Monday, 29 August 2022

CKE RUN 2022




Assalamualaikum...



Sabtu hari tu kan, 27 Ogos 2022 kita join aktiviti kelab sukan ofis papa tau. Kita semua. Berempat. Papa first time nak bawak kita join aktiviti kelab ofis dia ni. Walaupun dah dua tiga ofis papa sebelum ni, tapi inilah kali pertama papa bawak kita semua dan libatkan kita.
Teruja lah jugak KayraAudra tu nak pergi lari-lari ni.




Hei !!
Pagi-pagi kita dah sampai tau. Kita gerak dari rumah lepas solat subuh. Singgah toilet sat kat tol jambatan kedua lepas tu terus ke venue.




venue tu kat mana ? ala yang tepi jambatan kedua tu kot belah pulau tu, apa kenama tu......
    tak tau la, kita panggil je la 'under the second Penang bridge'.




Kuat le jugak Audra berjalan sampai 8 km. Tapi last-last merengek jugak dia sebab tak larat. Kesian Audra tak best la audra boleh jalan jauh-jauh . Merengek audra bukan menangis-nangis tau, setakat merengek sebut-sebut je la.





Kita jalan dari jambatan kedua sebelah teluk Bahang sana sampai la ke area flyover laluan basikal sebelah QueensBay sana, kat sana kita ambik no cabutan bertuah, sebelum sampai sana ada la jugak checkpoint dapat air semua. Audra takmau berenti sebab kawan-kawan papa dok tegur-tegur dia. Dia malu 😉
Jadi kita pun minum sambil teruskan berjalan, ambil nombor cabutan bertuah dan patah balik.



So, bila dah selesai, kita dapatlah nasi bungkus sorang satu. Lapaq kan sebab dah jalan jauh tu, makan la kita kat tepi laut tu sambil-sambil hirup udara pantai dan tunggu next apa pulak yang depa nak buat, dengar kata nak bagi cabutan bertuah.












Ok, panggilan dah dibuat, semua orang kena berkumpul kat tempat bermula. Kita ada empat nombor ni. Bertuah ke kita ?
mula-mula satu no kita diumumkan, lepas tu satu lagi, dan satu lagi. jadinya kita dapat tiga nombor bertuah, bermakna tiga hadiah. wah !! ini memang dah betul-betul bertuah ni... 😂😅😁
Tahniah lah kepada kita.




Dah, nanti sambung lagi...

xoxo


No comments:

Post a Comment