Friday 4 January 2013

Sukaneka Dengan Tok honey....

Hari sabtu 16 haribulan duabelas duaribu dua blas nan lalu. 16.12.2012. Cerita yang dah basi dalam  folder draft.

 Masa tu cuti sekolah. Anak-anak auntie Emma semua ada kat rumah Tok Honey. Hari Sabtu tu kita balik la rumah Tok Honey sebab dah lama kita tak balik jenguk tok honey dan tok yang. Lagipun, sepupu ada kat sana, Kayra pun dah lama tak jumpa depa kan. So Hari ahad tu ada program kat tempat tinggal Tok Honey, program kejiranan. Adalah buat aktiviti termasuk sukaneka.
kerana kebetulan time tu kita balik, Tok Honey nak ajak la sekali Kayra join sebab ada jugak acara sukaneka untuk kanak-kanak. Disebabkan ada kawan, jadinya Kayra pun ikut lah.


Mama biar Kayra pi dulu dengan Tok Honey dan sepupu-sepupu. Lepas tu baru mama kesana dengan Papa. Mama tengok Kayra happy ja dok berlari-lari kat tepi padang. Yang kat mulut Kayra tu barang yang sepupu paling besar Kayra guna untuk game bawak bola pingpong dalam sudu. Sepupu paling besar Kayra tu Alisha la...



Ok, acara kutip gula-gula. Siapa kutip paling banyak dialah yang menang. Kamu ambik bahagian jugak Kayra. Dengan Alisha dan Adelia.



Apa kamu tengok tu ?  Ok ke ?



Ok ready.... get set... Gooooo..........

Eh    !  Kamu kenapa ?



Oit sayang... kamu dah tinggal sorang-sorang..... Menangis pulak dah....



Last-last, takyah kutip gula-gula semua tu, dapat gula-gula free yang orang tolong kutipkan dan diusung keluar. Mama dah tak tahan gelak masa ni....hehehehe...


Kat atas riba papa pun masih menangis lagi. Tapi kat tangan tu dok genggam lagi gula-gula free yang tak payah kutip tu.
Sabaq ja la.....



Maih mama tolong buka gula-gula free tu. Masa ni dok lap ayaq mata lagi. Hang la Kayra... Cengeng...



Orang lain steady ja nak bersukaneka bagai. Kamu tak biasa ek ?



Mari kita bergambar bersama-sama di hari yang sangat bersejarah ini. hari dimana Kayra menangis sebab tak mau berebut-rebut kutip gula-gula.


Tok Honey pun sangat bertuah hari tu dapat hamper. Jauh kena jalan pi ambik. :)





Ok, itu saja nak cerita hari ni.

Kayra yang tak suka kena paksa. Kayra yang tak suka dan tak reti rebut-rebut. Kayra yang sangat manja, nak semua dibagi kat dia. Kayra yang tak suka masuk pertandingan. Kayra yang tak suka jadi tumpuan ramai-ramai. Kayra yang suka tunjuk perasaan. kayra yang sangat pemalu. Kayra yang tak pandai beramai-ramai. Segala-galanya pasal Kayra yang tergambar seperti di atas.

Apa yang mama perlu buat to built her self confident ?
Tolong mama.....

3 comments:

Lily said...

kena bagi dia bercampur ngan kengkawan n jiran2, ida......kena bagi tau selalu kat dia....

@hasney^-^ said...

Ala Da, first timer macam tu lah, dulu Intan bawa hakim join sukaneka jabatan mcam tu jugak, malu2 dia nak join..lama2 sekarang ni lah..raja bagai...hi3...cool beb..lama2 okaylah..nanti bila dia dah biasa bergaul..

chinta safia said...

sama la anak kita kak ida...nica pon mcm tu jugak..

Post a Comment