Friday, 26 June 2015

APATAH....


Assalamualaikum...

Ye mama tau, mama tau dah lama mama tak update blog. Baby pun dah sebulan lebih. Aah...ahli keluarga kita dah bertambah sorang lagi. Nanti mama update full story kelahiran baby no 2. Mama tunggu gambar yang lengkap sebab nak susun cerita kena la susun gambar dulu. Tak reti la mama nak bercerita tanpa gambar. Baby sihat, kakak Kayra pun sihat, begitu juga papa dan mama. Sebenarnya pada saat entry ini ditaip mama dah 42 hari dalam pantang, bermakna lagi dua hari selesailah pantang adat 44 hari orang melayu yang mama ikut tu,tapi masih lagi tak selesai pantang 100 hari dan pantang setahun makan makanan apa yang tak boleh tu. Kiranya walaupun pantang 44 hari tak keluar rumah yang mama ikut tu dah selesai bermakna mama masih belum merdeka sepenuhnya lah (Cerita panjang pasal pantang ni buat mama pening kepala, tengok ayat pun dah tau belit-belit) .  Akan tetapi mama rasa lega sebab dah boleh keluar-keluar rumah, pasal pantang makan ais tu biarlah masa yang menentukannya...ye tak ? hehehehe....



Tiba-tiba mama rasa kakak Kayra dah besar dah. Bila masa dia membesar entah la. Kayra anak pertama mama, yang ajar mama menjadi mama. Mama yang mula-mula tak tahu apa, dan akhirnya alamak..."aku dah jadi mak".  Mama masih terkenang pada kali pertama mama tatap wajah kayra, terkenang saat pertama dakap kayra dan terkenang waktu mama ajar Kayra bertatih. Perkataan pertama yang Kayra sebut  adalah 'ma', ingat lagi masa tu hari sabtu, Kayra panggil mama. Bergenang air mata mama masa tu. Dan sekarang dah besar, dah pandai ajar mama itu ini, tak mahu itu, tak mahu ini. Cubit nak ?


Ya itu lah... Mama reveal buat kali pertama gambar baby no 2 di dalam blog ni. Baby yang sihat cukup sifat. Manja, suka memerap dan asyik nak berdakap saja. Akibatnya, mama dah kurus, terima kasih untuk itu ye baby no 2. Sayang kakak kat baby, sekejap-sekejap peluk dan cium. Dulu masa Kayra seorang, mama nak lagi baby sebab nak Kayra berteman, ada adik beradik ni lain rasanya. Dok ingat, takkan la selama-lamanya Kayra sendiri, kalau mamapapa dah tak ada, Kayra sebatang kara.


Kasih sayang dengan ikatan sedarah sedaging. Ya, itulah yang mama nak untuk anak-anak mama. Berbagi cinta dua beradik. Apa yang kakak rasa, adik pun akan turut merasa. Sekurang-kurangnya ada teman, tempat mengadu dan saling memiliki antara keduanya.
Maka nikmat Allah yang manakah yang engkau dustakan.

;
;
;
;
;
;

Walaupun sebenarnya mama sangat terkesan dengan kata-kata ini...

"Alangkah orang yang sayangkan kau pun lukakan hati kau, inikan pula orang yang tak sayangkan kau.
Bukan kerja manusia untuk jaga hati kita"

-Kata-kata dari sebuah buku..


xoxoxo

1 comment:

  1. sangat comel puteri puteri kak ida, bestkan kakak kyra dh ada kawan.

    ReplyDelete