Tahun lepas kita dah pergi Cameroon Highlands. Masa tu Audra baru 3 bulan umur. Tahun ni papa ajak pergi lagi, kali ni Audra dah boleh lari dah. Kakak Kayra pulak dah 4 kali mai Cameroon Highlands. Kali ke empat untuk kakak dan kali ke dua untuk Audra. Kita tak datang berempat kali ni, kita bawak ustazah kakak sekali, saja nak bawak jalan reward sebab selalu sayangkan kakak dan ustazah mala cakap dia tak pernah mai sini, so papa cakap ok lah kita ajak ustazah sekali.
Wow kali ni percutian yang paling memenatkan mama sebab Audra bukan main lagi melasak, tak boleh rehat sangat mama sebab dia lari sana, lari sini tapi penat mama penat yang mengembirakan sebab mama memang sayangkan anak-anak mama.
Perjalanan pergi. Sesak sikit kat sini sebab sedang jalan sedang dalam pembinaan kan. Kena selalu ingatkan diri, kesusahan sekarang adalah untuk kemudahan masa hadapan. maklumlah orang JKR...
Sepanjang perjalanan Audra sangat behave sebab dia tidoq ja, kita kan bergerak awal, selepas subuh gelap-gelap tu dah keluaq, bila dia merengek ja mama sumbat ja susu ok la dia.
Destinasi pertama kita Ladang Teh Bharat. Subhanallah indahnya sayup pandangan mata. Kita rehat-rehat dulu setelah jauh perjalanan sambil-sambil minum teh. Indahnya permandangan. Kali ni papa kata dah takmau pi Ladang Teh boh Sg palas sebab jauh dan jalan plak bengkakng bengkok. Ok, kita ok ja. Bukan kita yang nak drive.
Pertama sekali kenapa mama nak letak gambar ni ? Sebab mama nampak kurus sikit di sini. Kuranglah nampak gedempol tu. Hari ni kita makan ok, lepas balik dari cameroon kita diet. :)
Tengok baik je kan Audra tu, sopan ja pegang makanan. Belum tengok dia punya rontaan nak duduk kat tepi tebing tu, habis herot tudung ironless mak dia...
Ahli rombongan kita pada hari itu. Papa, mama, Salsabila's dan ustazah. abaikan si baju biru yang terselit di situ. Kayra look so happy sebab ustazah kesayangan dia nak ikut.
Gambar kenangan kat sini. Audra ada kat papa, harap-harap papa ada lah tangkap gambar dia kat sini. Mana boleh tak ada gambar anje.
Lepas Bharat kita straight away ke Tanah Rata. Garden Tanah Rata ni selalu jadi acara wajib kita. Dah parking kereta, nampak replika buah-buahan ni. Singgah la sekejap ambik gambaq depa.
Garden tu kat seberang jalan je. Happy sungguh Kayra dan audra nampak ruang luas penuh bunga-bunga. Orang pulak tak ramai sangat. Tambah-tambah audra tu, dapat la dia berlari sepuas hati. Tapi audra ni penggeli sikit, banyak daun pokok panjang-panjang tu atas ruang pejalan kaki, geli dia nak melangkah.
Superhappy kakak sebab ada Ustazah Mala. Ustazah je la melayan dia kat situ. Ustazah ni ajar Kakak mengaji kat Qiraati, pastu transit kakak hari sekolah sebelum kekelas kafa pun dengan ustazah jugak. Kiranya pagi papa hantar Kakak ke sekolah, tengahhari kakak naik van pi rumah ustazah, lepas tu van yang sama ambik kakak dari situ ke kelas kafa, balik dari kafa naik van tu balik pi rumah ustazah untuk belajar mengaji, lepas mengaji papa ambik kakak Kayra dari rumah ustazah la...
Gambar dua beradik bermain-main kat taman. Tengokla ekspressi muka happy audra tu. Jarang dapat macam ni kan. Sesekali lepas bebas, nak tangkap balik pun dah susah. Kita gerak keluar dari taman tu pun sebab dah hujan. Mama kendonglah dia anje kesayangan.
ini gambaq candid depa dua orang. kakak tu alert dengan kamera sikit. Audra pulak tak suka kamera. Jadilah dapat gambaq macam ni pun. Buat kenang-kenangan.
Papa dkung anje sekejap sebelum dia meronta nak turun dari dukungan dan lari masuk habis kot celah-celah sayur. Nasib baik tak runtuh batang paip hydroponic tu. Hai la Audra.
Pastu bagilah pulak depa dua beradik bergambar. Susah jugak. Dah kita dok tengah jalan tempat orang lalu lalang.
strawberry smoothie. Omel je dia hisap susu tu. Kepala dah kena tocang dah sebab rambut dah masuk mata. Pastu kan audra kan suka kentang. makan iu je lah dia. Kat rumah pun time makan malam dia makan kentang je (kalau mama malas buat bubur), mama kupas je dua biji kentang, potong empat pastu campak je dalam actifry, siap je makanan malam Audra.
Kami yang lain apa lagi. Berbagai-bagai makanan kami makan. Ada pie ayam, ada smoothie, ada fun fries, ada fresh strawberry letak cream. Jus strawberry sedapnya.... Audra dapat makan, mama tak ada gangguan jugak. Kita semua pun dapat makan dengan tenang.
