Monday, 4 December 2017

Bandung yukk....Day 5... 21 Mac 2017...



Hahaha...
Akhirnya inilah penutup cerita Bandung. Berbulan nak tunggu ending pun...


Cerita hari terakhir bermula di meja makan. Selalunya macam ni la. Breakfast like king. Makan banyak-banyak sebab nanti tak la nak makan kat mana-mana lagi. 


Akhirnya ada gambar papa dimeja dengan kita. So hari ni Audra makan mi ye. Eager nak makan sendiri, mama biar je. Letak tisu kat dada supaya takla kotor sangat nanti.



Bye De Batara Hotel. Oh ya, masa balik ni ada saudara papa akan jemput dan hantar kita pi airport. Dia memang orang Indonesia dan menetap kat Bandung. Kita ada tinggal sikit tip untuk supir, papa ada tinggalkan kat receptionist ni, papa call mintak dia ambik nanti. Saudara papa tu namanya uncle Herman. Sekejap lagi papa cakap uncle Herman nak bawak kita pi satu tempat sebelum pi airport.


Inilah uncle Herman, saudara papa in his mummy side kalau tak salah mama. Selalu jugak dengar family papa selalu sebut keluarga dari Talu. Mungkin uncle Herman salah seorang dari mereka kot. So happy dapat kenal saudara jauh papa ini. papa pun sebenarnya tak pernah jumpa, uncle papa yang suruh jumpa. So nice dapat kenal uncle Herman ni. Baik orangnya.



Kantor Gubernur Jawa Barat.

Wow, ini tak masuk dalam itenary kita kat Bandung ni. Uncle Herman bawak kita pi Gedung Sate. Mula-mula masa uncle tu cakap nak pi Gedung Sate, kita ingatkan dia nak bawak kita makan sate, rupanya tak. Gedung Sate ialah Pejabat Pentadbiran bagi wilayah bandung ni. Yang bestnya kita dapat masuk dalam perkarangannya sebab uncle Herman memang ada pass masuk. So wow ok kawasan ni dari lanskapnya, bangunan lama yang nampak sangat vintage dan suasana yang serene (Bandung memang nyaman je cuacanya).



Anak-anak tak ada masalah. Yang depa tau tempat cantik, boleh lari-lari. Audra tu asyik sebut wow je. Kakak dan adik mungkin nanti takkan ingat kita pernah datang sini, inilah gunanya blog yang mama tulis ini. Nanti kamu berdua akan baca dan akan tahu kamu berdua pernah jejak kaki di sini...




Gembiranya dapat menjejakkan kaki di sini. Gambar keluarga favourite mama ketika di Bandung, sebab latarbelakangnya yang cantik dan Audra nampak diam le sikit walaupun tak pandang kamera.



Bergambar depan masjid Al Muttaqin pulak.




Kita berlima. Sungguh-sungguh bergambar. Tak lama pun sebenarnya kat dalam ni, dalam setengah jam sahaja.




Kakak lapan tahun going to 9 tahun, Adik dua tahun umurnya...




So tq uncle Herman sebab bawak kami ke tempat yang paling penting dalam wilayah bandung ni. Kalau orang lain dapat bergambar dari luar pagar je. So kami sangat berbesar hati dapat diberi peluang masuk ke dalam. Sebenarnya, Gedung sate ni dekat je dengan Factory Outlet anak kecil. Kita dah datang dekat dah hari ketiga hari tu rupanya tapi kita betul-betul tak tahu tentang tempat ni.




Lepas tu kita singgah sekejap Kartika Sari.  Harus singgah sebab mama memang suka makanan. Untuk ole-ole dan untuk stok makanan kita juga sebenarnya. Jangan tanya Kartika Sari ni kat mana sebenarnya sebab mama tak ingat. Ada dua Kartika sari tapi mama tak ingat yang mana satu. Tapi yang mama tau kita beli banyak Bagelan. Seminggu lepas balik tu asyik makan bagelan je la...




Beli banyak-banyak lepas tu bayar lepas tu depa akan masukkan belian kita dalam kotak dan balut supaya sesuai  dicampak-campak  untuk dibawa naik atas kapal terbang.




