Wednesday 26 October 2016

Ulangtahun kelahiran Kayra yang ke lapan...



Pejam celik, pejam celik dan lapan tahun usia anak papaMama ni...
Masa saja berubah tapi kasih sayang kami kepada Kakak Kayra tak pernah berubah, cuma sekarang kakak dah selalu kena marah bukan sebab apa, mamaPapa nak tune kakak daripada budak manja kepada seorang kakak dah sekarang. Ala, biasa la marah mamaPapa marah-marah sayang je.
Kebetulan tarikh birthday kakak lepas je tarikh exam, weekend pulak tu so papa decide why not kita kemana-mana je lah untuk release tension (tak tau sapa punya tension tapi kena release gak). Audra pun dah lama tak keluar. Last week kakak teman papa pi pasar malam pun Audra cuma mampu tengok je kat sebalik langsir. Kesian Anje. 


 So, inilah gambar latest Kayra. Dah lapan tahun, mama rasa kakak dah patut berubah dah. Bila balik petang baju-baju tu kena terus masuk washing machine, water tumbler letak kat dapur jangan bawak naik bilik, hanger kena gantung kat tempat sidai , beg sekolah beg kafa beg qiraati kena letak kat tempat beg bukan atas katil, lepas mandi kena sidai towel sendiri, jangan lupa berus gigi, jangan malas syampoo rambut dan kena rajin belajar tau kakak.... (ini bukan arahan tapi peraturan...) !!!



Mama dengan anak-anak kat bilik persalinan di Gurney Plaza, papa tengah pilih tali pinggang, kita masuk dalam ni sebab nak tukar pampers Audra yang dah bocor, tukar je dulu sebab tandas jauh sangat mama malas nak jalan jauh-jauh. Kita kesini sebab nak beli birthday present dan kek.




Pastu kita terus ke hotel. Tengok tu Audra tak mau lansung orang pegang tangan dia. Dia nak jalan sendiri. Geram sebab dia ikut suka hati je nak kemana-mana arah yang dia suka.




Hahaha mama kat depan bilik kita. Panggil anak-anak semua takmau bergambaq, biaq la mama sorang bergambaq kat depan ni. Baju tu besaq ka mama yang besaq??




Bilik kita. Besar bilik ni tapi mama seriau dengan balkoni tu. Takut Audra pi terjun, nasib baik dia tak terfikir nak memanjat kat tepi tu. 




Petang sikit kita turun main kat pool. MamaPapa tak dapat join sebab tak pakai baju mandi. Audra dengan Kayra je la dapat turun masuk dalam kolam. Seronok Audra dapat main air. Sekejap  je Audra mandi sebab mama risau dia takmau kakak pegang-pegang, lepas tangan dia asyik nak ketengah je.




Gambar-gambar kegembiraan Audra dalam pool dan kakak pulak terpaksa melayan. Sebab kesian dengan kakak dan disamping risau dengan keterujaan Audra, mama terpaksa bawak Audra naik awal.




 Audra naik dari pool tapi bukan naik bilik, mama bawak Audra pergi beach. Wow best Audra kat situ. Kata best tapi kenapa Audra menangis tu ? Budak ni menangis sebab mama pegang dia sebab dia meluru ja nak masuk dalam laut tu. Tu senyum sebab ombak kena kat kaki dia.





Dia sangat berani.
Lepas tu kakak join kita, papa tinggalkan kakak dan keluaq pi makan kue teow. :(




 Lama jugak kita kat beach, kita naik atas basuh pasir kat sini. Sempat jugak anak-anak mama main air kat paip luar ni. Kat mana-mana pun boleh happy kan, walaupun kat paip basuh kaki. :)




Lepas tu kan... sebab dah lewat petang, spotlight colour-colour tu dah buka la. Depa bantai pulak main-main dengan cahaya lampu. Tak apa nak, main la, selagi tak bahaya, main je.




Kakak. Apa saja mesti melibatkan adik. Takkan tinggal adik. Tangan tu asyikpegang je tangan adik.




Sememangnya dia suka berposing sejak kecil lagi. 




Senja dah hampir menjelang. Kita naik bilik je lah. Sempat lagi depa ni berendam dalam bath tub pulak.. mama bagi chance lah lagi sekali. Birthday kakak kan...




Lepas mandi, dah wangi-wangi mama bagi Audra susu, tidur lah dia. Kakak plak dok belek-belek birthday present dia sementara tu papa plak wassap gambaq sepinggan 'buak' kue teow dia.




Dah balik papa kita. Melayan anak sat sambil pegang handphone. Kakak masih dok atas riba sementara Audra tak suka orang pegang-pegang dia, dia nak free. Akai jenuh.




 Birthday present tahun ni. Pilih sendiri kat toys r us. Papa dah warning, ini tahun last boleh pilih patung-patung, tahun depan dah taknak hadiah budak-budak macam ni.




 Audra pun dapat tau hadiah. Kakak dapat dia pun nak. Mama bagi pegang lepas tu dia taknak lepas dah. Kesian pulak, belilah untuk dia satu. Education toy katanya , bila tekan-tekan kat detail rumah tu ada bunyi. Harap-harap Audra tak baling dan rosakkan, harap-harap jangka hayat mainan ini lama la sikit. Aamiiinn...




Boring je Kakak kena paksa bergambaq. adik plak takmau duduk diam. Risau ja mama dia dapat tangkap lilin tu dan terus bawak masuk mulut.




Masih belum selesai, bergambar selfie dan wefie mesti ada. Sabaq ye kakak. Setahun sekali je ni. Bukan selalu sambut birthday lapan tahun.




Tibalah saat-saat yang dinantikan selepas sekian lama bersabar. Tiuplah lilin tu nak, potong lah kek tu. Hari ni hari jadi kamu. Mama, papa dan Audra tetap akan sayangkan kamu sampai bila-bila.




Anggaplah mama tersalah susun gambar. Omei anak mama. Tak pernah sehari mama lupa nak kiss and hug kayra. Moga membesar menjadi anak yang solehah ok, perjalanan masih jauh untuk kayra, harap-harap mamaPapa dapat pimpin Kayra sebaiknya....




Kek hari jadi kakak, kita beli kat Bread History ja. Memang cadang nak beli kek yang paling kecil sebab kitakan tak balik rumah, takut tak sempat habis, rugi ja. (walaupun hati mama melonjak-lonjak nakkan kek secret recipe sebiji). Nasib baik kita semua tabah.




Side dish untuk upacara malam tu. Side la sangat. Fries tu memang order untuk Audra dan dia makan sambil cicah-cicah dalam kuah kari sup semua. Orang tak bagi tau nak marah lempaq makanan kat tangan. Aish !!!  nasib baik umur kamu baru satu tahun lima bulan tujuh hari....




Lupa pulak mama nak tempek gambaq hotel kita. Gambaq ni papa snap masa balik daripada makan char kue teow petang tu. Copthorne Orchid Hotel Tanjung Bungah.




 Ini cerita keesokan harinya. 23 Oktober 2016, hari ni baru betul-betul birthday kakak. Kita sambut awai semalam. 


Amboi-amboi lay down cantik je kat balkoni. Cuba bayangkan kalau mama tak bagi dia duduk atas tu, mau menjerit dia...




Ini sorang lagi amboi-amboi. Suka sangat feeling-feeeling princess.




So habis dah cerita birthday kakak tahun ni. Semoga kakak semakin matang. Kena kurangkan sikit manja tu. Tq sebab kakak papa belanja stay kat hotel minggu ni, mama dan Audra dapat tumpang gumbira. Love u kakak Kayra. Muahhhsss...



'Anak Perempuan Pertama Itu bahunya Harus Sekuat baja, Hatinya Harus Setegar Karang '

Kejar mimpimu biarpun sendirian
Belajar tentang apapun yang kamu sukai
Teruskan menyayangi keluargamu meskipun suatu saat kamu akan jauh dari mereka
hidupkan kebahagiaanmu
Belajar untuk tegar
Semangat, kamulah jawaban atas semua doa keluargamu....


xoxoxoxo

3 comments:

Unknown said...

NUR KAYRA SALSABILA... Mda sya ajar dia dkt graduanQ preschool.. Dia bru 5 thun.. Skarang dah 8 thun.. Sat nya mda berlalu.. Besar dah dia.. Moga trrus jadi ank yang solehah dan bebakti untk mak dan ayah😊

Unknown said...

NUR KAYRA SALSABILA... Mda sya ajar dia dkt graduanQ preschool.. Dia bru 5 thun.. Skarang dah 8 thun.. Sat nya mda berlalu.. Besar dah dia.. Moga trrus jadi ank yang solehah dan bebakti untk mak dan ayah😊

syarida said...

Ye ke Cikgu. :) terima kasih ye mengajar Kayra dulu. Memang cepat je masa berlalu....

Post a Comment