan sudah ada 43 kematian. Innalillahiwainnailaihirojiuun.







Bila dah jadi macam ni, mama nak tulis cerita-cerita gembira pun dah tak best. Ada cerita kita ke Jakarta pada disember 2019 dan mama jugak ke bandung dengan kawan-kawan . 
Tak apa, mama akan cuba menaip. Walaupun duduk rumah, jangan bayangkan mama dapat goyang kaki sepanjang hari. Banyak kerja mama tau...


PapaMamaKayraAudra doakan semoga covic-19 ini akan segera pergi dari Malaysia negara kita yang tercinta ini khasnya dan seluruh dunia amnya. Semoga kita semua dapat menghirup udara di luar rumah sepuas-puasnya selepas ini. Tapi buat masa sekarang tolong ye kawan-kawan...

#pleaseStayAtHome

xoxo



No comments:

Post a Comment