Monday, 26 August 2013

2nd appointment after surgery


12 Ogos 2013 bersamaan 5 syawal 1434 Hijrah. Hari tu mama dijadualkan jumpa doktor Tan lagi sekali. Dan hari ni adalah harinya untuk buka dan pasang cast lagi sekali untuk yang kedua. Memang mama dah dimaklumkan dari awal lagi yang cast pada kaki ini akan dipasang tiga kali mengikut tiga pergerakan pergelangan kaki dan untuk setiap kalinya akan dipasang selama dua minggu.

Dan kesini lah mama dan papa pada 5 syawal yang lepas.


serius sangat rasa ngeri bila 'cast' tu di potong. Rasa macam sikit lagi je mesin tu nak kena kulit. Teruk la mama ni...


Macam hari  tu jugak, gunting jangan tak gunting...


Luka dah semakin baik. Kalau tak silap mama ada dua belas jahitan. Benang pun dah reput dan dah boleh  dibuang. Ada gambar close up  tapi mama tak letak. Bila tengok dari dekat, takut sangat nampak. Tak boleh bayangkan macammana depa potong dan jahit.


Doktor Tan datang dan pasang cast lagi sekali.


Kali ni serius sakit bila tapak kaki mama ditolak. Yang mama maksudkan tiga pergerakan pergelangan kaki bukan ke kanan dan kekiri tapi bawah ke atas.  Ala, macam mula2 mula dulu tapak kaki mama macam penari balet ( regang dan lunjur jari kaki) , lepas tu cast kali kedua doktor tolak tapak kaki berubah beberapa degree dan untuk kali ketiga ni  doktor tolak lagi. Tapi kali ni sakit sikit.


Dan ketika di hari kelima syawal ini, mama masih begini...


Tujuan casting ni cuma tak mau bagi pergelangan kaki bergerak saja. Ye la, kan tendon mama putus lepas tu pembedahan dibuat untuk sambung dan repair balik tendon tu.


Appointment card mama. Mama kena datang lagi 28 Ogos 2013 ni untuk buka cast. Buka terus dan tak pasang lagi dah. InsyaAllah...


Dr. Tan Guan Huat. Doktor mama.


Behind the scene. Tq papa for everythings....


Hari-hari mama tengok kalendar, hari-hari menghitung hari dan masanya dah tak lama dah. Rabu ni dah 28 Ogos 2013. Tak lama lagi fibreglass cast kat kaki mama ni akan dibuang. Mungkin mama akan diminta untuk buat ultrasound sekali lagi untuk tengok tendon yang bercantum tu  tapi tak tau la kan. Harap-harap  semuanya akan ok. Tunggu sajalah apa kata doktor nanti. tak sabar mama nak berjalan normal balik. Tapi, kena rajin-rajin buat fisio la lepas ni.


xoxoxo

2 comments:

  1. nampak memang ngeri masa 'cast' tu dipotong..mesti dalam hati kak ida nak lari terjun katil bila dengar mesin tu kan..kan..hihihikk

    ReplyDelete
  2. nampak dah mengelupas tapak kaki kak ida kan?

    ReplyDelete