Tuesday, 29 January 2013

Toddler to big girl already....



Dia dah pandai nak memilih baju sedangkan dulu pakai baju yang mama pilih
Kasut pun nak pakai ikut taste sendiri
makan pun nak yellow ikan aje (  ikan masak lemak kuning  )
colour nak pink aje
dah pandai berspek bagai

sekarang nak colour kuku pulak, nasib baik inai saja, sebab kita tak boleh pakai cutex nak, tak sah air sembahyang nanti....


Ini gambar masa balik kampung hari tu. Kayra cakap kat tok nak colour kuku. Macam dia tau ja tok ada inai yang beli kat Mekah hari tu. Ke dia dah nampak kat mana-mana ek ?


So mama pun suruh la dia baring terlentang kat ruang depan diam-diam sementara mama nak letak inai. Boleh pulak dia duduk diam.   :)


Kuku tangan kuku kaki semua mak kau letak nak. Bahagia mama rasa bila Kayra dapat duduk diam macam ni barang sejam dua.


Kamu dah besar kan Kayra?  Dah pandai nak berinai bagai. Sekali sekala mama dapat layankan hajat kamu ni. Tapi jangan selalu ok, kuku bila putih nampak lebih bersih.



Tak sempat pun setengah jam. Wan dah panggil Kayra masuk dalam baring atas karpet. No no no nanti merah karpet tok. Baring je lah sekejap atas lantai sementara nak tunggu inai kering.Sedar-sedar Kayra dah tertidur. Dah mama pula kena marah dengan wan.  :)






2 comments:

  1. sama mcm anak dara kak zu..asal balik kg paksa opah dia tebang pokok inai..yg opah plk boleh layankan ajer..klu kak zu dulu kena cari inai sendiri ,tumbuk sendiri dan tempek sendiri..untung cucu leni..

    ReplyDelete