Jumaat lepas kami balik kampung kat Jeneri. Perjalanan yang sepatutnya tak sampai 2 jam, ambil masa sampai berjam-jam sebab traffic jam teruk kat susur keluar dari jambatan Pulau Pinang sampai depan Carfour Seberang jaya. Mama baca novel nak hilangkan boring, papa drive sambil mengawal tension, manakala kayra lak enjoy ja kat belakang tengok cd pororo. Agaknya dia tak sedar pun apa yang jadi kat luar tu...
Kat kampung. Pagi tu lepas sarapan. Kami pergi lah kat dusun. Dusun wan tak besar sangat. Ada pokok manggis dan dua tiga je pokok durian. Tapi, dusun tetap dusun lah kan. Walaupun tak luas tapi dusun tu tetap milik kita. Kita mesti hargai apa yang kita ada kan ??
Sebelum masuk kat dalam kawasan dusun. Kita bergambar dulu kat luar. Tengok tu, sawah padi.
Ramai kat dusun. Sepupu-sepupu besar kayra tolong panjat dan petik buah manggis. Mama dan kayra jalan-jalan keliling dusun. Cantik tempatnya. Menghadap sawah padi. Dusun tu sebelah menyebelah dengan dusun saudara mara wan. Dusun tok su dan dusun Tok Lang.
Kalau balik kampung. Time ramai-ramai paling best. Riuh rendah rumah tok dengan gelak ketawa kami saudara mara. Kayra sukalah sebab najla pun balik sama. Buat masa sekarang, najla je la kawan kayra sebab sebaya. Ingat tak hari tu, yang pakai baju serupa dengan kayra masa kenduri maksu. Itu la najla. Ni ha gambar kayra dengan najla. Comel kan najla ?
Kat kampung mama masak. Simple je masakannya. Tapi kayra tak makan banyak sebab kayra lebih sibuk nak main daripada makan. Tapi sedapla sup labu air letak udang tu...
Luas laman rumah tok, kalau time raya, penuh dengan macam-macam jenis kereta.
Ini anak-anak buah mama. sepupu kayra. Kayra ada ramai sepupu lagi. Sepupu-sepupu lelaki kayra pun sukalah jugak bila berkumpul. tapi kayra tak pandai la nak main-main dengan depa. Sebab budak lelaki lasak. takpa, kayra kan ada najla.
Mama pun sukalah dapat jumpa saudara mara.Habis gurau senda semua keluar.
Bila dapat jumpa, meriah betul.
**********************************************************
Kayra suka kegembiraan ini, dan harap berkekalan.
Kayra akan senyum bahagia.
Tengah kutip buah manggis. Banyak betul buahnya. Kena panjat dan kait. Buahnya sedap. Kat dusun ada dua je pokok manggis yang besar. Kat tempat lain ada lagi.
Si berbaju hitam tu sepupu kayra, anak buah mama. Esoknya nak daftar politeknik kat melaka. Hari ni tolong pungut buah manggis.
Hitam-hitam si tampuk manggis, walau hitam ku pandang manis.
Raja segala buah. Mana taknya, banyak duri, buah-buah lain tak berani nak rampas kuasa. Hehehe... Teringat cucur durian, nak buat tak pandai.
Si kuning langsat. Masam-masam manis. Kalau anak dara kulit kuning langsat, tu kira sedang-sedang elok, tak gelap, tak putih sangat. Warna kulit gadis melayu.
Anak papa ni, merengek je. Kena gigit semut menangis, tengok kerengga menangis, kena rumput menangis, selipar basah pun menangis. No idea lah... tapi balik kampung kena la act macam budak kampung.
Kayra dengan wan. Dulu mama kalau dengan wan, nak angkat kepala pun tak berani. Wan bukan garang tapi hormat betul kat wan dulu. tapi kalau dengan cucu, bagi muka betul. i love u wan..
Kalau balik kampung. Time ramai-ramai paling best. Riuh rendah rumah tok dengan gelak ketawa kami saudara mara. Kayra sukalah sebab najla pun balik sama. Buat masa sekarang, najla je la kawan kayra sebab sebaya. Ingat tak hari tu, yang pakai baju serupa dengan kayra masa kenduri maksu. Itu la najla. Ni ha gambar kayra dengan najla. Comel kan najla ?
Kat kampung mama masak. Simple je masakannya. Tapi kayra tak makan banyak sebab kayra lebih sibuk nak main daripada makan. Tapi sedapla sup labu air letak udang tu...
Luas laman rumah tok, kalau time raya, penuh dengan macam-macam jenis kereta.
Mama pun sukalah dapat jumpa saudara mara.Habis gurau senda semua keluar.
Bila dapat jumpa, meriah betul.
mak lang dan mak anjang. Kakak mama.
**********************************************************
Kayra suka kegembiraan ini, dan harap berkekalan.
Kayra akan senyum bahagia.
2 comments:
seronok kan balik kg...
Wah seronoknyerrrrrrrrrr...intan mmg tak dak dusun kat kg. Tapi sebelah mertua di segamat ada dusun, sekeliling rumah pun ada dokong, manggis dan rambutan. Kat dusun sebenar, mcm2 lagi buah ada, durian, dokong, rambutan gading, langsat. Merasa jugaklah petik-petik buah musim buah2an ni, tapi tawon ni tak taulah, coz dalam pantang tak dapatlah nak memetik manggis2 yg ranum tu....hu3..
Post a Comment