Friday, 30 August 2013

Barbeku Raya Kat Kampung Kita....


Raya kedua balik Jeneri. Beraya dengan keadaan kaki mama yang begini memang rasa agak sedih jugak. Ye lah, mama tak boleh buat itu ini dengan pergerakan yang agak terhad. Luckily anak mama seorang saja buat masa ini. Ya, Allah tahu apa yang bakal jadi dan dalam keadaan ini, Kayra yang seorang ini mampu diurus oleh papa seorang dan dibantu jugak kadang-kadang oleh sanak saudara. Cuba bayangkan kalau Kayra tu masih baby, susah jugak agaknya ya..
Tempoh sukar ini bisa mama lalui dengan kuasa tuhan, bantuan semua orang terutamanya papa yang sangat memahami. You'll pay for that.
Berbalik kepada cerita beraya dikampung.
Sudah menjadi kebiasaan kita bila berkumpul ramai-ramai macam ni ialah buat makan-makan. Selalunya barbeku lah. Kambing panggang  dah tentulah sebab free kan ? Hehehe. Cakap saja berapa ekor nak, wan bagi saja. Wah , sangat melampau ayat mama....

Sembelih jangan tak sembelih. Papa tangkap gambar ni. Tak pasti  mama kali  ni  Kayra menangis ke tak tengok kambing yang disembelih. Dia selalu tangkap syahdu kesian kat kambing. 


Ada ayam jugak kali ni. Lima ekor kot wan sembelih. Wan dah macam Phua Chu Kang dah pakai boot kuning.


Malam tu barbeku kat rumah mak lang. Budak ni sikit-sikit kena tangkap duduk atas riba. Pastu bangun lari pastu orang lain pulak tangkap dia. Since mama macam ni, ramai  orang kesian kot tapi Kayra dengan Najla memang kesayangan pun kan ? 


Team membakar. Bakar sikit masuk mulut, bakar sikit masuk mulut. Patutla kami yang dok menunggu makanan tak sampai-sampai.


Yummy, yummy. Ayam dengan sosej.


Pantang nampak kamera.


Ada nasi goreng,ada sup kambing jugak. Hebat tak, letak ja dalam periuk besar jenama zebra kat atas meja. Kau ada ?


Semua orang happy kan ?


See, kenyang perut suka hati....


Hmmm, i takleh gerak bayak-banyak sebab bertongkat.


Malam tu ada mercun dan bunga api jugak...


Ada jemput tetamu jugak. Sepupu sepapat.


Mereka juga dibenarkan bermain api tapi jangan sampai membakar diri...


Tak kira, nak jugak bergambar.


Semua orang dibenarkan bergumbira.


Bergumbira mengikut had kemampuan. huk huk huk.....


Bergambar lah  kau semua.


Wan kata next time buat kat rumah wan pulak. Ok wan, dua ekor kambing ok ?


Ini baru sikit. Lain kali kita buat grand lagi....kikikiki...


Bila tengok gambar ni, tak tau la depa penat ka kenyang....


Macam biasa budak penakut mercun kena cekup lagi...


hahahaha...bunga api time....


Macam biasa, hari raya memang meriah. Bila dapat ramai-ramai macam ni memang seronok. Tapi, hari raya Kayra tahun ni memang berbeza. Dengan keadaan kaki mama yang macam ni, mama rasa mama dah spoil kan mood raya Kayra. Takpa, next time ada lagi kan...

oh ya, entry ni sepatutnya  keluar dulu sebelum entry appointment kedua mama. Tapi tak apa, sebab masih dalam bulan syawal lagi, mama rasa boleh dimaafkan lagi. :)

p/s : Sedih tau, tahun ni jamuan raya ofis pun mama tak dapat join. Masih mc lagi ni...


Monday, 26 August 2013

2nd appointment after surgery


12 Ogos 2013 bersamaan 5 syawal 1434 Hijrah. Hari tu mama dijadualkan jumpa doktor Tan lagi sekali. Dan hari ni adalah harinya untuk buka dan pasang cast lagi sekali untuk yang kedua. Memang mama dah dimaklumkan dari awal lagi yang cast pada kaki ini akan dipasang tiga kali mengikut tiga pergerakan pergelangan kaki dan untuk setiap kalinya akan dipasang selama dua minggu.

Dan kesini lah mama dan papa pada 5 syawal yang lepas.


serius sangat rasa ngeri bila 'cast' tu di potong. Rasa macam sikit lagi je mesin tu nak kena kulit. Teruk la mama ni...


Macam hari  tu jugak, gunting jangan tak gunting...


Luka dah semakin baik. Kalau tak silap mama ada dua belas jahitan. Benang pun dah reput dan dah boleh  dibuang. Ada gambar close up  tapi mama tak letak. Bila tengok dari dekat, takut sangat nampak. Tak boleh bayangkan macammana depa potong dan jahit.


Doktor Tan datang dan pasang cast lagi sekali.


