Friday, 22 December 2017

Tentang suatu perjalanan ke Darul Naim.....



salam readers


cuti sekolah hujung tahun ni kan... kita (Papa, Mama, kayra dan audra) berazam untuk mencipta sedikit kelainan dalam percutian kita kali ini. Kali ni kita nak naik tren dari Pulau Pinang Ke Kelantan.



 

Oleh kerana tak ada lagi tren dari Pulau Pinang Ke Kelantan so kita terpaksalah melalui kuala Lumpur dulu Kita naik ets dari Parit Buntar sampai KL Central. Bertolak dari Parit Buntar jam 8.30 pagi, dalam jam 11pagi kita dah sampai. tak tahu apa nak buat kat sana sebab tren kita ke Gemas jam 6 petang. Nak lepak , lepak apa sangat kan ? Mesti boring audra kalau duduk tunggu je ...lepas tu makan. Mana maunya dia. So papa cakap apa kata kita pi Jalan pasar tengok mainan... (sebenarnya papa dah rancang awal nak kesana...) Kita simpan beg-beg kita kat dalam locker berbayar, pastu naik uber pergi jalan pasar.







Kita makan semua pastu pusing-pusing jalan pasar sambil tengok ikan la segala mak nenek, masuk pulak kedai mainan dapatla adikkakak sorang satu mainan. Lepas tu papa plak bising. Kita ni backpackers, jadi kerja plak nak mengusung mainan. Tapi muat pun lepas mama sumbat-sumbat, walaupun shape beg kita dah tak cantik. Tak apa lah...
Papa mintak kawannya hantaq balik ke KL Central sebab kebetulan kawan papa mai nak jumpa, so kita jimatlah tambang teksi balik. Hahaha...

Bila sampai KL Central, masih awal lagi, sempat lagi kita merayau dalam NU Central.




Pukul 6 train kita sepatutnya, tapi delay dalam setengah jam. Tak kisahlah sebab kita ada masa lagi, malam baru bertolak ke Wakaf Baru dari Gemas. Kalau sempat mama nak basuh-basuh sikit badan Audra atau lap-lap sikit sebab seharian tak mandi kan... Dalam pada dok menunggu tren, ummi plak call nak singgah rumah kita, sedangkan kita kat KL ni, nak pi holiday. Apa la ummi ni, datang la semalam ke, masa tu kita ada la kat rumah. Sorry ye ummi....

Audra tidur dalam tren. Penat sangat kot. Sampai Gemas dia tidur. Bangun-bangun terus papa ajak cari makan. Hahaha... Adalah google makan yang best kat Gemas ni, mama tau la ada nasi ayam Gemas, tapi malasla nak jalan jauh-jauh. Kita lepak je kat cafe bawah ni. makan nasi ayam jugak depa. Mama dah sakit kepala, dah muntah-muntah pun, so tak lalu lah nak telan nasi.



Sudah makan, dah lap-lap badan depa sikit. Tukar pampers Audra kita get ready je kat ruang menunggu tu tunggu tren kita dari JB ke Kelantan. Keretapi delay pulak, dari sejam, ke dua jam, lepas tu dibagitau esok pagi pulak. Itupun bukan official announcement dari KTM.
So malam tu, kita tidurlah kat surau Stesen KTM Gemas. Bergelimpangan lah semua orang kat dalam surau. Mama kakak Audra kan perempuan, so kita lepak la kat surau perempuan. Papa kat luar kot sebab beg-beg kita semua kat papa.











So pukul 10 pagi barulah keretapi kita bergerak dari Gemas ke Wakaf Baru. Kakak and Audra enjoy the journey. Kita ambik seat berkatil, memang tidurlah. Tapi tak tenang pun mama tidur sebab Audra tu mana boleh diam lama-lama. Boringlah dia. Sekejap nak pi papa, sekejap mama, sekejap kakak. Amboi dia....








Kita ok dalam keretapi, tidur, bangun , termenung, tidur balik, layan audra yang macam-macam, lapar pergi kantin, di setiap stesen keretapi berenti, dari siang membawa ke malam sampailah melepasi ke stesen Kuala Lipis.




 Lama gak tren gerak,  Tiba-tiba....
Arghhhh....keretapi berhenti tiba-tiba....
Langgar lembu katanya....
Dah la Gelap, kat luar tak nampak cahaya lansung, Dah la tengah hutan (mama rasa la sebab gelap nau), dah la dengan anak-anak semua,...luckily tak ada anak kecil yang menangis je.... kalau tak, semak gak rasa perut ni...

Ok dah habis cerita stop sebab langgar lembu, gerak lagi sampailah ke stesen Gua Musang. Kita kena tukaq tren plak dah. Sebabnya, KTM nak samakan jadual balik sebab delay hampir 12 jam. Nanti kita akan naik tren dari Wakaf Baru yang akan berpatah balik, sama jugak dengan tren yang sedang kita naik sekarang, akan berpatah balik ke Johor Baharu.



Stesen Gua Musang ada kantin, ada gerai makanan, maka bila turun je semua penumpang, maka berduyunlah semua pi beli makanan. Maklumlah, semua boring dan lapar jugak. Mama beli milo panas, tuang dalam botol, mudah untuk Audra hisap je. Penat takyah cerita la.


So bila tren dah sampai, kita naik je, dah tak ada katil dah sebab semua orang pakat naik je, apa nak buat. Rimas penat semua ada. Kita dok kat seat kelas dua, so taklah teruk sangat, cuma seat duduk kan. Tak apa lah. Dalam hati cuma nak cepat sampai je.



Papa dah contact owner homestay tu, maklumkan tentang kelewatan, katanya kalau sampai dalam jam 12 macam tu dia boleh datang pickup (tq owner homestay sebab memahami) tapi nampaknya entahkan jam tiga atau empat pagi lah kita sampai ni... Tak apa lah, kita tengoklah apa yang boleh kita ikhtiarkan nanti untuk sampai ke tempat penginapan. Harap-harap ada uber atau grab car ke...

Akhirnya, kita sampai di stesen wakaf Baru pada jam Lima pagi. Sepatutnya kalau ikut plan kita pukul 7 pagi semalam kita dah sampai tapi Plan Allah lagi hebat, walaupun kita dah rugi sehari daripada percutian kita ini tapi syukur sebab sampai jugak dan dapat peluang merasai pengalaman ini.




Dah sampai nasiblah ada grab car. Kita terus ke penginapan ala homestay jenis apartment kat tengah-tengah Bandar Kota Bharu.  Sampai je, bancuh susu audra, tukar lampin. Mandi, settle apa yang patut lepas tu tidur. Penat sangat. walaupun sepanjang jalan kita tidur, tapi penat badan.






Sambung ke part 2

No comments:

Post a Comment