Tuesday, 31 January 2012

Tok Su sudah pergi...

Kita kehilangan lagi, Kita kehilangan Cu Din mama. Tok Su dah tiada. Bila kita balik kampung kita dah tak boleh tengok kelibat tok su berjalan kat belakang rumah dia, kalau kita pergi kedai tok su untuk beli gula, tak ada lagi tok su untuk sambut kita. kalau kita pergi beraya, tak ada lagi tok su untuk kita salam-salam dan cium pipinya.
Tok su adik bongsu wan. Anak bongsu dari enam beradik dan satu satunya adik lelaki wan yang tinggal. Tok su dah lama sakit, tapi tok su masih kuat berjalan kesana kemari sehinggalah dia meninggal Sabtu 28 januari 2012 lepas. Kata wan, petang jumaat masih nampak Tok su berjalan kat depan rumahnya. Maknanya dia masih nampak sihat.
Masa mama tengok jenazah tok su, muka tok su tak berubah lansung. Macam Tok su tidur saja. Sayu mama tengok anak-anak tok su yang menangis dan sayu lagi tengok wan yang mengesat air mata.
Sekarang wan cuma ada dua kakak saja yang tinggal. Bila kita balik, kita mesti selalu jengok Tok Tam dan Tok Tih ok Kayra ??



Cu Din yang bersongkok putih, berkain pelikat. Semoga ditempatkan dikalangan orang beriman.
Al Fatihah....

Pesta Riang Ria Kayra Gembira

Kita dapat tau dari papa tentang adanya fun fair kat Bagan Serai. Malam tu papa bawak kesana. Fun fair kecik je tapi kira ok la bila kayra dapat jugak naik kuda pusing-pusing tu. Kayra gembira tapi yang terlebih gembiranya papa. Habis dekat Rm 30 semata-mata main permainan kat situ. Tapi berbaloi jugak bila dapat mainan untuk Kayra.


Tak ramai orang dapatlah kayra main happy-happy tanpa bersesak dengan ramai orang. Sekali naik RM 2 je, berpadanan lah dengan harga.


Papa main dart. Hadiah dikira mengikut markah. Kalau setiap balingan dapat nombor yang sama maka hadiah 'special' menanti. Kumpul 5 hadiah ' kecik' dapat tukar dengan hadiah besar.


Hadiah kecil pertama yang papa dapat. Kita bergambar dulu.


Besama satu hadiah 'kecil' dan satu hadiah besar yang tak berapa besar. Papa tak puas hati lagi. Mari kita tukar hadiah lagi...


Hadiah besar yang ada ni pun kayra dah tak larat nak angkat. Tapi nanti dulu, papa tengah berjuang untuk dapatkan lagi hadiah besar.


Akhirnya, berakhir sudah misi. Kat dalam kereta, bergambar bersama hadiah-hadiah. Papa tu rasa macam berbaloi sangat dengan tiga hadiah besar plus seekor ayam mainan bersama key chain monkey yang sangat kecil. Kayra dengan muka bangga yang dapat mainan -mainan comel walaupun hanya daripada fun fair cuma.

Saturday, 28 January 2012

Kek Untuk Nur Kayra

Semua ni gara-gara Ana Suzana. Selalu sangat mama usha-usha blog dia, selalu sangat tengok makanan yang best-best. Last-last mama ambik keputusan nak try satu resipi kek keju idea dari cahaya cintaku. So kalau ana baca entry ni, ketahuilah bahawa andalah penyebab adanya kek tu kat rumah malam tadi. Hehehe... Entah sempat ke tak Ana jengah blog ni....
Pertama kali mama buat kek sendiri tanpa bantuan orang lain. Maksud mama bantuan dalam membantu pembikinan sebiji kek, bukan membantu dalam melambatkan proses kerja membuat kek. Macammana nak mudahkan ? Kena masak dulu, bagi dua orang tu makan kenyang-kenyang, buat susu segala baru mama start operasi.
Papa yang dah kenyang tu pun sebelum naik atas cakap kat mama, sat lagi bawak milo satu mug dengan cheese kek naik atas.... okehhh...mama jawab...