Lepas Kartika sari, Uncle Herman ada bawa kita ke satu Tempat. Mama lupa nama tempat ni. Tapi tempat shopping, rasanya tempat ni namanya BTC. Ya ampun mama tak ingat. Singgah sekejap dalam 30 minit. Sempat mama rempat satu kaos dan dua helai baju tidur/ pijama untuk anak-anak mama. Sementara mama menyopping, papa bawak kakak dan adik main kat sini. Dapatla dalam 15 minit dalam tu.

Lepas tu kita gerak ke Airport . Husein Satranegara International Airport yang katanya tak lama lagi akan diganti dengan airport lain. Kata Uncle Herman. So nanti Bandung ada airport baru lah ye. Mesti lagi besar dan lagi canggih.
Detik-detik terakhir kita dengan uncle Herman, kita ucapkan terima kasih sebab sanggup layan saat-saat akhir kita di bumi Bandung ( Harap ini bukan kali terakhir kita ke bandung). Papa ada ajak Uncle Herman ke Penang dan pelawa uncle dan family datang ke rumah kita. Walaupun bukan sebab bersaudara, kita masih serumpun.




Ya Allahurabbi....airport yang suasananya kelamkelibut bangat. Sesak dan riuh rendah....Hahahaha...sekali lagi kita akan rasa macam reunion sebab ramai betul orang malaysia. Ada Kelantan, ada Terengganu, Negeri Sembilan, jauh betul depa mai shopping ye...
Pusing kiri kanan depan belakang semua orang malaysia. Bikin Ribut....



Pertama kali melalui pengalaman crowded di airport sebegini dan sudah semestinya Bandung memerlukan airport yang baru. Demi pelancong seperti kita ini. Betul what.

Tapi bila dah masuk kat ruang menunggu kat dalam, huh...cantiknya. Ada kerusi malas kita boleh lying down sambil-sambil tunggu kapal terbang kita yang delay...hahaha
Takdak pulak gambar, ada rasanya mama snap tapi kat mana ntah ada.



Saat paling boring bila menunggu macam ni. Hei ni gambaq lepas papa pow duit mama 10000 rupiah tau, mama dok ingat nak simpan la duit tu buat kenang-kenangan kita kat Bandung sambil meriak ada jugak duit baki. Ini sebab kes lama sangat menunggu kapal terbang la ni, papa nak calm down kan Audra supaya tak aktif sangat, so bagi makan diam la sekejap. Balance duit papa tak sampai 500 rupiah lol...





Favourite pic jugak ni. Entah apa la yang disembangkan dengan kakak tu.

 Ke Bandung ini pengalaman pertama kita naik Malindo air. Not bad, makan sedap tapi, ada sikit slack la dari segi layanan kepada penumpang. So ada sikit rasa tak syok kat situ. Overall kapal ni ok, cuma hal yang sikit tu la buatkan ada sikit kurang manisnya...




Akhirnya menjejakkan kaki ke negaraku, tanah tumpahnya darahku. Tempat yang biarlah hujan emas dinegeri orang lebih baik negeri sendiri.



Lapar baper. Last makan yang betul-betul makan pagi tadi, lepas tu makan kat airport, naik kapal terbang makan dalam tu dengan sedikit perasaan cuak, dah mendarat kita dah macam kelaparan sangat. audra takpa la, dah berbotol susu dia telan. Ni kita ni kita...lapaq tau dak ?
Tak nampak yang lain, mama nak secret recipe jugak. 




Tunggu flight nak ke Penang. Delay lagi. Dah la kita dah transit kat KLIA dekat 5 jam. Lagi tambah delay, makanya berejam-rejam kita kat KLIA. Tu ha, yang ramai-ramai tu sama penerbangan denagn ita nak ke Penang. Penat tak yah cakap la.



Akhirnya. Hampir jam satu pagi kita sampai kat  PIA (Penang International Airport). Audra sambung tidoq . Berdukunglah mama mengangkut dia. Bergilir mama dan papa dukung dia. Lega selamat sampai. Cari Uber untuk hantaq kita balik ke rumah la pulak. Penat tapi sangat seronok.



So ini penamat episod Bandung kita. Mama takkan serik kesana. Sebab Bandung adalah syurga makanan, syurga shopping dan syurga wisata. Tunggu Audra besar sikit. Kita pi lagi na....


xoxoxox

No comments:

Post a Comment