Sunday 15 April 2012

Nasi Goreng Ketam


 Hari selasa petang masa mama kat ofis, papa ada text mama bagitau petang tu nak bawak kita makan kat luar. Kata papa dah lama tak bawak kayra makan kfc padahal baru je pun kita gigit ayam kfc. Kayra kan suka pakcik ayam. Katanya nak makan kfc kat Juru. Tapi bila petang tu kita bertolak ke Juru lepas ambik Kayra, tiba-tiba pelan bertukar. Papa nak makan ikan bakar Teluk Tempoyak pulak tapi mengenangkan 'baru sangat saja lagi' kita makan ikan bakar, pelan bertukar lagi sekali. Kita akhirnya diajak makan mi ketam kat juru. Akan tetapi bila dah sampai kat kedai tu....hmmm, kita tak order pun mi ketam...



Pick up Kayra kat kindy without fail tepat jam enam dan terus gerak ke Juru. Sepanjang perjalanan dok bincang apa nak makan. So, memang muktamad kita takkan makan kfc hari ni ye Kayra.



Tengok tu, kita dah sampai ke warung paksu. Kita tengok je apa yang papa nak order kat kita sat lagi ye Kayra....



Masa tu kedai ni lengang sangat, ada dua tiga customer saja dalam tu termasuk kita.



Kayra sekarang sangat suka minum teh. Tak elok ke untuk perkembangan otak ? Mama tak tahu...



Dia nak pakai gelang jugak tapi risaula nak pi kindy pakai emas, so mama belikan dia gelang silver je.



Sekarang ni balik je dari kindy mesti rambut tu dah berikat dua, kadang-kadang empat. Bila tanya, 'who tight your hair?" mesti jawab pendek je, 'teacher Chang '



Makanan dah sampai. Rasanya so, so saja. Tapi mama tak tau la kalau orang lain rasa sedap. lain orang lain selera.



Kayra makan nasi putih dengan sate. Suka hati kau lah nak...



Rasa nasi goreng tu sama je. Yang berbeza cuma lauk.



papa snap gambar mama lagi



Nasi goreng sotong campur udang. Ingatkan nak campur sekali udang dan sotong dalam nasi goreng. Rupanya depa buat macam ni.



Dalam tak berapa nak sedap tu pun habis jugak, Settle sepinggan...



Macam biasa kita datang sini nak makan je. Lepas makan terus balik. Esok cuti sempena pertabalan Agong. MamaPapa cuti. Kayra pun tak pergi school jugak. Papa nak balik Taiping. Kita berdua melepak kat rumah saja. Sebab tu petang ni papa bawak kita keluar siap-siap......

1 comment:

Mahani said...

teh tu ok tapi sebolehnya botol susu just tuk susu ja kalau minuman lain seeloknya letak dlm bekas air.

Post a Comment