Monday, 7 December 2015

Julai 2015 Berbuka puasa kat Bayview Hotel


Bulan 7, bulan penuh barakah sebab masa tu lah bulan ramadhan dan masa tu jugak bulan syawal.


4 Julai 2015 papa bawak kita buka puasa kat luar. Papa ajak jugak mak su satu family join kita. Akhirnya kita dapat keluar rumah selepas mama habis pantang.



See, how happy she was. Kerenyih sampai telinga. Sebab dah boleh jalan-jalan. Ye lah kan, kalau mama tak keluaq, macammana Kakak nak keluaq.


Audra yang masih kecil dan kakak yang masih tetap kecil di hati mama.



Papa ajak turun kat bawah, jalan-jalan kat bawah tu sementara nak tunggu waktu berbuka.


Family potrait.



nampak tu selamat berbuka, satgi , tak lama lagi kita boleh makan la...



Hall yang sangat besar, makanan yang sangat banyak. Puas lah makan hari tu. 



Baby Audra masih tak biasa dengan suasana meriah macam ni, so dia rasa tak selesa, sedikit sebanyak mengganggu tumpuan mama untuk makan. Tapi tak apa, tak dapatla mama makan banyak-banyak. Macam papa cakap, sayangkan anak ke sayangkan perut ?



Family maksu, Ammar omeiii...





Lepas makan, maksu , paksu dan Ammar balik. Tapi kita plak bermalam kat situ. Shur pukul empat pagi, bangunla kita ni sebab makan punya pasal. Kakak masih ok bila kena kejut, Audra plak tolak je sebab dia tidur dalam stroller.

itu je mama nak cerita :)





xoxoxoxo






Sunday, 6 December 2015

Jun 2015



yeeehaaaa...
 Cerita bulan enam 2015. Ok kita teruskan lagi. Mama masih dalam pantang. Dah balik duduk rumah kita pun, tapi rutin untuk check kuning Audra masih diteruskan.

seminggu dua tiga kali mamaPapa bawak audra cucuk kaki ambik darah. Tak sampai hati tengok. Tapi apa nak buat. Kalau tak ambil darah tak dapat pulak doktor nak pantau tahap kekuningan Audra.


Audra ni kuning sampai seulan umurnya. Sampai satu tahap tu kena ambil sample darah dan air kencing la kat Hospital Sungai Bakap. Resultnya dua minggu lagi lepas tu. 


Lega akhirnya Audra dah bebas dari kekuningan. Lepas jumpa doktor tu, Audra bukan Yellow Baby lagi.

13/6/2015 kita cukur rambut Audra. Sekarang Audra dah botak. daripada yellow baby kepada skinhead baby. Apapun kamu tetap comel sayang...
Yang cukur rambut Audra, mama jemput Cik Nah. Cik Nah ni tinggal kat Relau Kedah, dulu dia cleaner kat pejabat mama.

Baby No 2 yang dah botak


Tengahhari tu Wan dengan tok mai melawat Audra. Cucu ke 22 depa.

Yang bawah ni pulak gambaq suka-suka Kayra dengan Audra yang mama tangkap. Sweet sweet gitu.

Kakaknya sangat sayang adiknya...


Permulaan yang bagus, boleh tidur sebelah-sebelah. Besaq esok jangan bergaduh, kalau bergaduh siap....



Ok, settle cerita Jun 2015. All about Audra...

Saturday, 5 December 2015

Mei 2015



Bulan mei 2015, bulan yang kita semua tunggu-tunggu. Bulan kasih sayang untuk kita.  Bulan ni kita tak lagi bertiga, kita dah berempat. Mama dah cerita tentang kelahiran Baby Audra kita, ada lagi yang mama tak ceritakan. Boleh mama mulakan sekarang ???

 Ini mama dapat hadiah daripada kakak Kayra lepas mama keluar daripada operation room. Boleh pulak kakak silap eja 'and'....    :)

I LOVE U KAKAK KAYRA


Nampak tu nanje-nanje kita. montel kan ?  3.85kg berat Audra. Nasib baik caesar. Ini gambaq kat wad kanak-kanak ni. Disebalik tingkap kaca. papa snapkan.


 Gambar ni bertarikh 17 Mei 2016 iaitu hari mama nak keluaq wad. Tengah siap-siap, Audra kat wad baby lagi.


