Wednesday, 22 April 2015

Dr Khairul.....second visit...




Mama rajin pulak nak upload gambaq dan buat entry baru. Sebenarnya dah ada masa sikit sebab kerja-kerja kat ofis dah settle dah sedikit sebanyak. Lagipun tak lama lagi nak cuti panjang kan. Sebenarnya kalau nak diikutkan masih banyak cerita tergantung. Tapi mama malas nak recall balik, so biarkan je la macam tu. Contohnya untuk entry perjalanan empat negeri. Memang tak settle-settle sampai kesudah nampaknya...
Untuk tidak membuang masa, biarlah mama update entry terbaru saja.

16 April 2015 kita jumpa lagi Dr Khairul. Kita itu sebenarnya refer kepada papa dan mama sebab kali ni Kayra tak ikut. kayra kena pi school. Bezanya kali ini papa ajak Tok Honey jugak.




Nampak tak tu ? Raut wajah baby no 2.  Scan kali ni paling best walaupun susah jugak nak capture gambaq muka. Tapi paling mahal sebab Dr Khairul sempat snap gambar baby no 2 senyum.




Tok Honey tgh tengok screen . Baby no 2 adalah cucu ke 8 Tok Honey. Lepas settle scan doktor tetapkan date next appointment lepas tu kita naik atas tengok wad sekejap. Ada rezeki sempatla baby no 2 lahir kat sini. Kalau tak sempat, kat mana-mana pun tak apa asalkan selamat.




Lepas keluar dari hospital tu, papa dan tok honey rasa lapaq pulak, so kita pi Hotel Panorama untuk makan sekejap. Mama tak lapar sangat so mama order saja mash potato. Sedap ni...




Dan yang ni pun mesti ada sebab mama sejak akhir-akhir ni sangat craving dengan sharksfin soup. Dapat hirup semangkuk lega rasanya. Bukan mama nak makan, baby no 2 yang nak makan ye papa...  :)




Papa snap gambar ni masa dah settle makan, mamapapa tunggu dalam kereta sebab tok Honey pi seberang jalan sekejap ke kedai kasut, dan kedai jam jugak.... Lepas tu kita balik rumah sekejap hantar kunci sebab tadi tok Yang keluaq tak bawak kunci.




Lepas hantar kunci, rehat sekejap lepas tu keluar balik sebab nak pi butik anakku nak beli baju baby. Kali ni mama tak beli banyak baju. Sebab rasanya kali ni tak perlu nak membazir sangat. Sepuluh helai cukup rasanya. Basuh hari-hari. Lagipun nanti kalau nak beli boleh beli online. Hehehehe...




Lepas beli barang baby, papaMama lepak rumah Tok Honey sat, dalam pukul 5 lebih tu gerak balik. Rasa macam awal lagi sebab nak pickup kayra kat Qiraati jam 7 malam, singgahlah kami kat Club Bukit merah sekejap makan abc. Lepas tu baru bergerak ke Transkrian. Gambar ni bukan gambar kayra hari tu, pinjam sekejap gambar keesokan harinya. 




Dan bagi mengakhiri entry kali ini. Inilah gambar baby no 2 yang Dr Khairul snap sedang tersenyum. Sangat aktif dalam perut sampai dr pun cakap baby no 2 gerak tak henti-henti. Well, jantina dah dapat tahu tapi rasa macam nak rahsiakan dulu lah. Asalkan dia sihat dan sempurna, lelaki ke perempuan mama dan papa tak kisah. 






1 comment:

  1. muka macam kayra la.....anty doakan baby n mama selamat n sihat ok.... hihihihihihihi

    ReplyDelete