Tuesday, 30 April 2013

Balik Kampung Tengok Rumah Baru Kambing....


Rasa macam comel  tajuk kat atas tu....hehehe...

Mama dah lama tak update sebab sangat sibuk sekarang. Sukan dah nak start, ada la sikit-sikit training sampai terseliuh kaki mama, sampai sekarang jalan pun tak betul lagi. KIK pun mama join jugak, terpaksa masuk sebab dipilih dan tak boleh tarik diri pulak tu. balik ofis pun lambat sampaikan kadang-kadang kayra pun papa yang jemput dari kindy. Kadang-kadang sabtu pun kena mai ofis jugak. Semua tu bukan masalah sangat, tapi yang paling merunsingkan mama cuma kaki mama ni saja. Sedih tau, terhenjut-henjut berjalan walaupun dah tak sakit sangat tapi mama rasa masih ada urat yang tersilap kat mana ntah yang buatkan mama tak boleh berjalan normal. Tak apa, nanti mama pi urut lagi. Urut kaki tu sakit sangat tau sampaikan tukang urut mama pun nak terlatah-latah tengoh mama menjerit sakit. Ye, mama memang penakut kalau bab-bab sakit. Tak tahan sakit.  :)

Boleh kita sambung cerita sekarang ?

Jumaat lepas ambik Tok Honey balik umrah kita balik kampung pulak. Dah lama tak balik jenguk tok dengan wan. Mama pun dah termimpi-mimpi rindukan tok. kayra pun sama, asyik cakap je, nak balik rumah wan, nak balik rumah wan....

Masa balik kampung hari tu kita sempat jenguk tok ngh. rindu kat tok ngah. Tok ngah duduk sorang-sorang kat rumah tu...


Ini kawasan belakang rumah tok ngah. Sangat bersih ok. Tak ada daun lansung kat bawah pokok. Tengok la sendiri...


Nak jugak mama bergambar. Badan mama naik balik ni. Harus buat sesuatu sebelum terlambat.


Rumah yang selalu buatkan mama rindu pada yang sudah pergi....


Papa dan Kayra...


Dari rumah lama kita ke rumah baru pulak. Rumah mak lang. Ya, Kayra masih minum susu guna botol. Air teh pun guna botol. Tak tau macammana nak buat nak bagi dia stop guna botol. Rasa kesian pun ada. Tahun ni Kayra lima tahun. Dah patut berenti botol kan ?


Padang yang luas. Sangan best kayra dapat berlari kat situ.


Entah apa la yang depa main ni...





Depa ni plak duduk-duduk minum sambil mengumpat agaknya...


Dan berbalik kepada tajuk kali ni. Inilah gambarnya....



Banglo 5 star baru. Mahal ni. Boleh beli EX5 dua bijik.


Apa dia kira dengan rumah kambing ke tak, yang dia tau petang tu dia sibuk tolak wheellbarrow kesana kemari.  Kayra takut kambing.


Kambng wan sangat membiak. Tangan sejuk orang kata.



Wan kata bangsal ini akan dirobohkan. Sebab dah ada kandang baru.


Luas wa cakap lu...


Tangga, jadi kerja mama dan papa petang tu dok ambik gambaq.


Sudut lain pulak.


Dah la .... dah la. Boring plak dok baca pasal kandang ni. Dah penat mama cakap kat wan, rehat-rehat la lepas pencen ni. Tapi wan cakap dia nak bela jugak kambing suka-suka. Tapi tu la, tangan wan sangat menjadi, dari beberapa ekor saja dah membiak sangat dah. Mama rasa dah lebih seratus ekor dah kambing yang wan bela tu. Bukan kambing saja, pokok-pokok yang wan tanam pun. Itu lah wan kita Kayra. Mama cuma harap wan dan tok sihat-sihat dan dilindungiNya selalu. Amin...


Sunday, 14 April 2013

Jemput Tok Honey balik Umrah...


Sebelum apa-apa. Jap ye,  mama nak bersihkan sawang jap. Lama dah mama tak jenguk sini.  :)

Well... Tok Honey dah balik umrah. Hari tu kita berdua tak hantar. Papa saja...
Tapi bila tok honey balik, kita tidak boleh tidak, mesti pi jemput. Ok, perjalanan kita bermula dari rumah Auntie Emma. Masa kita sampai di rumah auntie Emma, cuma Alisha seorang saja kat rumah. Dalam setengah jam tu barulah Auntie Emma, Adelia dan Aaron balik. Tak lama kita melepak sebab kita nak cepat-cepat ke KLIA. Lepas bersiap-siap lebih kurang, terus kita gerak.


Suasana dalam kereta. Mereka sangat suka bergambar manakala cik Kayra, tangan tu tak lekang daripada tablet. Apa nak katakan....


Dah sampai KLIA. Sebab awal lagi, kita naik atas dulu tengok kapal terbang ye Kayra. Buat apa nak tunggu awal-awal kat balai ketibaan.


Tengok tu, betapa seronoknya Kayra dapat jumpa sepupu.


Kami biarkan Kayra dan sepupu bermain sepuas hati.


Lama jugak tak jumpa depa kan Kayra ?


Tangkap dia sekejap untuk bergambar dengan mama.


Papa dengan auntie Emma. Si bongsu dan si tengah.


Kami berdua pulak.


Dah dekat-dekat tok Honey nak sampai tu, kita turun ke bawah.


