Thursday, 30 October 2014

Kuantan pada hari pertama....Perjalanan Empat Negeri...


Kisah bermula pada hari khamis, 11 September 2014. Pada malam itu, perjalanan kita dimulakan selepas papaMama jemput Kayra daripada kelas mengaji malam tu. Daripada Transkrian kita shoot terus ke ipoh, Karak dan terus ke Pahang. Tempat pertama yang akan kita tuju adalah Maran sebab papa nak jumpa bff dia...... ( Perasan tak, mama bercerita sekarang macam tak best je. ayat macam merapu. Macammana nak buat eh ?  )

Gambaran perjalanan kita pada pagi tu. Subuh gelap melalui Lebuhraya Karak sangat mendebarkan ok. Mama dok bayangkan segala yang seram-seram kat situ. Nasib baik la dapat lupakan bila mama tidur. Papa sorang-sorang drive.......hahahahaha....


Dah sampai JKR Maran. Pagi jumaat kan ? So , seharusnyalah kawan papa tu bekerja. 


Bersembang dan bergambarlah sekejap sebelum kawan papa masuk ofis. Lepas jumpa sekejap salam-salam kita gerak ke Kuantan. Tapi sebelum tu kita singgah makan pagi sekejap kat Maran ni. Makan nasi kerabu, sedapnya... dah lama tak makan nasi kerabu. Lepas makan terus gerak.


Kita cari Lapangan terbang sekejap. Mengimbau kenangan papa, katanya dulu pernah mai kuantan naik kapal terbang dengan auntienya...


Gambar sekitar Bandar Kuantan. Gambar kiri paling atas tu hotel kita dan lain-lain tu gambar bangunan-bangunan sekitar kuantan. Mama letak lah jugak gambar-gambar ni buat kenangan sebab papa kata lepas ni tak mau bawak kita dah pi sana....grrrr....



Alolololo anak dara mama yang dah besar panjang. Kat Pantai Teluk Chempedak ni...



Kyra mintak mama belikan something kat sini. Mama belikanlah satu mainan buih untuk Kayra sebab dia suka sangat main bubbles....


Tak ada amai orang pun dan banyak jugak kedai tak bukak kecuali mcDonalds dan starbuck ka apa kat situ ntah. Mungkin sebab awal lagi....


Ibu anak pada tengahhari rembang. 


Satu lagi gambaq.  Dah silap upload. Biaq je la...


Suasana dan permandangan di pantai Teluk Chempedak.


Lepas tu kan kita pun berjalanlah kat jambatan ni. banyak monyet. Terlalu banyak sampai lepas tu kita naik takut.


Tapi masa ni monyet tak banyak sangat.


Kata banyak monyet tapi takda pun gambar monyet kan ? Ala.. mama takut la monyet so mama takmau letak dalam ni...


Ini paling hujung kita pi sebab lepas tu segerombolan monyet-monyet turun ke tempat kita berjalan tadi. Kita sangat takut....hehehehehe.....


So takyah lama-lama kat situ. Baik kita blah. Panas lak tu kat luar. Papa bawaklah kita sekejap lepas tu tengok taman gelora ke apa ntah. tapi tak ada apa yang menarik, sekadar pusing-pusing dengan kereta sekejap. 


Google tempat makan. Kita takmau la makan yang berat-berat sebab petang nanti papa nak bawak kita makan ikan bakar. Kita teringin nak makan celup-celup ( ala, macam udang goreng, sotong goreng celup tepung tu ). Kawan papa kata try la kat Gerai mok Na, pusing-pusing nampak gerai tu. Singgah la kita. Sedapnya mama dapat makan ketam goreng celup tepung.



Lepas makan kita baru pi hotel untuk check in. Walaupun penat, anakku tetap ceria sangat.


check in.


No bilik dan suasana dalam bilik. Bilik kita tak bertingkap tau. Kita mandi-mandi rehat sekejap lepas tu turun balik.



Mama jumpa kawan lama. Kak Huzaina datang jumpa kita. Papa tolong snap gambar ni. Kita pi lepak kat kedai makan sebelah sementara papa naik atas tidur. Semalaman papa tak tidur kan ? Rehat-rehat sekejap je kat RNR. Banyak benda jugak yang mama bualkan dengan kawan mama ni. Terharunya sebab dia mai jumpa kita. Tapi sempat berbual sekejap saja. TQ Kak ina sebab mai jumpa kita.



seperti yang dijanjikan pada petang itu lepas kwan mama balik, papa kotakan janjinya....hehehehe. Kita pi makan ikan bakar.


Range harga kat sini tak la mahal mana . Tapi best la. Ikan fresh. Dapatkan nombor meja dulu....



Lepas pilih ikan, depa akan timbang ikan tu dan  mula bersihkan dan masak di situ jugak.


Makanan yang kita order pada hari itu. Sata, lala goreng pedas, kailan ikan masin dan ikan bakar petai. PapaMama je makan. Kayra buat donno je sebab tadi dengan auntie Huzaina dia dah makan nasi. :)


Lagi gambar kedai tu. Ana Ikan bakar Petai.


Lepas makan kita ronda sat pastu singgah la sekejap kat mana ntah ni. Tanjung Lumpur ka apa ntah namanya. Bergambar sakan kita kat sini.

See, kayra dengan tandanama KUANTAN. 


Monopod ada kan ? Kita guna la monopod.


Yiiiihaaaa.....



B.E.R.T.I.G.A



Kayra again...




Naughty face. So cheeky Kayra...


Ada jugak gerai-gerai dan lampu-lampu yang dipasang. Sebab dah nak gelap sebab tu lampu dah dinyalakan.


Ok, kita kat situ sampai la dekat-dekat nak maghrib. Bergambar tak ingat dunia. Bukan berjalan sangat pun, alih-alih kat situ jugak bergambar.



Lepas tu kita balik hotel. Papa balik mandi siap-siap lepas tu keluar jumpa kawan dia uncle Yus yang pagi tadi tu. Mama dengan Kayra rehat-rehat sambil tengok kartun kat tv. Tak lama lepas tu lelap tak ingat apa dah. Sedar-sedar papa dah balik pun...


Settle cerita satu hari. Fuh... Esok kita nak bertolak kenegeri lain pulak...


xoxoxo


2 comments:

  1. dah besaq dah kyra..... makin comel. sedapnya ida, satah tu

    ReplyDelete
  2. Tahun depan Kayra dah darjah satu kak effa... Sata tu, serius sedap... :)

    ReplyDelete