Monday, 25 December 2017

Tentang suatu perjalanan ke darul naim....2


Salam

Well, hari pertama yang sepatutnya menjadi hari kedua kan.... apa nak buat. Kita cuma merancang, tuhan yang menentukan.
So jadual hari ni memang bermula lambat sikit la kan. Sebabnya kita baru sampai pagi tadi, so semua terlajak lambat bangun la dari. Tapi kita kena cepat bangun tau sebab mama nak makan nasi kerabu, nasi berlauk dan macam-macam mama nak makan ni. mama lapaq ni, bangunla sayang.


Lepas siap kita pun geraklah keluar. Apapun mama nak makan dulu. Papa bawaklah kita pi kedai makan dulu. Hahahah
So dapatlah kita makan nasi berlauk pagi tu dan papa plak makan nasi dagang (cerita macam makanlah benda terpenting dalam hidup ni ye kan...hahaha...)




(gambaq tak ada sebab papa tak bagi, tak dapatlah mama meriak betapa meriahnya pinggan kita anak beranak)




Lepas tu kita kemana ye ?? jap, lupa plak mama. Maklumlah dah hampir dua bulan...( cakap dalam ig  nak buat cepat-cepat tapi dah dekat dua bulan tak siap-siap lagi) Sebenarnya yang part One dah siap lama dah tapi papa tu la tak bagi-bagi gambar. Gambar dari handphone mama adalah tapi sikit je. Tak cukup gambar tak sempurnalah posting mama.

Lepas tu kita singgah stesen minyak, sebab kena tukaq lampin Audra, time ni la dia nak poo poo pun. Lagipun hujan. Memandangkan kita dah gerak ke arah pantai cahaya bulan, so kita stop sat la bagi hujan reda sat. Masuk mart, beli nescafe, jajan untuk anak-anak mama dan kita gerak yea...Lets go to Pantai cahaya Bulan...














Lepas tengok angin tu kejap kita makan la pulak. Padahal baru je makan tadi tu kan tapi papa cakap kita makan, so kita kena makan la, berani ka lawan cakap papa. Kalau nanti papa cakap jangan makan, camna? Eh tak boleh, makan sekarang...
Sebenarnya ada lagi yang kita order tapi gambar ntah kat mana-mana so tak dapat la mama upload kat sini...



Best la pantai ni, tak mandi pun tapi best lepak-lepak tengok laut. Angin kuat kan. Best la Audra n Kayra, rambut gerbang-gerbang sebab angin kuat. Laut tu laut lepas kan, Laut China Selatan. Sebab tu angin kuat.

Best je, so lepas makan tu sambung lepak di tepian pantai.


papa


wawa


Audra


mama


Lepas tu kita gerak balik ke bilik. Rehat balik, ngantuk kan ? Malam baru cadang keluar balik.

Malam tu  kita keluar, pi cari pampers audra yang dah nak habis, cari merata sampai masuk mydin semua. Mama nak beli yang travel pack tu sebab nak pakai sikit ja. Selalunya travel pack drypers ke huggies ke ada 3 keping je. Tak ada pulak. Last-last jumpa la kat satu supermarket, 5 keping  ntah jenama apa.
Lepas tu papa ajak lepak kar gerbang darunaim ka apa ntah nama.
 Mama paksalah depa bergambar macam-macam aksi ikut kehendak mama. Nasib baik la dengar cakap. Tapi kakak tu kadang dia dah malas nak layan, mama paksalah jugak sampai dia tarik-tarik muka. Ya lah, masa kecik ni lah mama nak anak-anak mama bergambar ikut kehendak mama pun... dah besar nanti ntah-ntah nak bergambar dengan mama pun dah taknak. So setakat ni kerjasama tu mama dapatlah kecuali Audra yang selalu takmau tengok kamera dan suka buat muka 'apa lagilah mak aku ni..?'


aksi no 1 dan 2


aksi no 3


character setter iaitu mama kamu sendiri


TQ adik


TQ kakak


TQ papa jugak



Dah penat kan senyum ?? So kita balik tidur dulu... Esok last day...



xoxo

No comments:

Post a Comment