Tuesday, 7 June 2011

Cerita kenduri part 2

5 jun 2011 tarikh kenduri sebelah pihak lelaki. Majlis sambut menantu la kiranya. Rumah pengantin lelaki tak jauh sangat, kiranya dalam satu daerah jugak. Ramai rombongan pengantin perempuan. 5 ke 6 biji kereta la jugak. Sambil tunggu pihak lelaki datang menjemput, kami berborak sakan. Maklumla bukan senang nak dapat peluang berkumpul. Semua adik beradik ada kecuali kakak sulung dan adik lelaki. Semua pakat melaram dengan baju baru.
Kayra dengan maksu. Lepas ni kayra dah takleh la nak manja lebih-lebih dengan maksu. maksu pun tak dapat dan nak kerap-kerap datang rumah kita kan...kalau dulu, kalau maksu nak datang kayra sambut dengan gelak ketawa depan pintu, maksu nak balik plak hantar dengan deraian air mata.
Sisterhood. Final touch sebelum bertolak. Seronok jadi pengantin yang kurus kan ?? Yang tudung biru tu kak ja, yang tudung coklat tu kak ani. Kak ja kakak nombor tiga, kak ani plak kakak nombor empat.


Ni masa baru sampai. Ada kawad pedang. Pengantin lelaki kerja kat penjara. Kena ikut istiadat jugak. Pengalaman kedua bagi keluarga kami sebab 2 tahun lepas masa adik lelaki kawin pun ada buat kawad pedang jugak. Yang bezanya adik tentera darat.

Masa baru sampai. Kayra baru bangun tidur. Najla masih membuta.

Sedapnya laksa. Tak makan nasi pun. Laksa tu sebenarnya makan kat dalam mangkuk kecik je. Aku ja memandai ambik dalam pinggan nasi. Sedap. Sambil suap kayra. Satu suap untuk kayra, tiga suap untuk mama.


Papa curi nasi kayra sikit. Segan nak bangun tambah ke papa? Sedap jugak lauk-lauknya. Ada rebung, ada ulam. Ada sup daging. Kenduri cara kampung ni best.


Apapun takmau. Jenuh pujuk suruh makan. Lolipop pun tak mau, takkan nak minum susu je kayra ?


Kayra with her maklang and abang yayatz. Temankan mama papa makan, hati tak senang sebab nampak maklang kat meja seberang. Dapat maklang lupa mama papa.


Kak ani, kakak nombor empat. Tak pernah gemuk. Seronok je tengok. Ringan je badan.


Tak habis-habis bergambar kenangan

Ok, dah selesai semua. Bye-bye maksu. Pandai-pandai la jaga diri di rumah mertua ye. Jaga diri baik-baik. Moga bahagia ke anak cucu.


















1 comment:

  1. waaaaa....gambar tak cantik kali ni... kamera silap setting ni....

    ReplyDelete