Monday, 13 October 2014

Aidiladha...Gambar sahaja tahun ini...



Lambat sangat nak start cerita trip kita. Sebab gambar yang beratus-ratus tu, nak sorting, nak edit, nak copy, nak letak watermark. Last-last mama buat keutusan nak on je lah dulu gambar raya haji ni. Anyway nak bagitau tahun ni kita raya kat Taiping tapi hari sebelum raya kita pi makan kenduri kat rumah Tok andak kat sungai petani, patah balik ke taiping beraya pastu petang raya dah balik Jeneri pulak. Tapi gambar tak banyak tahun ni. mama dah tak larat nak rajin-rajin sangat usung kamera.


Mulakan yang pertama dengan gambar anak dara mama. Kulit makin gelap sebab sekarang ni dia suka sangat main panas. Baju raya tu mama dah buat dari raya puasa lagi tapi tak pakai. So pakai untuk raya haji je lah...


Bertiga dengan Adelia  dan Alisha. depa pun ada kali ni beraya dengan Tok honey sama-sama dengan kita. 


Dengan tok Honey. Walaupun ada lagi tiga orang cucu Tok Honey tapi yang berempat ni pun dah cukup gamat rumah.


The cucu's.  Suruh bergambar berempat. Macam-macam gaya ada.


Gambar berdua, jadi lah...


Gambar main-main. Try guna self timer. Dah bertahun guna kamera ni, baru nak try self timer.  :)


Tak tau la apa depa main di pagi raya aidiladha tu. Sampai panggil pun tak mau menyahut.



Kayra dan Adelia. Kayra tu senyum pun dah malas.


Ramai-ramai lagi sekali.


Kita yang masih bertiga. 


Kayra bergambar kat bilik Tok Honey. Baju kurung moden kain lycra. Senang mama sebab tak payah iron.


Lepas bergambar sakan kita makan. Tok Yang bawak balik tulang lembu korban, buat sup dan masing-masing menghirup kuah la tengahhari tu. Ada jugak ketupat, rendang dan kuih-kuih. Mama rasa perut mama membesar lagi tiga inci. Hahahaha. Punyalah banyaknya makan.




Dan ini pulak gambar kita sebelum bertolak balik rumah wan dan tok. Saja bergambar sebab kita pakai baju serupa. Dah lama mama tak pakai shawl, rasa kekok pulak nak lilit.



So petang raya tu jugak kita gerak balik Jeneri. Tidur semalam balik rumah kita esoknya. Tengahhari raya kedua papa ikut wan pi kenduri. Lepas balik terbongkang tidur pening, mabuk daging kot. mama plak  bawak kayra kenduri jugak kat rumah pak tih ki sebelah rumah join sekali dengan maklang dan maksu. Kenyang betul nasi briyani. Balik rumah sambung sembang, sembang dan sembang. Petang-petang sikit bertolak balik Nibong Tebal.


Itu saja cerita raya aidiladha kita tahun ni kan ?


xoxoxoxo

2 comments: