Monday, 29 August 2022
CKE RUN 2022
Monday, 22 August 2022
Sekadar sembang-sembang sebab dah lama menyepi...
Salam
Dah lama tak update. Rindu pasti tapi tak tahu la awak.... Ketika semua orang beralih ke facebook, ig, twitter dan lain-lain,hati kita ni tetap rasa blog lebih dekat. Lebih berjiwa. Bukan tak suka yang lain tapi hati mama tetap tertinggal di sini.
kita dah jadi mak yang garang tau awak, anak-anak dah besar dah ada nakal-nakal sikit, mak-mak mesti marah jugak bukan tapi mama happy, seronok tengok anak-anak membesar.
Tapi mungkin faktor umur, cepat rasa letih, cepat stress dan cepat jugak marah-marah. Tapi insyaallah semuanya dalam keadaan terkawal. Mama ok...
Hey, tak tau nak mula kat mana. Banyak sangat nak cerita, banyak jugak kisah yang tertinggal. Audra dah sekolah, kayra dah sekolah menengah. Sangat berbeza dengan zaman rajin-rajin dulu. Masa tu rajin sangat update blog. Sekarang ni, hmmm....
Ikutkan malas tapi kalau malas sunyi la blog ni. Tapi nak update tak tau apa pulak nak diceritakan. Main ikut je tangan nak tekan apa ni. Sat2, lepas pkp kita ada pi pangkor, kita ada pi cameron highlands, mandi sungai (best tau sungai-sungai yang kita pi, ini sebab masa pkp kita banyak tengok video kat youtube pasal camping dan lain-lain), kita ada beli beli rumah jugak (ni pun nak cakap aiyoo...hahaha, tapi bila dah siap kemas-kemas cantik-cantik kita cerita, lagipun kita bukan nak tinggal kat sana dalam masa terdekat ni), ada jugak kita berpiknik kat tepi pantai. Cuma sekarang, aktiviti kita dah tak sama macam sebelum pandemik. Dan kita jugak kena kurangkan aktiviti yang pakai banyak duit sebab kita kan kena banyak menabung. Ternyata covid 19 dan PKP dah banyak ubah cara hidup kita.
Mama tetap rasa mama dah hilang dua tahun , sebab dalam dua tahun tu mama rasa kita dah banyak tertinggal segala aktiviti normal kita dulu tap[i dalam masa yang sama, MCO (PKP) dah banyak ubah kita, rasanya kita akan lebih menjaga kesihatan lepas ni dan kita akan mula berjimat.
So sekarang endemik. Kakak dah sibuk dengan aktiviti sekolah, sibuk dengan tuisyen dan sibuk dengan kelas silat. Entahla macammana dengan lembut lembut tu nak bersilat. Pengaruh mat kilau ni. Audra pulak dengan kelas taek won do. MamaPapa ikut je apa kehendak depa.
Dan kalau nak ikutkan rasa, nak juga patah balik ke PKP semula hahaha...makin malas pulak nak datang kerja pagi-pagi. Rasa nak rehat-rehat kat rumah. Tapi tu lah, demi nak halalkan gaji yang mama dapat ni. Kenalah kerja. Duit tu jadi darah daging kita. So fokus, fokus... kalau terlencong, patah balik ke jalan yang benar. Namapun manusia, niat tu kadang-kadang terbabas jugak, tapi insyaAllah, selagi ada iman di dada, ubah nawaitu balik dan jalan terus...
So, marilah kita sama-sama kibarkan semangat masing-masing balik. Kerja baik-baik dan happy-happy selalu ok. InsyaAllah , semua urusan kita akan dipermudahkan...
Banyak pulak gambar yang mama upload ni.
Tuesday, 10 May 2022
Ketika ini endemik bermula, pandemik berakhir...
1 Mei 2022. Malaysia dah memasuki fasa endemik. Well, semua dah kembali normal. Boleh free face mask di ruang terbuka, boleh dining kat restaurant, boleh jalan-jalan masuk mall without scan mySejahtera dan lain-lain.
Budak-budak sekolah dah boleh makan kat kantin, dah boleh buat aktiviti sukan kat padang, dah boleh masuk library.
feel free tapi rindu masa tersekat-sekat dulu, masa dimana itu tak boleh ini tak boleh, rindu terkurung, rindu jangan buat itu jangan buat ini.
mama akan tetap rindukan masa PKP kita. Rapat kita semua tak keluar-keluar dari satu bumbung dan ruang yang sama.
HUGS
p/s : Banyak cerita tertinggal, rasa nak cerita semua tapi nantilah...
xoxo