Wednesday, 20 February 2013

Kayra, Wan, Papa, kambing dan air mata....

Wan kita ada kandang kambing yang besar tau kayra. Wan ada bela seratus lebih ekor kambing. Bela suka-suka pada mulanya lepas bersara cikgu, lama-lama makin membiak. Dari tiga empat ekor, sampailah banyak macam tu. Tiap kali nak barbeku, cakap saja kat wan, mesti permintaan kita ditunaikan. Masa aqiqah Kayra pun wan bagi je kambing tu, mamaPapa sponsor sikit saja untuk kenduri.

 Dulu satu kandang saja, sekarang ni dah dua. Siap berbilik lagi. Kandang dan kawasan ni pun lengkap berlampu semua. Kawasan kandang ni luas, cukup lah untuk semua kambing wan.

Pagi wan akan bagi semua kambing makan dedak dan sebelah petang pulak wan akan bawak semua kambing makan rumput di kebun. Memang kita semua kesian dan selalu jugak cakap supaya wan tak payah lah nak susah-susah jaga kambing, tapi wan nak jugak. Suka-suka katanya.

Kayra penakut . Tapi dalam penakut tu nak jugak dia ikut wan masuk kandang.Tengok tu, takut tapi bila suruh bergambar, nak jugak buat simbol 'peace' tapi matanya sesekali menjeling pada kambing yang lalu disebelah.

Memang Kayra takut. Wan suka usik Kayra tau.


Kadang-kadang, kayra suka jugak kira kambing wan ada berapa ekor. Dan selalu jugak kayra tunjuk yang mana satu kambing yang dia suka. Yang itu cantik, yang ini cantik.


Ini kambing yang paing besar wan ada. kalau tak salah dari jenis baka Boer. Kambing Boer ni garang tau. Sebab besar dan arang kita semua panggil dia ketua kampung. Dah la garang belagak pulak tu, tengok la tu, kalau kambing lain minum air kat dalam baldi tu dia macam bagus je minum kat paip tu. Air kat paip tu memang sentiasa saja menitik. Sangat tak sopan tau...


Pagi tu ada orang datang nak beli kambing. So, petangnya si comel ini ditangkap dan ditambat pada pokok. Dalam banyak-banyak kambing, si putih ni yang dipilih.


Bukan setakat beli, wan jugak akan sembelih dan lapah. Ala, setakat buang kulit dan perut saja. Selalu orang beli nakkan kambing hidup, jarang-jarang yang nak wan tolong sembelihkan. Nasib baik kali ni kita ada, ada lah orang yang akan tolong wan pegangkan kambing waktu nak disembelih. Masa ni, air mata si putih dah meleleh macam dia dah tau masa dia dah sampai. Air mata meleleh keluar.


 Pisau yang nak digunakan mesti tajam dan mesti pegang kuat-kuat supaya kambing tu tak boleh meronta. Senang nak sembelih nanti.


Kayra menangis. Sedih pulak dia bila tengok kambing disembelih. Tadi tu bukan main melompat sana sini, sekarang menangis pulak. Mama tak nak la letak gambar masa wan sembelih, rasa tak sampai hati pulak. Bukan tak sampai hati apa, rasa macam takut dan ngeri.  :)



Orang kata tak baik tau rasa kesian kat binatang sembelihan. Kata orang kita tak boleh makan kalau kita rasa kesian kat binatang tu. Mama tak tau samada boleh makan atau tak kalau kita rasa kesian. Atau kita cuma tak boleh cakap kasihan kat mulut saja. Semua tu kata orang. Sahih atau tak mama tak tau. kalau ada sesiapa tau, tolong bagitau mama ok...?


Papa ada. Papa cakap papa nak tolong wan buangkan kulit dari badan kambing. Kayra masih rasa sedih tu...


Lepas sembelih, kita gantung leher kambing tu supaya mudah nak buang kulitnya. Pisahkan kulit kambing dari daging.


Papa pulak ambil alih. Dan Kayra masih disana. Tekun memerhati.


Ya, dah selesai sudah. Lepas tu masukkan dalam plastik hitam dan tunggu pelanggan mai ambik.




Ini pengalaman pertama Kayra tengok Kambing yang disembelih. Dulu masa aqiqah ada jugak tengok tapi masa tu Kayra mana tau apa lagi sebab masih baby kan ?   Masa tu umur Kayra tak sampai pun lima bulan.
Ok lah, kali ni sembelih untuk orang, wan kata nanti bila ramai-ramai balik lagi sekali, kita sembelih untuk kita semua pulak. Yey.....
Sedap tau daging kambing ni.... tak percaya, cubalah...

3 comments:

zulaikha megat said...

buat kambing golek..berkumpul ramai ramai...tak sedar habis seekor..

bila balik kamunting..boleh kita jumpa

Unknown said...

ala siannya kayra. Dah la kambing tu comel, sebab tu kayra menangis kot.

@hasney^-^ said...

hmm wei..memang..kami anak beranak pun suka makan kambing....less cholesterol ...hi3...selalu gaks beli daging kambing then barbecue.....wallah...sedap...buat sos blackpaper sendiri...

Post a Comment