Monday, 30 April 2012

Budak demam dapat kek

Kayra demam. Merengek-rengek je dia. Pagi badan dah panas, tapi mama ingat lepas makan ubat ok lah dia. Tapi pukul sepuluh teacher Pratibha dah call cakap badan Kayra panas sangat. Terpaksalah mama ponteng ofis petang jumaat. Apa makanan pun dia tak mau kecuali epal. apalagi mama, suap epal je la. Tak payah masak ke apa, dah anak nak epal. Senang kerja mama. Kayra tidur je petang tu, start pukul dua belas sampai la petang. Cuma bangun 3 kali mintak epal. hehehe....
Dalampada anak dok demam-demam tu. Mama sempat lagi dok bakar sponge cake untuk tiramisu mama. Tapi kelamkabut-kelamkabut. Mama sampai lupa nak letak nescafe masa nak lapis dengan cheese. Hmm dah tak jadi tiramisu ke apa kek mama. Belasah je la, nampak rupa macam tiramisu tapi rasanya tak sama tiramisu. Kek tiramisu jadian kot. Ok ke pakai nama tu ?

Pagi sabtu Kayra dah ok sepenuhnya. So, papaMama decide kayra harus pergi school pagi tu. Ok lah. Rasa sayang nak bagi ponteng sebab communication skill Kayra dah makin meningkat sekarang ni. Besar harapan mamaPapa nak bagi Kayra makin lancar berbicara. Di kindy, komunikasi sepenuhnya di dalam bahasa Inggeris. Sabtu Kayra tak belajar apa-apa dengan buku tapi Kayra akan bermain sambil belajar.

Pagi yang sangat indah. Mamapapa jumpa pelangi waktu nak cari sarapan lepas hantar Kayra ke kindy. Kalau Kayra ada, mesti menjerit-jerit dia suka.


Kek tiramisu 'jadian' mama...pinjam magnetic number kayra yang kat peti ais tu untuk bentukkan tahun tu..



2012 dan si dia bertanya mana letter 'K'. K is for Kayra katanya....



Sukahati bila mama suruh potong. Memang kaya dengan  'fat' sebab kek itu di 'cover' dengan cheese dan full cream sepenuhnya.



Cik Kayra tak gemar sangat kek ni, tapi maknya memang tersangatlah gemarnya. Next time mama buat chocolate cake yang kayra suka tu...


Mak anjang yang cuci rumah kita tu dapat mai petang sabtu. Papa cakap, kita baliklah rumah tok Honey awal sikit. Ingatkan pagi ahad saja nak balik Taiping. Tak kisahlah, lagipun kesian tok Honey sorang-sorang. Tok yang pergi KL katanya . Kita kemas rumah kita sendiri. macam biasa , vakum seluruh rumah sebelum bertolak supaya tak la nanti bila balik kita pening tengok rumah kita sendiri yang kelam kabut dan lantai berdebu.

Friday, 27 April 2012

Nasi Kandaq Line Clear

Kadang-kadang kita buat kerja gila. Tiba-tiba je terasa nak buat satu-satu benda tu kita main redah je. Yang bestnya benda yang tak dirancang tu la yang seronok. Itu satu hal, satu hal lagi pasal makan. Kita yang memang kaki makan ni, memang pantang gagal kalau bab makan.
 Hari rabu lepas tengahhari tu papa ajak mama pi makan kat nasi kandar line clear. Tiba-tiba petang cakap tak jadi sebab papa ada bungkuskan kita kari ikan sembilang. Mama cakap kat papa, mama tak makan pun tengahahari tu sebab teringin nak makan nasi kandar. Last-last papa cakap, simpan je la dulu kari sembilang tu, kita pi makan nasi kandar line clear.
Petang lepas pick up Kayra terus kita gerak ke Penang. Yang bestnya, kita datang pulau semata-mata nak makan nasi kandar. Lepas makan tanpa singgah mana-mana lagi lepas tu terus kita terus je balik rumah.


