Monday, 22 August 2022

Sekadar sembang-sembang sebab dah lama menyepi...

 




Salam

Dah lama tak update. Rindu pasti tapi tak tahu la awak.... Ketika semua orang beralih ke facebook, ig, twitter dan lain-lain,hati kita ni tetap rasa blog lebih dekat. Lebih berjiwa. Bukan tak suka yang lain tapi hati mama tetap tertinggal di sini.

kita dah jadi mak yang garang tau awak, anak-anak dah besar dah ada nakal-nakal sikit, mak-mak mesti marah jugak bukan tapi mama happy, seronok tengok anak-anak membesar. 

Tapi mungkin faktor umur, cepat rasa letih, cepat stress dan cepat jugak marah-marah. Tapi insyaallah semuanya dalam keadaan terkawal. Mama ok...


Hey, tak tau nak mula kat mana. Banyak sangat nak cerita, banyak jugak kisah yang tertinggal. Audra dah sekolah, kayra dah sekolah menengah. Sangat berbeza dengan zaman rajin-rajin dulu. Masa tu rajin sangat update blog. Sekarang ni, hmmm....

Ikutkan malas tapi kalau malas sunyi la blog ni. Tapi nak update tak tau apa pulak nak diceritakan. Main ikut je tangan nak tekan apa ni. Sat2, lepas pkp kita ada pi pangkor, kita ada pi cameron highlands, mandi sungai (best tau sungai-sungai yang kita pi, ini sebab masa pkp kita banyak tengok video kat youtube pasal camping dan lain-lain), kita ada beli beli rumah jugak (ni pun nak cakap aiyoo...hahaha, tapi bila dah siap kemas-kemas cantik-cantik kita cerita, lagipun kita bukan nak tinggal kat sana dalam masa terdekat ni), ada jugak kita berpiknik kat tepi pantai. Cuma sekarang, aktiviti kita dah tak sama macam sebelum pandemik. Dan kita jugak kena kurangkan aktiviti yang pakai banyak duit sebab kita kan kena banyak menabung. Ternyata covid 19 dan PKP dah banyak ubah cara hidup kita.

Mama tetap rasa mama dah hilang dua tahun , sebab dalam dua tahun tu mama rasa kita dah banyak tertinggal segala aktiviti normal kita dulu tap[i dalam masa yang sama, MCO (PKP) dah banyak ubah  kita, rasanya kita akan lebih menjaga kesihatan lepas ni dan kita akan mula berjimat. 

So sekarang endemik. Kakak dah sibuk dengan aktiviti sekolah, sibuk dengan tuisyen dan sibuk dengan kelas silat. Entahla macammana dengan lembut lembut tu nak bersilat. Pengaruh mat kilau ni. Audra pulak dengan kelas taek won do. MamaPapa ikut je apa kehendak depa.

Dan kalau nak ikutkan rasa, nak juga patah balik ke PKP semula hahaha...makin malas pulak nak datang kerja pagi-pagi. Rasa nak rehat-rehat kat rumah. Tapi tu lah, demi nak halalkan gaji yang mama dapat ni. Kenalah kerja. Duit tu jadi darah daging kita. So fokus, fokus... kalau terlencong, patah balik ke jalan yang benar. Namapun manusia, niat tu kadang-kadang terbabas jugak, tapi insyaAllah, selagi ada iman di dada, ubah nawaitu balik dan jalan terus...

So, marilah kita sama-sama kibarkan semangat masing-masing balik. Kerja baik-baik dan happy-happy selalu ok. InsyaAllah , semua urusan kita akan dipermudahkan...


Banyak pulak gambar yang mama upload ni. 


Ni gambar sungai yang kita pi. Masa mama ambik gambar ni kita datang tengok-tengok je dulu. Kita otw balik dari kampung kalau tak silap, dan kat kampung pun kita mandi sungai.( Banyak cerita sungai kita ni sebenarnya).  Minggu kemudiannya baru kita mai. Hujan masa ni. Sungai ni cantik, cetek, arus tak kuat, kira sesuai la untuk kayraAudra nak main-main. 



Ini Audra, audra tak nakal, cuma cheeky. Karaktor dia. Macam-macam perangai dok ada. Cakap makin banyak. Dah besar dah dia, dah darjah satu. Gambar ni mama ambik kat Batu Kawan.



Molly pulak, dah 6 tahun dah umur molly. Kalau ikut perkiraan perbandingan jangka hayat umur kucing dengan manusia, dah 40 tahun dah umur dia. Dah tua tau awak. Masih manja. Kalau dengan kakak, bukan main dia. Kakak ja yang faham bahasa kucing.



Banyak aktiviti outdoor kita sekarang melibatkan perkelahan  lepas kita beli meja ni. Kiranya hidup kita dah berubah sejaka ada meja piknik. Hahahaha...


Dan macam biasa, gambar keluarga kita pun banyak. Mama selalu ambil gambar kita sekeluarga. Sekarang kan pakai kamera handphone, jadi senang la kan. Teringat masa mula-mula berblogging dulu, pakai kamera digital, nak upload pun malas. Sekarang pun malas jugak...hahaha. Makin mudah snap gambar, makin malas tulis cerita.



Demi ayang anje dua orang ni, kita akan kutip memori sebanyak mungkin. Sebab suatu hari nanti, pasti kita akan bercakap tentang hari ini.



Anytime anywhere, kena sentiasa peka dengan kamera. Masa itu emas, masa yang berlalu tak akan kembali lagi. Tetapi memori akan tetap diingat sampai bila-bila.




Dulu kan famous dengan majalah mangga artis artis bergambar kat tepi kolam. Ye la, bukan semua gambar kat dalam majalah tu gambar tepi kolam, tapi most of it. Hahahaha... tengok gambar ni, teringat pulak majalah mangga.



Ini gambar keluarga kat pelamin kak long Zalyana. Anak maklong yang sulung kawin hujung tahun 2021 (tahun lepas). I dont care, i nak jugak gambar atas pelamin you kak long. Hahahaha....



Ini gambar sebelum brisk walk kat Batu Kawan. Sebelum jalan bergambar, semasa berjalan bergambar, selepas pun bergambar. Sedar-sedar masa berlalu, tau tau dah penat. Penat senyum depan kamera. Berpeluh jugak, tapi berpenuh sebab panas bukan berpeluh sebab bersenam. Panas-panas lepas tu minum pulak tealive. So, misi pagi itu pun gagal. Misi bersenam gagal, misi bergambar berjalan dengan jayanya...



So akhirnya sampai la ke gambar terakhir. Apapun tak apa, demi kamu berdua. 





xoxo






No comments:

Post a Comment