Tuesday, 12 July 2011

Sabah day 1

Pagi-pagi lagi pukul 6 mamapapa dah kejut kayra suruh mandi. Macammana mama kejut pagi-pagi tu ? tutup aircond, jangan buka kipas angin, buka lampu terang-terang pastu buka chanel 613, bila dengar je muzik montaj kartun disney junior tiba-tiba si tengah tidur ni terjaga. Sebab rumah kita takda water heater kat bilik air, mama masak air panas letak dalam baldi, buka paip, jadi le air suam-suam. Mama bagi kayra mandi, mula-mula menangis-nangis cakap sejuk, bila mama curah air kat badan, tiba-tiba senyap sekejap, agaknya terkejut sebab air tu tak sejuk kot.

We all bertiga bertolak dari rumah pukul 650 pagi bertolak ke Pulau. Singgah Jelutong sekejap ambik maksu, sebab papa mintak maksu hantar kami ke airport pastu nanti kereta papa bagi maksu bawak balik.Sampai kat airport papa nak confirmkan check in online yang papa buat kat rumah. Bila dah settle, kami breakfast kat McD. Sedap big breakfast tu, kayra suka srambled egg tu.

Flight kami pukul 10.15pg dari Penang. Atas kapal terbang Kayra leka tengok cd. Takda perangai yang buat papamama marah, kayra dah pandai behave sekarang. Ok la, tapi takla sopan sangat. Setakat nyanyi-nyanyi kuat takpa daripada jerit-jerit. Mama cakap mama bagi kayra markah B+. Hehehe....




Sampai kat KK, we all settlekan hal boarding pass, lepas tu papa baru cari kereta sewa. Dapat je kereta Saga tu, terus kami gerak ke Kundasang. Sebenarnya hari kami sampai, hotel tak booking lagi. Papa book Kinabalu Pine Resort untuk esok, tapi disebabkan retime penerbangan, we all ada extra beberapa jam awal. Sepatutnya kami sampai kat kk tengah malam ni tapi disebabkan hal tu, pukul satu tengahhari dah sampai.



So, Kinabalu Pine Resort here we come....

No comments:

Post a Comment