Suprise, suprise suprise.... suprise untuk kakak dan adik. Kita berjalan lagi tapi kali ni naik kapal terbang. Seminggu sebelum terbang baru kakak tau kemana destinasi kita. Sebelum ni berteka-teki je dia. Apa lagi, bukan main seronok la dia. adik ? Adik apa tau, mamaPapa bawak je la kemana pun, Audra tak kisah...
16 Disember 2016
Kita mula perjalanan kita pagi tau sebab flight kita pukul 7.45 Pagi. Pukul 5 kakak Kayra dah bangun bersiap, lepas tu Audra pulak. Pagi dah mandi Audra, ye la sebab nanti petang baru dapat mandi. Mandi air panas la, kalau sejuk mau menjerit dia. Kiut ja bila kejut terus bangun pastu tarik towel pergi bilik air. Kakak pun tak payah mama suruh-suruh letak baju kotor ke dalam bakul, sidai tuala ke apa, pandai je buat sendiri. Kalau pasal berjalan semua boleh ye tak?
Papa mintak tolong kawannya hantaq kita ke airport sebab papa takmau parking kereta lama-lama kat sana berhujan berpanas. So selama empat hari ketiadaan kita, kereta papa dan kereta mama akan tunggu rumah kita.
Dua biji beg kelabu tu baru beli tau. Beli kat Lazada. First time kita try beli luggage bag kat Lazada. harap tahan lasak la. Papa tu dok risau takut calar. Mama rasa memang pasti akan calar sebab kita tak balut beg-beg tu. kalau tak mau calar kita kena cover la.
Ceria kita di pagi hari. Maklumlah nak terbang. Dah lama kita tak terbang. Seingat mama last kita pi Jakarta kan ? Kali ni pertama kali kita nak bawak baby audra, harap dipermudahkan urusan kita.
Kakak yang dah berkali-kali naik kapal terbang. makin kurus kakak sejak-sejak sekolah ni. mama berazam nak buat bekal tiap-tiap hari kakak ke sekolah, jimat dan berkhasiat.

Well papa, tq untuk trip kali ni ya...
Dah sampai airport kita tak tunggu lama terus check in dan gerak masuk dalam. Tapi sebelum tu kita bye bye dulu luggage kita . Dua luggage kita bawak, satu untuk baju dan satu untuk bekalan makanan. Mesti semua orang tertanya-tanya kenapa nak bawak bekal makanan sebab kita nak ke Sarawak je pun... Mama memang macam ni, mama akan pastikan jajan-jajan dan minuman kotak anak mama sentiasa ada sebab nanti takut anak mama lapar... hahahaha. Tapi tak apa, nanti makanan habis, beg tu akan kosong, boleh la kita beli apa-apa pulak untuk penuhkan beg tu. Apa-apa je lah...
Sebelum naik kapal terbang sempat lagi anak-anak mama main kat mini playground dalam airport. Akan tetapi bila dah announce untuk panggil kita naik kapal, sangatlah susah nak tangkap Audra tu suruh stop bermain. Last-last kena cembung dia, tau cembung ? Cembung tu tangkap dan rangkul dan terus dukung bawak pergi.
Asyiknya depa bermain. audra tu garang tau, kakak asyik beralah ja dengan dia. Dia asyik nak menang ja. Tapi sayang kakak. Tak boleh kalau kakak tak ada.
Ko tengok tu. Ada dia nak duduk diam. Puas pujuk. Nasib baik la 45 minit ja. Kalau 45 jam tak tau la mama nak buat macammana.
Nak sangat mengintai kat tingkap tu. Jenguk la sekejap sayang. Kakak tengok sama tapi dia tak suka tersentuh dia sangat, Sikit-sikit je boleh.
Penerbangan Penang-KLIA

Penerbangan kita ke Kuching akan transit sekejap kat KLIA, adalah masa kita untuk sarapan. Dalam kapal terbang kita dibagi air oren dan kacang je. Bila sampai KLIA masing-masing sangat lapar. Kakak tu asyik sebut nak coklat je, nanti sekejap kata papa kita makan dulu. Tapi sebelum tu kita kena tukar pampers infant yang kita bawak ni. Kerja mama lah tu. Infant yang jejak je kaki ke lantai airport terus lari kesana kesini langgar habis orang yang lalu lalang. Penat mama nak hambat dia.
