Sunday, 19 April 2020

Things I Wanna Do After RMO Covic 19... Yang Aku rindu Dan Aku Inginkan...


Huh bosan jangan cakap la. Bukan kita ni kaki berjalan sangat tapi bila dah terkurung macam ni rasa macam nak menjerit je rasa. Tapi masih sabar, iman masih tebal. Hahahaha..

Tapi hati ini, hati ini jiwa ini meronta-rota nak tengok dunia luar dengan suami serta anak-anak. 

Alangkah bestnya kalau dapat peluang ke Langkawi, berjalan di tepi pantai Chenang, shopping Corelle dan beli coklat Daim banyak-banyak.
Atau terbang ke Sabah, sewa kereta pandu sendiri ke Kundasang, lepak kat Kinabalu Pine Resort, pagi-pagi tengok Gunung Kinabalu, makan ikan bakar kat Pasar Philiphines, beli mutiara.
Teringin jugak ke Terengganu sekali lagi , ke pasar Payang beli baju kelawar batik, makan nasi dagang , ke Taman Tamadun Islam .
Ke Pangkor  sebab Audra pun tak pernah sampai, sewa chalet ,  pagi-pagi dah berendam kat laut, malam-malam makan jagung bakar sambil tengok live band. Wow...
Nak jugak naik tren sampai Padang Besar, makan tom yam, beli bawang bertangkai cukup masa naik tren balik hari.
Atau cukuplah jalan-jalan kat Yan, lepak tepi pantai Murni makan rojak sambil angin kuat tiup sampai rasa nak tercabut tudung.
Nak hebat sikit terbang melayang naik pesawat kelas ekonomi pun tak apa janji buku merah jangan lupa bawa atau naik keretapi ke negeri gajah putih kerusi boleh lipat jadikan katil.
Tak apa, naik kereta pun tak apa bawaklah kita kemana-mana, cukup masa penuhkan tangki minyak satu keluarga turun shopping makanan, tumpahkan keropok dalam kereta, marahnya sekejap ketawanya lama.

Huh bak kata macam-macam la nak buat, banyak tempat nak pergi. but most of it mama nak balik kampung, jumpa wan dengan tok. Rindu rumah kampung mama, mesti penuh laluan masuk rumah dengan daun pokok getah, banyak ke buah masam pokok nam-nam ? , banyak ke belimbing kat pokok ? , dah bertambah ke anak-anak kambing yang baru? Tok Teh mai rumah dak jenguk tok dengan wan ?

Rindu...
Rindu nak normal ke pejabat semula jumpa kawan-kawan
Rindu...
Bungkus nasi lemak pagi-pagi pilih lauk sendiri makan kat pantry ofis atau keluar jam sepuluh pagi dalam 15 minit untuk makan roti canai dan berebut mi goreng basah hot seller kedai Pak Mat.
Rindu
Rehat lama hari jumaat jalan-jalan ikea makan meatball 7 bijik siap ada jem  atau window shopping yang selalu gagal kat Design Village pastu terlewat bos whatsapp tanya ' nak kerja ke takmau kerja ? ' hahaha..

dah jemu...
tengok harga minyak merudum jatuh tapi tak dapat penuhkan tangki, memandu selalu pun tak boleh cuma panaskan enjin dua hari sekali. Atau seminggu sekali keluar pergi pasar cari ikan cari ayam. Masa banyak di dalam rumah.
dah jemu...
tonton youtube kisah perjalanan orang kesana kemari melawat berbagai negara sedangkan kita terperuk je dalam rumah. Nak tengok tv stress je memanjang asyik kisah hospital, sakit dan kematian. Wabak ni memang durjana lah kan ?

Anyway, supaya kesedihan ini tidak berlarutan menjadi kemurungan. Kita cerita yang asyik-asyik je k.


#pleaseStayAtHome













xoxo

No comments:

Post a Comment