Lepas makan lebih kurang kat Cactus valley tu kita pi terus kat tempat penginapan kita. Ini kat lobi hotel. sementara nak tunggu papa uruskan check in. Kali ni kita duduk kat Hotel Iris. Hotel lain yang tak berapa mahal fully book. Teringin gak nak duduk Rosa Pasadena. Tak dapat le time-time cuti macam ni.
Ini cerita malam. Kita makan malam steamboat kat Hotel Titiwangsa ka apa namnya tu. Ustazah tak minat steamboat . Kita yang memulun makan. Sayur sangat fresh. Lepas tu kita jalan kaki pi pasar malam. Sebelum tu kita singgah sat kat food court tepi jalan temankan ustazah mala makan. Kat pasar malam tak ada apa sangat yang kita nak beli sebab cadang sayur-sayur semua nak beli esok ja kat pasar pagi. Jalan kaki ja kita kesana dari hotel titiwangsa hoih penat baq hang, mengah-mengah mama sambil dukung audra. Nasib baik Audra tu comel...chia chia chia...
Tu ha penutup kepala gajah papa beli untuk Audra, tak mau pakai dia, takut. Ini mama paksa jugak pakai sebab mama nak ambik gambaq. Last-last kakak je la yang pakai.
Gambaq beli belah kat pasar pagi takdak sebab mama kalut pilih sayuq. Mama beli jagung, sayur serba sikit, keycahin buah/sayur untuk tambah koleksi kakak dan macam-macam lagilah. Gambar kat atas ni kat Kea Farm. Parking kat seberang jalan, depa dah tambun tanah untuk buat parking. Banyak jugak kereta, sesak jugak. Ais krim tu papa belikan untuk kakak, RM5 satu rasanya. Sedap.
Dah selesai membeli belah buah strawberry dan lain-lain. Bergambarlah pulak kita. Kakak dah hilang dengan ustazah entah kemana. Audra tak sportingla, tak senyum pun...
Tengok tu, sayang betul nak lepaskan strawberry tu dari mulut. Tak apa lah nak, makan la. Mama beli banyak.
Family Potrait.
Masa on the way balik kita jumpa hentian yang tulis Al Mashoor, singgah sat sebab papa teringat mama tak makan lagi scoone. Scoone al mashoor kat sedap. Tapi tu tak taman Sedia. Malangnya kat sini tak ada. Tak apa la, nanti kita tengok kat tempat lain. Jadi kat sini kita bergambar je lah...
ala... mama lupa la nama tempat ni. Last stop untuk minum teh dan scone time... Happy anak-anak mama. Tapi audra tu kan, dia bukan nak makan, dia nak main je. Dalam gambar ni papa dah macam tea man dah (tea lady = tea man = tea person).
Very like a boss. Selalu kakak yang cakap Audra ni 'like a boss'. Dah besar kakak.
Tak lengkap rasanya kalau tak ada selfie bertiga. Mama dan anak-anaknya...
Mengada Audra ni tau. Kena time angin, kalau kakak tersentuh sikit pun nak marah-marah. Kesian kakak. Kakak tu anje-anje sikit tapi Audra ni tak suka kalau orang pegang-pegang, dia nak free. Tu gambaq yang dia tengah menangis tu sebab marah kakak la tu, kakak sapu belakang dia...
Kayra seronok kali ni sebab ustazah join trip kita. happy ja dia, sebab bila kena marah ada orang tolong pujukkan. Jangan selalu ye kakak, mama ada.
Ini blog mama. :p
Ini blog mama... again... :p
Teka ni kat mana, ni kat Batu Kawan tau. Hahaha, lepas turun dari cameroon ,kita singgah sat rumah Tok Honey bagi sayur, lepas tu hantar ustazah dan kita terus gerak pi Batu Kawan sebabnya mama nak pi Design Village. Sebelum pi situ kita singgah makan sat. Nak tau tempat ni kat mana, google je la nama kedai kat banner belakang mama tu.
Rasanya dah habis semua dah kot mama cerita. Tak tau apa dah nak tulis. kagum mama kat orang yang pandai karang ayat panjang-panjang. Mama ni ayat-ayat kat atas pun sat taip sat padam. Tu yang ambik masa berhari-hari tu.Ok lah mama stop dulu sebab lepas ni mama nak cerita pasal trip kita pi Kuching pulak. First time bawak Audra naik kapal terbang. :)
xoxoxo
Ini blog mama. :p
Ini blog mama... again... :p
Kakak. Papa yang snap gambar ni. Mama tak mampu nak bawak audra masuk dalam kebun teh ni dan bawak dia bergambar di celah-celah pokok teh sebab dia punya tahap meronta-ronta tu sangatlah tinggi sampai mama nak masuk toilet pun risau nak tinggal dia kat ustazah sebab dia nak lari ke arah jalan. Papa dah bawak kakak tangkap gambar. Sabar je la. Tunggu dua tahun je lagi, mudah la hidup mama sebab tak payah nak dukung-dukung bagai. Tapi mama bahagia, serius bahagia tapi bila tak tahan tu mama merungut jugak lah sikit. Kakak plak baik, baik sangat, kesian kakak sebab selalu kena jaga adik dan kadang-kadang terpaksa berkorban untuk main. Kita sayang adik kita kan ?
Lepas kakak bergambar, kita gerak balik.
Ok, dah sampai Design Village. Kita nak survey travel bag sekejap sambil-sambil tengok tempat ni. Ramai betul orang walaupun masih banyak lot kedai belum buka. Lepas ni kita pi lagi sebab dekat ja dengan rumah.
xoxoxo
No comments:
Post a Comment