Monday, 18 February 2013

Kampung Mama Jauh Di Sana .....


Dan akhirnya tiba juga saatnya cuti tahun baru cina. Mama pada awalnya tak mau la bercuti panjang sangat tapi memandangkan  cik kayra akan bercuti seminggu (ikut macam sekolah kebangsaan jugak) nampaknya mama terpaksalah jugak bercuti. Kalau tidak, kat mana la mama nak tinggalkan Kayra masa mama ke ofis kan ?  Akan tetapi kita tetap jugak tak dapat kemana disebabkan papa akan bekerja seperti biasa, cuma bercuti masa hari raya cina tu ja la kan ?

Balik pagi hari sabtu. Pada mulanya memang mama tak mau balik awal sebab ingatkan mama nak kerja lah pada hari sabtu tu. Akan tetapi disebabkan ada beberapa masalah teknikal kat tapak makanya dapatlah kita balik awal sikit. Dah sampai rumah wan, kita tengok mak long dan family dah ada, tapi dah bersiap nak balik pun. Tak sempat kita berlama nak sembang dengan mak long dan kakak ainna, mak long dah nak balik dah. 
Tak lama lepas tu family ummi pulak sampai dan family mak anjang jugak , apa lagi, sangat seronok lah Kayra dapat jumpa Najla.


Gegar gempita rumah wan dengan anak cucu yang balik. Kat dapur cara dapur, kat luar cara luar. Kadang-kadang bingit jugak telinga tapi kegembiraan dapat berkumpul sekali sekala tu mengatasi semuanya. Ya, kita rindu semua yang ada. Family pak cik tak balik, rasa kekurangan  di situ.


Ini Wazir, anak sulung mak anjang. Mak anjang tu mula-mula tak mau balik  sebab ada banyak kenduri kena attend la, nak kena pi skolah lah ( ya, mak anjang kita cikgu ya Kayra ) , tapi akhirnya balik jugak lepas tak larat dok dengar anak-anak dia dok ajak balik.  :)


Ini paling depa suka , main bola depan rumah wan , kadang-kadang pakai bola plastik  kanak-kanak kadang-kadang pakai bola tampar  (itu selalu sebab bola tampar tu sentiasa ada bersama waktu kita berkumpul ). Entah lah , yang mama perasan, anak-anak buah mama ni memang sentiasa bawak bola tampar tu kemana-mana. Mak lang ada bola tu, abang Rabani pun ada. Masa zaman mama dengan pakcik kecik dulu, ada je kayu hoki, sebab pak cik suka hoki. :)


Ada jugak dua tiga kali tendang bola tu naik sampai bumbung rumah wan, jerit la banyak mana pun, marah la depa tapi tetap jugak lepas tu dengar bunyi bola tertendang naik atas bumbung. Apa nak katakan, budak-budak....


Bila jadi antara ahli keluarga termuda, sudah semestinya kamu berdua dilayan lebih. Sentiasa ada kakak dan abang yang akan melayan apa kehendak kamu. Bila kat kampung, macam biasa mamaPapa macam tak wujud pada Kayra, cuma ingat mama masa mintak susu dan tidur saja, masa lain, dah ramai yang akan layan kehendak kamu. Sampai hati....


Acara wajib, makan beramai-ramai. Macam kenduri kita semua. Keseronokan berkumpul ramai-ramai adalah sebab dapat makan beramai-ramai macam ni lah kan ? Tuala masing-masing tersidai berderet kat belakan tu pun dah tak kisah dah.


Tak ada apa sangat malam tu. Cuma goreng ayam, fries dan nasi goreng mak long buat kat rumah dia. Tapi berebut-rebut jugak anak buah mama makan malam tu.


Mula cadangnya nak buat barbeku tapi tak jadi sebab kesuntukan masa. Wan kata tak apa lah, lain kali arrange lain. Kambingnya dah ada cuma tukang nak buat saja tak ada hari tu.

Fasihah, Kak Long dan Mak anjang. 


Malam keesokannya pulak, bila semua orang dah balik rumah masing-masing, kita yang masing tinggal kat kampung diajak pulak makan kat luar. Nasib la kan sapa suruh balik awal sangat.


Kalau makan kat luar mesti nak cari tom yam.


Dan ikan tiga rasa ni...


Kayra pulak makan nasi goreng cina ni. habis jugak separuh walaupun penuh dengan drama. Hmmmm.... Kayra dah tertidur masa nak datang tadi. Mama angkat masuk dalam kereta. Itulah, penat sangat main sampai tak sempat pukul lapan dah tertidur.


Walaupun anak meragam, mama maintain berselera. Memang selera gred A punyalah, walaupun badai melanda, aku akan tetap menyuap. Mama rasa mama ada masalah dengan selera makan mama lah. Terlalu berselera. :)


Baju biru tu pak lang, baru balik dari outstation lepas tu terus kena pau dengan kita.


Dan mesti ada adegan chit chat lepas makan sebagai pencuci mulut. Bukan mengumpat tau.


Mama sangat sayang budak pakai seluar belang pink ini. Walaupun meragam mengantuk tapi masih mau makan dan merengek sikit-sikit je. I lap u so strong lah. Nanti kita ajak papa jalan-jalan k.... :)


Ini pulak gambar keesokannya pulak sebelum balik. Kita makan tengahhari kat rumah mak lang. Masak sama-sama. Ayam goreng, sayur batang keladi, kari ikan jenahak dan pais ikan sungai. Pais tu mama buat ok, pakai oven je. Keladi tu pulak gatal la, semua orang tak makan. Mak lang beli kat pekan selasa, selalu beli ok je tapi kali ni pulak nasib kita tak baik. Gulai ikan jenahak ( kat kampung mama, kari tu kami panggil gulai)  yang mak lang masak sangat sedap. :)


Apapun, buah hati pengarang jantung mama ni makan bertambah jugak walaupun dia hanya sekadar makan ayam goreng dan nasi berkuahkan kicap.



Itulah apa yang kita buat masa cuti tahun baru cina yang lepas. Kita tak kemana-mana. Kita cuma balik kampung menghabiskan masa di sana.





Hidup ini terlalu singkat untuk sebarang kekesalan. Sayangi mereka yang melayan kita dengan baik dan kasihanlah pada mereka yang tidak.



2 comments:

  1. telioq tengok pais tu... bila nak buat lagi? bawak la skit..

    ReplyDelete