Bahan-bahan yang dah ready untuk dikorbankan. Mula-mula mama fikir, macammanalah rupanya tepung super fine tu. Bila tengok ja, alah sama je macam tepung gandum...hehehe. Punyalah mama tak pernah buat kek.


Soft peak sugar and egg, double boiler cheese butter and fresh milk. Bersama hand mixer pemberian Kak Effa. Thanks kak effa, sangat berguna pemberian ini. Hari tu papa tanya hand mixer ni nak guna buat apa, nah hari ni mama buat cheese cake. Bukan buat telur dadar ye papa.


Ayunya acuan kek tu bila dibalut dengan alumunium foil gara-gara nak steam bath kan dia. Mama guna kaedah ni tapi lain-kali mama dah tau, tak payah lagi balut-balut. Steam bath macam biasa je. Semua kerja mama buat dalam periuk vision sebabnya rumah kita takda mangkuk kaca yang besar-besar...huk huk huk...


Cotton soft japanese cheese cake nama diberi. Nama pun first time buat makanya kenalah bertemankan resipi. Selama ni tak teringin pun nak belajar buat kek tapi tiba-tiba pulak tergerak hati nak try kek ni. adakah ini dinamakan jodoh ?


Kah kah kah... awatla rupa kek mama jadi macam ni ?? Tapi takpa, jangan nilai sesuatu tu dari rupa luarannya saja. Sedap ooo. ( segmen tajaan puji diri sendiri )


Mama potong untuk bawak naik atas dengan satu mug milo macam yang diorder papa. Ok settle hal papa. Kayra mama tengok dah tergolek tidur kat sebelah papa


Dah settle hantar order, mama turun bawah. Ada lebihan bancuhan kek tadi, kali mama letak saja dalam mangkuk kaca jernih, bakar cara steam bath jugak tapi kali ni tak balut dengan alumunium foil pun. Mama tuang je air panas dalam tray dan biar mangkuk kaca tu terendam sikit. Berdebar jugak nak tengok hasilnya


Tadaaa....Inilah rupanya. Manis, lembut dan berkrim. Tapi mama rasa lebih sedap bila dimakan sejuk..

 * Thanks to Ana Suzana dan dicedok resipi dari Secubit Garam

Friday, 27 January 2012

Cuti Panjang Kerana Sang Naga


HAPPY CHINESE NEW YEAR. Kayra akan bercuti panjang sebab school akan tutup seminggu. Petang tu mama fetch kayra dan sampai rumah tengok dalam beg ada card chinese new year yang kayra colour kat school. So happy kayra with her work and cute pulak tengok dia pakai baju tradisonal chinese ni. Baju ni Kak Long punya masa kecik-dulu.



Cuti Tahun Baru cina dua hari campur dengan sabtu ahad lagi jadilah empat hari. Mula-mula kita plan balik kampung mama saja sebab mak anjang nak buat kenduri doa selamat sikit kat rumah wan. Kenduri tu buat hari isnin. Kita tak cadang nak balik Taiping sebab kita dah tau Tok Honey ada plan nak belayar ataas kapal besar Star Cruise. Tapi bila Tok Honey cakap hari selasa baru nak naik kapal, so kita balik la Taiping dulu sebelum ke kampung wan pulak.
Kita balik petang jumaat tu jugak. Barang-barang semua mama dah siap packing tengahhari tu. Tapi kita bertolak lewat jugak, sampai rumah Tok Honey pun dah malam.
Esoknya kita jalan-jalan Batu Kurau. Ada tempat best yang kita nak pergi. Tempat cantik tapi unlucky  untuk kita sebab tempat makan tak bukak lagi. Kurau Stone, tempat tu ada kolam memancing, restoran dan chalet jugak. Papa kata, lain kali kita mesti pergi.
Kenapa kita merayau kat Batu Kurau, sebab Tok Honey nak tengok-tengok tempat lama dia mengajar dulu. Batu Kurau jugak ada sungai yang best, lain kali kita kena mai lagi ni...