Sarapan jap kat KLIA. Tak tau la kat mana tempat yang paling mudah nak makan-makan dan dekat selain daripada merry Brown ni.
Kakak yang manja. Sedaq tak sedaq dah nak naik darjah 3 dah kakak. Sepanjang cuti ni Kayra dok Graduan Q, dia kan anje Teacher Pritibha. Banyakla aktiviti dia buat sepanjang cuti ni. Happy mama tengok kakak.
Dalam kapal terbang. Part yang mama paling risau sebab first time untuk Audra kan. dari Penang tadi takpa la sekejap saaja. Yang ni lama sikit. Tapi kerisauan mama tu terubat sebab, audra tidur. hahahaha, Ya, Audra tidur dari KLIA sampai nak sampai airport Kuching. Dapatlah mama makan dengan tenang walaupun terpaksa meriba Audra. Bila dia jaga, Pramugara tengah serve air, mama letak je air oren dalam botol Audra, dia diam je bila dapat minum air oren tu, sedap kot.
Sekali lagi wefie
Lebihkurang 15 minit atas kapal tu, bila kapal stabil sikit, makanan dihidangkan. Nasi. Ada dua pilihan je, ayam cili kering atau asam pedas ikah. Kakak makan ayam le. Sama dengan mama. Oleh kerana mama kena pangku Audra yang dah tidur. Papa dengan kakak makan dulu.
Ini papa punya. Ayam sedap lagi. Berselera makan masing-masing walaupun tadi dah alas perut dengan merry Brown.
Di awan Biru
Yey dah sampai. Tengok tu, laju je papa dengan kakak tinggalkan kita. Mama layan je Audra yang berlari sekejap ketengah sekejap ketepi.
Nak cop pas lawatan.
Bila dah sampai Kat airport Kuching, kita kena jumpa imegresen dulu untuk ambik pass lawatan baru ambik luggage kita. Depa akan bagi kita satu kertas, nanti nak balik tunjukkan balik kertas tu yang mengesahkan kita ada masuk Sarawak. Bila dah ambik beg kita terus kita pi cari kereta sewa kita yang dah papa book. Tapi kita papa frust bila dia bagi kereta tak seperti dijanjikan. Orang tu cakap kereta tu masih belum dipulangkan oleh penyewa sebelum tu, depa masih ada kat Seri Aman. Jauh lagi. Terpaksa la kita naik kereta manual dulu, tuan punya kereta kata, kereta akan dihantar malam ni. Kita berehat kat hotel dululah petang tu atau jalan-jalan kat kawasan terdekat.
Dah sampai Hotel. Tunggu papa pi parking kereta dulu. jauh sikit. parking tu share dengan parkson. Kita jadi penunggu beg. Sempatla Audra berlari sana sini sampai jatuh tertonggeng-tonggeng.
petang tu lepas rehat lebih kurang, kita pun turunlah kat bawah. Perut pun dah lapar kan so kena la isi... Mama dalam kepala ni nak makan midin, nak ikan terubuk masin goren, nak laksa sarawak....hmmm yummy. Tapi kita nak jalan kaki je, kedai makan kat seberang, naik sampan la kita. ala, mama ni penakut sikit. Tapi makan punya pasal, terpaksa lah mama menahan perasaan takut demi sesuap nasi. Ececeh...
Last kita naik sampan ni tahun 2013 kalau tak silap mama. Tahun mama operate kaki.
Macam selalu, takut je rasa nak naik sampan ni.
Dah sampai dah kita keseberang.
Nak makan kat My Village Barok tapi tengok macam awal lagi, tengok kat food court depan sungai tu banyak pulak kedai tak buka lagi, kita jalan-jalan sat tengok kek lapis kat Mira Cakes House. Rasa-rasa kek sikit pastu keluaq tak beli pun. Cadangnya lusa baru nak beli. Berjalan sikit lagi beli kepak ayam bakar kat depan jalan tu pastu tanya Barok tu dah buka ke agak-agak? Brother yang jaga tu awal lagi tapi dah buka agaknya. Kita terus je pi ke situ dan tanya depa kata dah buka.
Kedai kek lapis. Tak pernah pulak kita try kedai kek lain.
Sedap kepak ayam bakar kat sini. Must try.