Tiap kali nak mai pulau, mesti lalu ikut jambatan ni. Kalau tak ikut jambatan, kita akan naik feri. InsyaAllah tahun depan kita dah boleh lalu ikut jambatan kedua pulak. Ada tiga cara dah  yang kita boleh ikut kalau nak mai pulau.



Dah sampai. Dari seberang jalan kita dah nampak kedai tu. kat lorong je. Famous tau nasi kandar line clear ni.



Dah lintas jalan. Pergi dekat sikit. Jelas nampak sign board 'Line clear'



Papa kita dah tak sabar nak tengok apa lauk hari ni walaupun dah hafal setiap lauk line clear.



Kayra yang sedang merengek-rengek nakkan mainan kat tepi gerai tu. No way sayang, kamu dah ada banyak mainan...



Dah sampai. tak payah beratur sebab orang tak ramai pun...



Pilih, jangan tak pilih...



Kita tunggu papa ambik makanan untuk kita. Mama tangkap gambar Kayra dulu. Pelakon utama mesti ada gambar...



Makan dah sampai. Makan dulu. Meja nombor tujuh. Masa baru sampai kayra cakap, "Mama, i don't want number seven mama. I want number six".  Meja nombor enam ada orang, tak dapat lah tukar. Kadang-kadang mama layankan jugak Kayra pasal nombor meja ni. Sebab tu kadang-kadang papa meluat dengan kita. Hehehe....



Mama nak jugak letak gambar mama sekeping. Mama nampak sangat gemuk...



Nindiaa.....lauk nasi kandar kita hari ni. Ayam madu, ayam goreng, telur ikan, papadom dan bendi dengan kuah campur. Tuang kuah campoq ataih nasi bagi lencun, baru nikmat.



Kirim salam kat kolesterol, kirim salam kat lemak-lemak. Hari ni papaMama nak layan selera. Pulau Pinang memang syurga makanan. Nasi kandar, passembor dan macam-macam lagi. Sangat sedap bagi penggemar makanan. Memang tak pernah mengecewakan.

Tuesday, 24 April 2012

Bukan Ummi Rosnita Tapi Ummi Hafilda

Minggu ni kita balik kampung. Nak lawat tok dan Wan jugak ada agenda lain. Mak anjang cakap dia ada belikan mama kain untuk baju kurung. Ok. Tok dan Wan belikan kita baju dari Mekah. Ok. Pastu yang paling penting, rumah Mak lang tu. Mak lang suruh kita balik sebab rumah dia ada buat majlis. Ala, macammana nak cakap ek ? Padang 'aka' halaman rumah mak lang kan besar, jadinya adalah UMNO nak pinjam padang tu buat majlis. Siangnya buat karnival dan malamnya ada ceramah politik. Seram jugak mama dengar pasal politik-politik ni sebab mama bukannya pandai sangat bab-bab politik. Mama kalau dengar cerita pasal politik pun melalui papa sebab papa rajin jugak baca paper dan dengar ceramah politik kat YouTube.

Masa kita baru sampai. Daripada Jeniang lagi kita dah perasan banyaknya bendera pas dan UMNO disepanjang jalan. Kat depan rumah maklang lagi rancak nampaknya.



Macam ni la keadaannya halaman rumah Mak lang. Ramainya orang dengan khemah-khemah lagi. Dengan bising lagi.



Majlis tengah berlansung kat luar. Tuan rumah nampaknya penat sangat tu. Duduk-duduk dulu kat dalam melayan tetamu yang baru sampai kat dalam. Kitalah tu.



Servis bertukar tangan. Papa pulak tangkap gambar mama. mana aci. Mama pun nak bergambar jugak.




Banyak kereta parking kat halaman dalam. Kalau lambat parking kat luar la. Habis rosak rumput-rumput rumah mak Lang. Lepas ni tanam balik k. Sayang rumput-rumput tu.




Khemah-khemah kat luar.



Gerbang pintu masuk.