 18 Mei 2015
Jururawat desa mai melawat mama kat rumah Tok Honey. Katanya Audra macam nampak kuning. Kena bawak pi klinik desa. So mama dan papa bawak Audra pi Klinik desa kat kg Expo, confirm jaundis, kena warded. Audra warded kat Hospital Taiping. Mama pun kena tunggu sekali. Sedih tau, mama dalam pantang kena dok jaga audra kat sana. Lenguh pinggang-pinggang sebab asyik kena duduk ja. Walaupun ada disediakan katil untuk mama, tapi mama tak sampai hati nak tinggalkan Audra sorang-sorang kat bawah lampu. Audra pulak menangis je sebab tak selesa. Susu badan mama pulak tak banyak, lapar agaknya audra. Nurse pulak tak benarkan mama bagi susu formula kecuali depa sendiri bagi. 

Duduk satu malam, esoknya keluar. Hari-hari Audra kena check kuning bila keluar. tapi esok tu tak check kenapa ntah. Next day tu, check lagi, kuning tinggi lagi....

 21 mei 2015
Sekali lagi baby no 2 kena warded. Jaundis. Kuning tinggi sangat. Susahnya hati mama nak oi. Dengan kakak periksa penggal time tu, papa lak berulang dari Taiping Parit Buntar. Oh ya, mama lupa bagitau, masa tu kita dok Taiping lagi lepas keluar hospital hari tu ingat nak tinggal la denga tok Honey sekejap dalam seminggu lepas tu mama cadang nak berpantang kat rumah kita je. tapi apa nak buat, sekejap je la duduk rumah tok Honey pun sebab Audra ni keluar masuk hospital pulak sebab jaundis.


Nak jugak-jugak si kakak pangku Audra. Sayang sangat adiknya. Lama dah kakak Kayra jadi anak tunggal, akhirnya, dapat jugak dia adik. Kedua-duanya mama sayang.


Ni plak turn papa pangku Audra. Lembut lagi dia, baru sebulan umurnya. Masa ni kita dah balik rumah kita. yey....


Audra with mama. Omei sangat kamu nenanja mama...


Hari-hari mama telan sebanyak ini ubat untuk sessi tengahhari. Nak muntah rasa, mama paling tak suka makan pil, tapi apa nak buat, kalau nak sihat, kenalah makan...



settle cerita untuk mei 2015. Ada 7 bulan lagi entry untuk lengkapkan cerita setahun.
Huh..letih rasa...





xoxoxox

Friday, 4 December 2015

April 2015


Cerita April 2015

Hahaha.... mama memang nak kampoi habis cerita 2015 yang mana tertinggal. Usia kandungan masa tu dah lapan bulan. So masa tu memang mama dah super tak larat. Yang mana mama ingat je lah ye.


4.4.2015
Basikal Kayra. Papa belikan Kayra basikal baru. Sangat lawa. Dua bulan survey je pun. Banyak kedai papa pi. Last-last warna ni yang dipilih. Mama suka warna ni. Gambar ni ambik kat satu taman kat kulim Hi Tech. Itu lah kali pertama kayra naik basikal tu lepas tu papa simpan je kat dalam stor tak keluar-keluar lagi. Kata papa, bila baby dah ada baru Kayra naik lagi. Harap-harap lepas ni kita ada lah masa nak bawak Kakak naik basikalnya lagi.


11.4.2015
Family mama sepakat nak buat kenduri kat rumah wan, kenduri arwah dan doa selamat jugak. lama tak buat kenduri kan, lagipun wan dah lama berniat nak buat kenduri nak sembelih kambing ternakan wan. So, kita buat lah jugak walaupun wan tak sihat lagi.


Panggil katering je sebab tak larat la nak handle kalau gotong royong, lagipun masing-masing kerja kan. Tak apa lah matlamat asalnya nak menjamu dan berdoa, so katering pun tak jadilah masalah sangat.


Kita harap lepas ni wan sihatlah macam dulu. Boleh lah berjalan sana sini. Harapan kita dalam kenduri ni agar doa kita untuk orang tersayang yang telah tinggalkan kita sampai la hendaknya...



xoxoxo


Thursday, 3 December 2015

March 2015 - Wan


22.3.2015

Kita temankan wan ke Sessi fisioterapi di Hospital Sik. Kita doakan wan cepat sembuh. Kita semua sayangkan Wan.

Biarlah gambar berbicara...




xoxoxo


Wednesday, 2 December 2015

Februari 2015....Sukan Pertama Kayra masa darjah satu...



