Assalamualaikum..
Walawei, tak tahu la apa nak cakap. Sekarang ni malas rasanya nak update blog. Tapi rindu, sumpah rindu nak rajin-rajin tulis macam dulu. tapi masa tu yang sangat mengekang. Mak anak dua sangat sibuk weh, dengan ofis lagi, anak-nak lagi, suami lagi.
Tak apa la. So hari ni mama nak update blog setelah sekian kalinya tak update. Bulan puasa pun macam-macam menu mama masak tak sempat sangat nak letak kat sini. Tak apalah, tulis bab raya dah la.
Tahun ni turn raya kat Taiping. So tahun ni kurang dah penyeri rasanya sebab Tok Yang dah tak bersama kita. (Tok Yang meninggal sebelum puasa hari tu). Tapi kali ni semua balik tau, lengkap semua ahli keluarga kecuali Tok Yang. Kakak Kayra dah balik awal dah dulu sehari dua, papaMama hantar Kayra dulu sebab isnin sebelum raya mama kerja lagi (Raya pertama hari Rabu), so petang selasa baru kita start berkumpul kat rumah tok honey. Lepas maghrib semua dah lengkap (auntie Emmy dan family sampai lepas waktu berbuka).
Pagi selasa awal-awal pagi PapaMama dan Audra keluaq pi market kat Pekan Taiping . MamaPapa ok je cuma Audra tu je macam seram sikit. Takut agaknya. Tapi ok je dia. First time tengok daging mentah gantung-gantung. Kita beli daging le, sebab papa nak mama masak nasi tomato. Macam ye ye ja nak suruh mama masak. Macam le pandai sangat mama ni. Tapi tak apa, mama akan cuba sehabis baik.
Balik dari market kita keluaq sat pi taman tasik Taiping sebab kesian Audra nak main-main. Kakak sombong tak mau ikut. Best apa Audra main kat playground....
Lepas tu kita balik dan keluar keluar lagi pulak untuk melawat kubur siap-siap. Kubur ayah papa, kubur tok papa dan kubur Tok Yang jugak. Kita pi dua kereta la dengan Tok Honey dan Auntie Emma. Kita cuci kubur buang rumput dan bersihkan. Tak lupa juga kita hadiahkan bacaan Yaasin Al fatihah dan doa. Tanda ingatan kita yang masih hidup ini.
Nanti kakak dan Audra bila mamaPapa dah tak ada, jangan lupa hadiahkan bacaan yaasin dan fatihah ye. MamaPapa sayang kamu berdua.
Balik rumah kita rehatla sat, petang nak masak untuk berbuka, leas tu malam ni nak get ready apa yang patut untuk masak nasi tomato pagi raya.
So malam baru auntie Emmy and family sampai dari Langkawi. Seronok la KayraAudra dapat jumpa sepupu.
So Pagi Raya mama masak nasi Tomato. Boleh la, sedap la jugak. Auntie Emma buat rendang. Ketupat tok Honey order. So pagi raya ni kita missing Tok Yang la kan. Selalunya ada je Tok Yang dengan kita.
so selesai raya pertama, keesokan harinya tibalah time balik kg sebelah mama pulak. Sampai awal jugak kita, hajat hati nak terus je ke open house kawan mama, tapi kawan mama yang lagi sorang ajak lambat sikit, so kita balik rumah wan dulu.
sampai tak lama lepas tu family tok andak dan tok su sampai. Bergambarlah kita sampaikan bergambar dengan wan dan tok pun lupa terus...
Lepas tu, kita pi open house
ha, pecah kepala la orang kedah jumpa kawan-kawan. Tak banyak gambaq sebab kita sibuk bergossip.
Dah la, yang tu je la dulu. Nanti-nanti la mama edit lagi kalau ingat lagi cerita raya ni.
xoxo
No comments:
Post a Comment