Thursday, 19 April 2012

Laksa Janggus



Pagi hantar kayra ke kindy. Pastu MamaPapa pi sarapan. Pastu Pi Econsave plak beli barang. Time tengah tolak troli berat-berat ada lak call masuk. Sapa pulak yang rajin calling-calling time cuti ni ? Tengok-tengok nama maksu yang tertera.

" Ha, nak apa ? Cuti pun tak tau rehat ka ?"
" Saja ja call , tak mau mai sini ka jalan-jalan?"
"Cakap sendiri sama my bos "

Mama pun pass la phone tu kat papa, bla, bla , bla....ok...

" Ma, petang ni lepas ambik Kayra kita pi balik Pulau makan laksa"
"Ok, set.."

Maka mamaPapa pun kelam kelibut la beli barang, balik rumah susun barang-barang tu. Sidai baju, lipat baju, kemas-kemas. Papa ambik Kayra, mandikan dia, pukul dua baru keluar rumah. Jemput maksu kat Wonderlite terus gerak ke Balik Pulau, pukul tiga setengah kat depan kita masing-masing dah ada mangkuk laksa dan bihun sup. Hehehe....


Laksa nan semangkuk itu kita share bertiga. Takut tak habis. Memang selalunya kita akan share je, dah habit. Jarang sangat kalau tak ambik dari pinggan salah sorang walaupun dah ada makanan sorang sepinggan. Tebiat ke tabiat ntah.



Yezza... kalau hala ke bab makan.... serah ja....



Cik Kayra makan goreng pisang banyak tau hari tu. Sedap sangat kot...



Ha, makan. Selagi tak da orang bawak parang suruh berenti makan, jangan berenti....



Paksu kerja, kan?  so hari ni kita bawak la maksu jalan. Err... bihun sup ni maksu bayar k ....?



Semua mangkuk atas meja dah kosong nampaknya. Dah kenyang, jom balik...



Eh, maksu bergambar kat mana ni ?? Tepi pantai mana ni ?



Pantai ni kat sebelah BTN balik Pulau. Papa penah attend kursus kat sini sebab tu nak tengok sangat tempat ni.



Kita tak boleh tangkap gambar kem tu walaupun kat pagar luar. Ok, takpa la. mama letak je la gambar pantai. Cantik apa gambar pantai.



Lain kali kita mai lagi berkelah kat sini nak ? Tapi pantai ni takleh mandi-mandi sebab tak landai. bahaya pulak nanti.



Cik Kayra ni memangla kalau jumpa pasir. Menjerit-jerit tak mau jalan. Mula-mula tu maksu dukung. Maksu tak larat baru la papa take over.



Lepas tu kita terus hantar maksu kat rumah dia. Ada pasar malam kat kawasan flat tu, sempat lagi mama tapaukan ayam dan jagung bakar untuk kita. Kalau cerita makan, memang takkan habis....






4 comments:

  1. wah !! nampak sedap ja.. kena ajak en.peja p ni..

    ReplyDelete
  2. dh lama x makan laksa pokok jangus nie...dulu masa keje kat sana selalu pi makan...
    rindu suasa pantai kat sana tu...huhuhu...:-(

    ReplyDelete
  3. wahhhh ida...hang ni makan...makan...makan.....aduhai.....wat aku nak makan gak....

    ReplyDelete
  4. Hajar : Pi jangan tak pi...hehehe

    Kak ina : Bila balik sini mai la...

    Lin : Lin, aku ni ada masalah dengan makanan rasanya, pantang nampak, lapar je memanjang...

    ReplyDelete