Lepas tu kita gerak balik Kamunting. Nak buat apa lama-lama kan, makan pun tak boleh. Tapi kita tak terus balik rumah, kita terus pekan Taiping pulak. Terus ke arah Taman sentosa, dekat-dekat dengan area Bukit Maxwell. Tempat makan lagi. Tempat tu kawasan perumahan tapi kawasan kaki bukit, ada anak sungai yang mengalir, owner tanah tu renovate tempat tu jadi tempat rekreasi jugak. Sebenarnya nak cakap tempat rekreasi salah jugak, tak tau la mama nak describe macammana, kat dalam tu ada tempat makan, spa, tempat penginapan, ada jugak hall untuk disewa untuk buat event kecil-kecilan. Kat situ jugak kita boleh sewa tempat untuk buat barbeku dengan pakej yang kita boleh pilih mengikut harga.
Tempat inipun papa kata kita kena try jugak. Kat sini pun kita tak makan apa-apa just tengok tempat jugak. Sebenarnya sebelum bertolak tadi, tok honey dah marinate ayam dan ada lauk-pauk yang dah dimasak untuk makan tengahhari. Kita mana boleh makan kat luar sebab Tok Honey dah masak kari ikan yang heaven untuk kita kat rumah. Lagipun ada saudara papa nak datang rumah nanti.





Malam, Kayra ikut Tok Honey keluar dengan saudara mara papa makan kat luar. PapaMama keluar sendiri. Papa nak makan kat Cashier Market, tempat tu dekat dengan area supermarket The Store Taiping Jaya. Papa nak makan sate, tapi malam tu sate tak best sangat la. Tapi bubur gandum sangat tempting. Lepas makan, papaMama singgah sekejap kat The Store sebab Akemi buat sale cadar pulak, so mama dapat tangkap dua cadar serupa untuk rumah kita. Lepas tu, masuk market sekejap untuk beli sekotak limau nak bawak balik kampung esok.
Sempat call Tok Honey tanyakan Kayra. Rupanya Cik Kayra sangat seronok tanpa papaMama sebab ada kawan sebaya untuk main-main. Nina yang comel.




Hari ahad kita balik kampung wan pulak. Kayra dah meloncat seronok jumpa Najla pulak. Tau seronok je budak-budak kan ?
Hari isnin baru buat kenduri. Kenduri ni mak anjang buat tanda kesyukuran sebab dua orang anak dia dapat result yang boleh dibanggakanlah jugak. Tahniah untuk Abang Wazir dan Abang Waa'iz. Next week Abang Wazir akan daftar sekolah sains kat Kangar. Kami tumpang seronok. Wake up clock morning call untuk mama jugak supaya mama ambil endah sikit untuk perkembangan pelajaran Kayra. Kita ada masa bertahun lagi kan Kayra...? Tuhan punya kuasa tapi kita kena merancang dan berusaha.
Paling seronok kalau cuti-cuti ni pasal dapat makan yang best-best. Tu je la mama. Selain dapat jumpa adik-beradik dan yang penting, tak payak kecoh-kecoh bangun awal nak pergi kerja.










Hari selasa, hari last cuti. Lepas settle kemas rumah tok lebih kurang kita bersiap balik. Pinggan-pinggan yang dah pakai untuk kenduri, basuh , lap dan susun balik dalam almari. Tikar-tikar lipat dan gulung balik. Pukul 5 lepas salam-salam kita bertolak balik. Ingatkan boleh lah terus sampai rumah tapi perjalanan kita melencong lagi. Papa ajak pergi pulau. Hajatnya nak la lambai-lambai kat Tok Honey sebelu naik kapal. Tapi sampai saja kat sana, kita sempat lambai kat kapal saja. So, kita just flying kiss saja kat kapal tu.
Kita masuk Gurney Plaza, banyak kedai yang tutup. Papa nak masuk tengok harga amplifier kat kedai muzik pun hampa. Tapi papa bagi peluang mama cuci mata tengok baju-baju kat dalam Parkson, lapang dada mama. Tapi kita tak beli, mama tak bawak duit, selamat duit mama. Ramai betul nyonya dan apek tengok wayang hari tu.
Keluar dari Gurney Plaza, beli prosperity burger kat McD dan kita bertolak balik. 