Kali ni serius sakit bila tapak kaki mama ditolak. Yang mama maksudkan tiga pergerakan pergelangan kaki bukan ke kanan dan kekiri tapi bawah ke atas.  Ala, macam mula2 mula dulu tapak kaki mama macam penari balet ( regang dan lunjur jari kaki) , lepas tu cast kali kedua doktor tolak tapak kaki berubah beberapa degree dan untuk kali ketiga ni  doktor tolak lagi. Tapi kali ni sakit sikit.


Dan ketika di hari kelima syawal ini, mama masih begini...


Tujuan casting ni cuma tak mau bagi pergelangan kaki bergerak saja. Ye la, kan tendon mama putus lepas tu pembedahan dibuat untuk sambung dan repair balik tendon tu.


Appointment card mama. Mama kena datang lagi 28 Ogos 2013 ni untuk buka cast. Buka terus dan tak pasang lagi dah. InsyaAllah...


Dr. Tan Guan Huat. Doktor mama.


Behind the scene. Tq papa for everythings....


Hari-hari mama tengok kalendar, hari-hari menghitung hari dan masanya dah tak lama dah. Rabu ni dah 28 Ogos 2013. Tak lama lagi fibreglass cast kat kaki mama ni akan dibuang. Mungkin mama akan diminta untuk buat ultrasound sekali lagi untuk tengok tendon yang bercantum tu  tapi tak tau la kan. Harap-harap  semuanya akan ok. Tunggu sajalah apa kata doktor nanti. tak sabar mama nak berjalan normal balik. Tapi, kena rajin-rajin buat fisio la lepas ni.


xoxoxo

Wednesday, 21 August 2013

Aidilfitri 1434 H....2013 M



Mama hampir lupa nak update pasal raya kita la Kayra. Terlampau fikir sangat pasal kaki ni kot. Takpa-takpa kita masih dalam bulan syawal, masih tak terlambat ...
Tahun ni raya pertama kat Taiping. Rumah Tok Honey. Semua adik beradik papa dapat berkumpul. Adik beradik papa tiga orang saja pun. Auntie Emmy, Auntie Emma dan Papa Kayra. Uncle Midi husband Auntie Emmy tak dapat bersama-sama kita sebab terpaksa bekerja di pagi raya tapi nanti dia balik juga menjemput Auntie emmy masa nak balik nanti. Tak kisah la, janji di aidilfitri ni semuanya ada.


Gambar Raya. Nak mama kenalkan ke ?
Dari kiri atas papa, Tok Yang, Aaron dan Uncle azmi.
Duduk dari kiri mama, tok Honey, Auntie Emma dan Auntie Emmy.
Duduk bawah Kayra, Adelia, alisha, Eisya dan erfan.


Gambar kita sekeluarga yang masih bertiga. 


Mama kau dengan papa kau...


Kita dengan tok berdua...


Papa bersaudara dengan Tok Honey...


Spontan semasa hari kejadian


semua cucu tok Honey. Dua lelaki dan empat perempuan
Erfan, Eisya, Alisha, aaron, Adelia dan Kayra.


Mama dan Tok Yang


Papa bagi duit raya kat Kayra


Salam dan cium tangan papa dulu sayang...


Me and kakak ipar. Berposing sebelum anak masing-masing buat perangai.


Nur Kayra berposing raya pulak


Keadaan sebenar mama di syawal tahun ini.



Kenapa Kayra ada dua baju raya ?  Sebenarnya awal-awal lagi mama dah siap upah orang jahitkan baju kurung kayra. Kain yang buat baju mama dengan Kayra ni dah lama beli masa mama pi Jakarta tahun 2010 lagi. Sebab tak tau nak buat baju apa, mama simpan dulu sampai lah tahun ni. Kain tu pun cukup-cukup untuk buat baju mama sepasang dan baju untuk kayra saja, untuk buat kain, mama beli kain kosong . Mama dah upah orang jahitkan dua pasang baju kurung Kayra. Satu untuk dipakai di Taiping satu lagi kat Jeneri. Tapi hujung-hujung Syaaban, tok Honey cakap tahun ni dia teringin nak pakai sedondon dengan cucu-cucu sementelah semua dapat balik kan ?  Mula-mula tok Honey belikan untuk aaron dan Kayra sebab masa tu Aaron tinggal dengan tok Honey, sehari sebelum raya baru belikan untuk cucu-cucu yang selebihnya. Kayra hari tu pakai dua baju raya la sebab nak bergambar dengan sepupu dan mamaPapa. Baju kurung warna maroon tu cantik , Kayra dan sepupu nampak comel sangat. Terima kasih Tok Honey sebab belikan untuk  kami...

So tahun ni sebab keadaan mama yang begini, kemana pun kita tak pergi beraya. So duduk rumah sajalah. Tahun ni Papa masak nasi tomato tau, dah pandai papa kita. Lauk pauknya tok Honey dah siap tempah. Lauk-lauk lain adalah kita buat sikit-sikit. Ramai jugak tetamu Tok Honey tahun ni dari petang membawa ke malam. Raya kedua baru kita akan bergerak balik ke Jeneri beraya rumah Tok dan wan pulak.

SELAMAT HARI RAYA SEMUA    !!!!