Monday, 27 June 2011

Dua hari bersama Tok Honey

Hari sabtu dan ahad lepas, kayra join tok honey dan tok yang pergi kenduri kat Recsam (MPPPP) dan Layar Yoi. Hari sabtu tu Tok Honey dan Tok Yang tidur rumah kayra. Ok, cerita satu-satu la senang. Pagi ahad, mama kejut kayra bangun awal, mandi bersiap dan ikat rambut pakai getah rambut warna warni. Hairan jugak kayra kenapa nak bangun awal-awal sangat, kan mamapapa cuti. Kayra rasa nak marah jugak sebab mama tak bagi kayra bangun lambat sikit hari cuti. Dah la bangun awal, mandi pun kena awal jugak. Pagi tu pukul 6.30 mama dah bagi kayra susu botol. Pukul 8 mama kejut, kayra mengamuk-mengamuk nak susu lagi, bukan susu botol, kayra nak susu dutch lady dalam peti ais. mama tak bagi pastu kayra menangis. Last-last mama bagi jugak... Pastu kayra mandi dan mama pakaikan baju. Kayra pakai gaun  yang mama beli pakai kenduri maksu padankan dengan seluar ketat purple jugak. Pastu mama ikat rambut kayra. Tok honey sampai dalam pukul sepuluh, kami bertolak ke Pulau ikut jambatan.
Makan kenduri kat kafeteria Recsam. Kayra jumpa ramai kenalan tok honey. Kayra makan nasi sikit. makan telur rebus kenduri. Pastu Tok honey bagi kayra try tapai. ok jugak tapi kayra takleh makan banyak sebab rasa dia pelik sikit la...
Lepas kenduri kami terus ke Bukit bendera. Ini second time kayra kesana, first time dulu masa kayra umur 6 bulan lagi tapi time tu masih keretapi lama, sekarang keretapi pun dah tukar. Baru. Time papa beli tiket, mama belikan kayra milo guna mesin tekan-tekan. First time kayra tengok mama beli guna mesin tu, mama bagi kayra peluang ambil sendiri milo tu. Pastu kayra duduk sebelah tok yang untuk minum dan kejadian yang berlaku memang bagi mama kayra marah. kayra tumpahkan air milo tu ke baju. Tapi mama tak marah sangat. mama tak cubit pun...
Dalam keretapi memang best. Kayra nampak rama-rama dari tingkap keretapi. Keretapi tu meluncur laju sangat la.. kayra dengar papa dengan mama cakap, kalau dulu perlahan saja lepas tu dulu ada substation kita boleh berenti, sekarang dah tak boleh. Kayra nampak bangunan-bangunan dibawah sana, nampak laut. Pokok durian pun kayra tengok.
Kat atas 'top of the hill' kami naik 'buggy' pusing kawasan atas sebab tok yang tak larat nak jalan. Kayra tengok banyak banglo cantik kat atas sana. Mamapapa sukalah boleh berenti kat banyak tempat untuk bergambar.
Dalam sejam jugak kat atas tu kami turun. Tok honey nak pi botanical garden, so papa pun bawak lah kesana. Kat sana kami naik train je keliling garden. Sempat la kayra enjoy-enjoy tengok pokok-pokok. tapi kayra tak nampak la monyet kat sana. Dulu masa kayra pergi dengan papamama ada banyak monkey.
Lepas kesitu papa bawak kami semua pi makan cucuk-cucuk kat satu tempat tu. Kayra makan telur puyuh rebus je dekat 7 biji. kayra memang suka telur rebus. Cucuk-cucuk tu macam makanan frozen pastu diorang cucuk kat lidi. masa kita nak makan kita rendam kat dalan air mendidih yang ada kat meja tu jugak. Ada sosej, fish ball, udang dan macam-macam lagi...
Lepas makan kat situ kami terus balik. Malam ni Tok Honey dan tok yang tidur rumah kita. Yeyy....!!!!
Esoknya kayra ikut tok honey pergi kenduri lagi. Tok Yang tak ikut. Tok honey kata tu rumah saudara kami jugak. Lepas kenduri papa bawak singgah jusco perda sekejap. Dalam sejam kat situ, kami pergi pasific perai pulak sebab papa nak beli handphone. Kayra jalan-jalan kat situ dengan tok honey dan mama. Tok honey sempat juga beli jubah sepasang. Sebelum balik, tok honey belikan kayra roti kat 'bread history' Sampai je kat rumah, lepas minum-minum Tok Honey dan Tok Yang bertolak balik ke Taiping. Kayra tidur. Lepas bangun kayra makan mi rebus dengan papamama, pedas tapi sedap. Kiranya sekarang, kayra dah belajar-belajar makan makanan pedas.
Malam makan nasi lagi. Penatnya kayra. Dua hari ni memang penuh jadual. Tapi Happy dan Best...

Ini kat surau RECSAM. Tengok akad nikah

Kaya, tok honey n Tok Yang with pengantin

Time ni kayra dah tumpahkan milo kat baju..


 
Masa dalam tren

Tren baru Bukit Bendera

Time ni kat Botanical garden


 
We enjoy dengan pokok-pokok semua...

papa kat kenduri Lahar Yoi

Sibuk dengan goodies, mama dah takleh larang...

2 comments: