Friday, 21 October 2016

Tempat Jatuh Lagi Dikenang..............





Aku selembar daun terakhir, yang ingin menyaksikanmu bahagia ketika sore tiba.....
- sapardi djoko damono




Terasa macam dah lama tak balik kampung. Mama rindu kat wan, kat Tok, rumah kat kampung, semua orang kat kampung dan semua, semua dan semua.... aduh rindunya....
Belek-belek album gambar kat pc sambil-sambil dengar pembentangan bajet 2017 untuk membunuh waktu menunggu jam 5 petang untuk balik , sempat lah jugak mama upload gambar ke sini, kalau sempat nak siapkan satu entry la petang ni...
Gambar masa kita balik kampung pada 16.9.2016 yang lalu. Dah genap lebih sebulan tak balik kampung, tak jenguk wan dan tok.... 

 Aktiviti kalau balik kampung, mesti nak masuk kandang kambing wan. Audra budak berani, kalau boleh nak pegang semua kambing.  Suka betul nak panjat bukit ni (bonggol besar dalam kandang), dah jatuh berkali-kali tapi tak serik pun...


 Kakak penakut sikit, tapi manja dengan wan, akan sentiasa teman wan duduk di bangku ni...


 Kambing-kambing wan yang jinak. Comel-comel dan Audra suka nak pegang-pegang.


 Tengok tu, tak diam dia, mesti nak kesana sini. 


 Papa temankan kita kat dalam kandang. Tolong jaga Audra yang tak diam lansung...


 Naked face mama yang nak berselfie dengan kambing-kambing.


 Kakak yang fotogenik. Yang dulu masa kecik selalu wan dukung-dukung.


 Ok, sekarang dah keluar dari kandang, marilah temankan mama jalan-jalan kat depan ni...


 Rumah wan yang telah melalui beberapa fasa perubahan, sayangnya tak simpan gambar-gambar perubahan tu. Saja mama nak bagitau ni, dulu, bahagian depan ni adalah bahagian rumah belakang. dapur kat belakang ni la, dah berpuluh tahun rumah ni berubah.


 Gambar ni mama simpan supaya suatu hari nanti bila Audra tanya macammana rumah wan, ini lah rumah wan... cantik rumah ni. Yang mama selalu rindu...


 Dan selagi kita ada kampung, kita akan tetap balik kesini, leraikan rindu mama...


 Audra, gambar ni, sekarang kamu berumur satu tahun empat bulan satu hari. Dan kamu berada di kampung mama....


Sejauh mana kita pergi , semoga kita tetap akan ingat jalan untuk pulang.... kamu berdua anakku.....





Mama cuma nak gambar-gambar ini diabadikan di sini...




"Kalau kita tiada irihati, kita tidak akan mempersoal atau mempertikaikan nasib dan keberuntungan orang lain. Kita gembira pulang ke rumah kecil kita. Kita tidur di tilam kita....meski cadarnya hanya kain belacu...."
-Rizalman Ibrahim(intrend September 2016)



xoxoxoxo

No comments:

Post a Comment