Dan macam biasa, mesti ada adegan macam ni.


Dia selalu rasakan diri dia macam kakak.  :) 
saya tahu apa yang kamu sedang fikirkan....


Mereka kanak-kanak dan mereka selalu gembira,


Tok Honey dah sampai. Yey...



lambat sangat kot mama tekan button kamera, tok honey dah tunjuk-tunjuk apa ntah...


Ha, barulah ok sikit tapi Kayra tu buat muka naughty pulak.


ok dah settle. Kita gerak balik dulu.


Malam tu kita bermalam kat rumah  Auntie Emma tapi sebelum balik kita singgah makan-makan dulu. Tok Honey sangat penat dan mengantuk jadi lepas makan kita terus saja balik. Hajat papa sebelum tu nak pusing-pusing Putrajaya tengok lampu nampaknya terpaksa ditangguhkan. :)


Thursday, 4 April 2013

Zoo Negara



Kenapa kita ke zoo negara kat Taiping kan ada zoo ?
Sebab ada la tujuan kita pi kL tu.  Hehehe... mamaPapa ambik cuti dua hari tau. Bila papa dan mama cuti, Kayra pun terpaksalah ikut. Takkan nak tinggal Kayra sorang-sorang kan ?
Ceritanya, papaMama nak menjemput tok honey balik  dari umrah. Tok honey akan sampai petang. Tapi kita dah sampai pagi-pagi lagi . Kita nak sambut tok honey di KLIA dengan family auntie Emma. Tapi disebabkan pagi tu auntie Emma kerja, jadi papa ajaklah kita singgah sekejap kat zoo untuk habiskan masa pagi tu. Kenapa kita pi zoo sebab nak bagi Kayra seronok. Papa kata kalau kita pi shopping complex, mama saja yang seronok. Hihihihi....

Masa nak masuk tu cuaca mendung, baru je lepas hujan renyai-renyai. Ada can la hujan akan turun lagi. Tapi Kayra yang beria-ia seronok nak masuk dalam zoo buatkan papa tak sampai hati nak cancelkan plan yang dah dibuat. Kerana kamu buah hati pengarang jantung seorang. Papa kalau pasal Kayra semua boleh...


Kayra sangat gembira. Cuma mama doa je la jangan le hujan turun. Kalau turun pun jangan le lebat sangat.


Lepas beli tiket. Tak payah tunggu seminit. Tak payah tunggu dua minit. Laju je dia terus ke pintu masuk. Ikut papa....


Cuaca dah makin gelap. Sempat la kita ambil gambar ni, gambar terakhir selepas hujan turun. Lebat selebat-lebatnya.


Nasib baik lah hujan turun lebat dalam setengah jam saja. Kita masih di dalam. Berteduh kat tempat lebah. Hehehe... Lepas tu cuaca cerah terus. Belajar dari pengalaman dan sebab malas jugak, papa ajak naik tram dan kita terus setuju tanpa bantahan.


Dan kamu sangat gembira ye Kayra ?


Comel je yang di sana tu.... :)


Ada sikit panas. Papa pegang payung. Bermemori daun pisang dengan Kayra.


Entah apa pulak cik Kayra ni....?



Lepas turun kat satu stesyen tu, kita naik balik tram. Tengok binatang dari atas tram je lah.


Lepas tu kita pi tengok show . Tengok singa laut, burung dan lain-lain.


Penuh tempat duduk, terpaksalah kayra berdiri. Tapi kayra tak nampak sebab ramai jugak yang berdiri. Nasib baik ada tunggul batang kayu dari pokok yang baru ditebang kat belakang. Mama bagi Kayra berdiri atas tu, dapat la Kayra nampak jelas.


:)


Lepas show Kayra jalan-jalan lagi ke tempat gajah. Kayra takut nak dekat. Mama ikhtiarkanlah zoomkan kamera, nampaklah jugak gajah kat belakang tu.


Kayra dengan giraffe


Dengan bangau


Panjat gajah batu. Mula-mula takut tau dia, lepas kena paksa baru nak.


Kita tak terus keluar sebab lepas show singa laut tu tadi ada pengunguman tentang pengambaran live wanita hari ini. Kita tunggu je la, mana tau dapat peluang tengok Neelofa.


Bukan setakat tengok, kita dapat peluang bergambar sekali dengan dia. Cantik Neelofa ni. Kecil molek je. Ingatkan tinggi, rupanya lebih kurang je dengan mama kot mama kalah 2 3 inci je.  :)


Dia jadi jemputan untuk promote produk yang dia jadi duta ke apa ntah. Yang sebelah tu mak dia.


Ada clown jugak. Ingatkan Kayra takut, rupanya kayra dah tak takut clown. Yey....


Kayra dapat peluang masuk tv jugak sekejap. Kamera pun dok hala ke dia je. Pastu clown tu dukung dia. Mama pun ada gak sikit-sikit. Bolehla kalau nak tengok balik kat Tonton tv3 untuk rancangan wanita hari ini 27 haribulan mac 2013.  Masa ending lagu Be Mine.    :)


Lepas je show tu, kita terus keluar je. Nanti lambat pulak nak ke Puchong rumah auntie Emma.



Mama rasa best lagi zoo Taiping sebab lebih teratur dan binatang pun banyak. Pentadbiran zoo Negara kena buat something la kalau nak tarik lebih ramai pengunjung. Semoga bila kita pi lagi sekali, zoo Negara ni makn best. :)