Hari Rabu mama cuti lagi, malas rasanya nak ke ofis lagipun Kayra cuti lagi, school tutup, esok mama kena hantar ke rumah Mama Azie lah nampaknya.....

Monday, 16 January 2012

Bandar Tasik Bukit Merah

Papa kerja hari sabtu. Mama dengan Kayra lepak kat rumah saja seharian. Mama tak hantar Kayra pergi school hari tu sebab nak Kayra temankan mama. So, sepanjang hari Kayra dengan mama berparty kat rumah. Penat Kayra lari naik turun tangga sebab Kayra dengan mama main cari-cari nombor dan mama sangat puas hati sebab Kayra dah kenal number one to ten. Lewat petang baru papa balik, masa papa sampai Kayra dah tertidur kepenatan.
Oleh kerana papa tinggalkan kita hari Sabtu lepas, makanya untuk mengganti hari ketiadaan papa dengan kita tu, papa bawak kita bergumbira mandi-mandi main air kat Bukit Merah Water Park. Tempat tu dekat saja dengan rumah kita dengan perjalanan tak sampai setengah jam rasanya.
Tok Honey dan Tok Yang join kita hari tu. Bestnya Kayra dapat main-main air walaupun Kayra ni penakut air tapi masih enjoy kat sini.







Papa sewa pelampung besar yang Kayra naik berhanyut-hanyut kat dalam kolam. Mula-mula menjerit-jerit jugak tak mau naik sebab takut, tapi lepas pujuk-pujuk naik jugak lah dia. Mana boleh tak naik, rugi je la kalau dah sewa tapi tak naik.
Kat dalam ni ada 3 kolam besar yang berasingan. Kolam pertama ada permainan yang lebih sesuai untuk kanak-kanak. Kolam kedua lebh sesuai untuk golongan dewasa tapi kanak-kanak tetap boleh masuk dibahagian tepi yang bergerak seperti aliran sungai, aliran tu membentuk arus air dimana pelampung boleh bergerak sendiri walaupun tak ditolak. Kolam pertama pun ada aliran air tapi tak kuat sangat, kita kena tolak gunakan kaki kalau nak pelampung bergerak.


Kolam ketiga pulak luas. Ada wave tiruan, dah macam ombak pantai pulak. Kat dalam ni ada replika batu buaya dan penyu besar. Kat sini ramai orang berendam-rendam. Kat sini kayra main kat gigi air je. Ada jugak replika kapal. Boleh main slide kat sini.





 Sementara kayra dengan papaMama main air, Tok Yang baca-baca paper kat bawah wakaf. Tok Honey join kita jugak sekali-sekala.




 Penat dan panas. Tok Honey dengan kayra berenti sekejap makan aiskrim. Mahal makanan kat dalam ni. Kalau boleh bawak makanan masuk tadi, dah lama mama angkut segala jajan masuk dalam.




Dah puas mandi-manda. Salin baju basah. Kita keluar dari situ. Perut dah lapar ni sebab penat. Kita singgah sekejap kat food court luar taman air makan laksa sekejap.


 Dah settlekan laksa 3 mangkuk share 5 orang. Kita pusing sekejap kat kedai-kedai dalam tu. Dah puas hati lepas mama belikan satu pensn besar untuk kayra kita gerak keluar dari Bukit Merah Lake Town dan singgah sekejap untuk makan tengahhari kat kedai tepi jalan. Tok Honey belanja ikan bakar hari ni. Dah settle makan, salam-salam, kita berpecah. Tok Honey dan Tok Yang balik ke Taiping, kita pulak balik Nibong Tebal.


Selesai sudah aktiviti hari minggu kita. Penat betul hari ni. Esok kita bangun awal k, Kayra kena pergi school....