26 Februari 2015 sukan pertama kayra masa darjah satu. Walaupun hanya acara bawa bola ping pong dalam sudu. Excited mama tidak terkira. Dah macam anak masuk sukan olimpik .  Hahahaha.    Sudah darjah satu kamu ya Kayra. Sekejap saja masa berlalu.

Kayra bersama kakak ira. Katanya acara sukan akan bermula pada jam 9.00 pagi. Pukul 9. 30 mama sampai tak start lagi.


Tak la berapa panas lagi. Tapi kesiaannya mama tengok anak mama kat tengah padang. Tapi setakat kesian je la sebab mama tengok dari tepi padang kayra bukan main seronok lagi dengan kawan-kawan.


Rumah merah, sekarang Kayra kat depan sekali, tunggu cikgu mai bagi instruction dan peraturan permainan.


Bukan main ramai cikgu. 


Dipindahkan kebahagian lain padang pulak. Dan Kayra pun dah bersedia nak lari tu.


Cik Kayra sedang beraksi. 


Ololololo  dah settle part Kayra. Giliran kayra Kayra pulak bagi sokongan kat kawan-kawan.


Tunggu kawan-kawan habis ye sayang. Nampak macam kamu tak kisah je kalah ke menang.


Bertiga di sudut padang. Acara kamu dah habis.

masih terdengar-dengar kamu menjerit "merah menang, merah menang", padahal team kamu kalah ye nak. Tak apalah, semangat kesukanan tu ada dah kira bagus dah tu...



Ok dah settle. Mama panggil kamu keluar padang dan minum milo sekejap. Eh lupa, papa pun ada hari tu.  So, lepas Kayra minum, mamapapa gerak balik ofis.



Nampak sangat mama ah kehabisan modal bercerita. maklumlah cerita dah lama. Tangguh-tangguh inilah akibatnya. Sampai bertemu di lain entry...  :)


xoxoxoxo

Tuesday, 1 December 2015

Cerita Januari 2015


Olek kerana banyak sangat cerita tertangguh, mama nak combine je la, mama yang sempat dan yang masih tak dipublish. Ini cerita bulan satu. Apa yang jadi bulan satu  2015 ye ? Kayra masuk darjah satu tapi cerita tu dah ada, sekolah tangguh kan masa tu sebab kes banjir ke apa time tu so macam lama la sikit cuti kan, kebetulan pulak 1 Januari birthday mama. Bila birthday mama, macam selalu-selalu papa mesti nak berbabeku ( time tu la nak barbeku pun...)


Kita ajak maksu sefamily join kita barbeku. Oh ya, papa nak try jugak periuk yang beli kat Danok itu hari, Disember 2014 mama dan papa pi Danok tinggalkan Kayra sekejap rumah mak anjang. Gambar- gambar yang atas tu setakat yang ada je maklumlah kau, dah setahun peristiwa ini berlaku.

Lepas barbeku kita tak terus balik rumah. Kita lepak Gurney Hotel barang semalam. Treat untuk birthday mama kata papa. Penatnya mama tak terkata, kejang habis kaki. masa tu pregnant dah lima bulan lebih dah.

 Kenapa Gurney Hotel ni best ? sebab ada pool yang besar dan macam water park sikit. seronok la mereka berdua berendam dalam tu. Kayra kan penakut sikit, layan je la si papa. Malamnya kita makan kat Hotel je sebab mama mana larat nak jalan-jalan sangat walaupun hati mama ni nak sangat nak makan nasi kandar line clear.

 Nah lagi gambaq ni. Peristiwa di Gurney Hotel.


Ini pulak cerita Lima haribulan satu. Projek mama dah siap...Yahooo !!!! Dah serah dah bulan dua belas 2014 bulan satu lak timbalan menteri melawat . YB Kamalanathan, datang nak tengok sekolah. Sekolah pertama dalam Seberang Perai Selatan ni yang pakai sistem IBS. Dua tahun penuh drama dan air mata nak siapkan sekolah ni. Berkorban apa saja, akhirnya siap juga...


Tapi dalam kegembiraan, kita dapat berita sedih juga. Wan diserang stroke, luluh hati mama. Sedih sangat, sebab tu tak sempat sangat nak buat cerita gembira di blog ni. Rasa tak sampai hati.  Apapun, hidup kita tetap kena kita teruskan ok. Moga Wan cepat sembuh.


xoxoxo