Takdak banyak menu sebab baru buka je kan. So kita makan apa yang ada. Midin goreng belacan., Ayam penyet , telur mata je yang ada. Itu saja rezeki kita hari tu. Sebelum makanan sampai, kita ratah dulu chicken wing yang mama beli tadi.
Berazam tak mau makan nasi, tapi bila nasi dah ada depan mata, azam tu hilang ke mana ntah. Takpa nanti kita cari balik azam tu... :)
Kena kawal dia betul-betul. kalau tak ntah kemana-mana dia lari. Seronok betul bila bebas.
Dah sudah makan, kita rayau-rayau sat kot tepi sungai tu, pastu naik sampan balik dan berjalan ke hotel kita. Tapi sebelum naik kita masuk parkson dulu. Dapat selai t shirt untuk mama settle... (p/s... baju tu sendat sikit, takpa lepas kurus ni mama boleh pakai la... hahahaha...sorry papa)
Dah hampir dah Christmas Eve, so kat Kuching ni kita akan jumpa pokok dan decorating krismas saja sana sini.
Sampai hotel, dah penat. Kakak dan adik berendam dalam bath tub sampai gigil-gil pastu tidoq awal. Papa order makanan lagi. Mesti order laksa sarawak kalau sampai sini, wajib. Mama sangat suka laksa sarawak. Laksa yang mama suka selepas laksa utara. Memang win. Nanti kena try buat sendiri.
So settle cerita untuk day 1. Mama taip je dulu ni, nanti dapat gambar mama baru publish. Gambar semua kat papa.
xoxoxo
Dah sampai Hotel. Tunggu papa pi parking kereta dulu. jauh sikit. parking tu share dengan parkson. Kita jadi penunggu beg. Sempatla Audra berlari sana sini sampai jatuh tertonggeng-tonggeng.
Bilik kita tingkat 15. Papa suka ambik tingkat tinggi-tinggi tau. Dah la tingkap pakai panelling kaca, seriau mama. anak-anak plak suka sangat dok dekat tingkap tu.
petang tu lepas rehat lebih kurang, kita pun turunlah kat bawah. Perut pun dah lapar kan so kena la isi... Mama dalam kepala ni nak makan midin, nak ikan terubuk masin goren, nak laksa sarawak....hmmm yummy. Tapi kita nak jalan kaki je, kedai makan kat seberang, naik sampan la kita. ala, mama ni penakut sikit. Tapi makan punya pasal, terpaksa lah mama menahan perasaan takut demi sesuap nasi. Ececeh...
Macam selalu, takut je rasa nak naik sampan ni.
Dah sampai dah kita keseberang.
Kedai kek lapis. Tak pernah pulak kita try kedai kek lain.
Sedap kepak ayam bakar kat sini. Must try.
Takdak banyak menu sebab baru buka je kan. So kita makan apa yang ada. Midin goreng belacan., Ayam penyet , telur mata je yang ada. Itu saja rezeki kita hari tu. Sebelum makanan sampai, kita ratah dulu chicken wing yang mama beli tadi.
Berazam tak mau makan nasi, tapi bila nasi dah ada depan mata, azam tu hilang ke mana ntah. Takpa nanti kita cari balik azam tu... :)
Rezeki kita petang tu. Jadilah...
My nyawa
#CintaHati
Kakak anje
Kena kawal dia betul-betul. kalau tak ntah kemana-mana dia lari. Seronok betul bila bebas.
Dah sudah makan, kita rayau-rayau sat kot tepi sungai tu, pastu naik sampan balik dan berjalan ke hotel kita. Tapi sebelum naik kita masuk parkson dulu. Dapat selai t shirt untuk mama settle... (p/s... baju tu sendat sikit, takpa lepas kurus ni mama boleh pakai la... hahahaha...sorry papa)
Cantik kan ?
Model Riverside Majestic. Hotel ni tengah buat baru, kat sebelah. So nanti kalau kita mai sini lagi boleh la duduk hotel baru.
Dah hampir dah Christmas Eve, so kat Kuching ni kita akan jumpa pokok dan decorating krismas saja sana sini.
So settle cerita untuk day 1. Mama taip je dulu ni, nanti dapat gambar mama baru publish. Gambar semua kat papa.
xoxoxo
No comments:
Post a Comment