Hehehe...Nampak tu 'Rumah Encik Malik'. Yang datang bagi ceramah tu Ummi Hafilda ok. Ummi Hafilda adik azwan Ali.  Bukan Ummi kita, ummi kita Ummi Rosnita.





Petang sikit Kayra ikut Abang Riadz dengan mama n MaksuPaksu keluar pagar beli sate.



Ada pameran jabatan jugak. Bukan main rumah mak Lang kita eh...



Mama suka tangkap gambar Kayra sebab dia sangat suka posing macam-macam.



Biasa lah, kalau ada majlis macam ni, kita kena lah consider dengan sampah sarap. Esok kena bersihkan balik ni...



E eh... Mama dapat bergambar dengan cik Ummi Hafilda. Dia kan jemputan khas malam tu...



Mak su dengan Kayra pun nak jugak.




Tuan rumah dengan tetamu bersembang.




Papa pun sama..




Eh, mama lagi. Tukar tempat duduk pulak...



Wan dengan tok jugak...



Kat luar pulak. Kayra pun sibuk nak bersembang sama.



Masa ni majlis tak start lagi. Tapi penonton dah 'pelan-pelan' ramai kata orang kedah. Orang jeneri sebut 'koi-koi' ramai. Maksudnya penonton dah semakin ramai la.




Kita mesti ada fotogedik jugak...



Lampu kat bawah dah dipasang.



Kerusi penonton pun dah penuh. Ummi Hafilda dah bercerita kat depan tu. Dua jam non-stop.



Selepas dua jam. Berehat sekejap nak bersembang dengan tetamu.



Masa ni la semua orang sibuk nak bergambar.



Nasi lemak special order orang jeneri. Sangat sedap tau.



Dah dekat pukul satu kak ummi pun nak balik dah. Ada jodoh kita jumpa lagi. Tanpa ambil kira agenda politiknya tapi in-person, Ummi Hafilda memang seorang yang peramah dan mesra.




Jangan salah faham. Mama bukan nak cerita tentang fahaman politik. Mama cuma nak bercerita tentang kisah kita di kampung kali ini. Bukan nak tayang kita ni pro politik parti yang mana.
Masing-masing punya pendapat masing-masing.
Undi tetap rahsia...

Selera Baru Resipi baru

Mama sekarang  tengah 'menggila' nak cuba macam-macam resipi. Kenapa agaknya mama rasa macam kebanyakan resipi sekarang macam senang je nak buat. Bukak je internet, cari resipi yang nak buat, dah ada depan mata macam-macam cara dan kaedah. Kalau dulu, mama rasa susah, timbangan kena ikut gram lah, kalau nak buat kek coklat tu, kena bakar, pakai satu cara je. Tak boleh pelbagai. Tapi mungkin jugak masa tu mama tak pandai nak olah atau mama tak berani nak cuba cara lain. Tapi sekarang ni, kalau tak boleh satu cara, ada sepuluh lagi cara yang kita boleh cuba. Kalau tak boleh bakar, kita boleh buat kek kukus atau lagi mudah, guna microwave pun boleh. Hmmm...
Panjang cerita nampak...Last week mama try satu resipi mudah. Mama kan suka makan twister Kfc. Hari tu mama surf la internet untuk cari resipi mudah nak buat tortillas. Tortillas tu macam twister kfc tu lah jugak lebih kurang. Tengahhari tu pergi beli tortillas wrapper kat econsave. Petang tu mama dah start buat. Sedap. Mama tak letak mayonis, mama letak thousand island dressing, letak cheese, tomato potong dadu dan salad bulat.
Sayang sekali Kayra tak suka, masam katanya. Mama buat dua hari berturut-turut. Hari pertama tortillas untuk PapaMama, untuk Kayra mama buat pasta je dan hari kedua, jagung rebus untuk cik Kayra.









Lain kali mama try buat masakan lain pulak. Kek karot, red valvet tak pernah try lagi.
Entah bila nak cuba...