Tuesday, 29 January 2013

Toddler to big girl already....



Dia dah pandai nak memilih baju sedangkan dulu pakai baju yang mama pilih
Kasut pun nak pakai ikut taste sendiri
makan pun nak yellow ikan aje (  ikan masak lemak kuning  )
colour nak pink aje
dah pandai berspek bagai

sekarang nak colour kuku pulak, nasib baik inai saja, sebab kita tak boleh pakai cutex nak, tak sah air sembahyang nanti....


Ini gambar masa balik kampung hari tu. Kayra cakap kat tok nak colour kuku. Macam dia tau ja tok ada inai yang beli kat Mekah hari tu. Ke dia dah nampak kat mana-mana ek ?


So mama pun suruh la dia baring terlentang kat ruang depan diam-diam sementara mama nak letak inai. Boleh pulak dia duduk diam.   :)


Kuku tangan kuku kaki semua mak kau letak nak. Bahagia mama rasa bila Kayra dapat duduk diam macam ni barang sejam dua.


Kamu dah besar kan Kayra?  Dah pandai nak berinai bagai. Sekali sekala mama dapat layankan hajat kamu ni. Tapi jangan selalu ok, kuku bila putih nampak lebih bersih.



Tak sempat pun setengah jam. Wan dah panggil Kayra masuk dalam baring atas karpet. No no no nanti merah karpet tok. Baring je lah sekejap atas lantai sementara nak tunggu inai kering.Sedar-sedar Kayra dah tertidur. Dah mama pula kena marah dengan wan.  :)






Sunday, 20 January 2013

Sudah agak lama....





Dah lama tak update kan ?

 Rindu kayra ?

Mama Kayra sibuk sangat-sangat sekarang ni dek kerana urusan kerja hakiki yang menuntut tumpuan penuh. Tapi tak apa, ada peluang, mama akan cuba curi masa dan update selagi terdaya. Ahaksss.....



Tuesday, 8 January 2013

Cerita Tertangguh....






Cerita tertangguh Camping Kayra kat Penghujung Disember 2012 ye. Sebab mama buat backdated. So, ikut schedule.... Jangan cari kat bulan Januari 2013 pulak.... :)

Dah la buat part by part.....

Biasa lah mama... lambat.....


Friday, 4 January 2013

Sukaneka Dengan Tok honey....

Hari sabtu 16 haribulan duabelas duaribu dua blas nan lalu. 16.12.2012. Cerita yang dah basi dalam  folder draft.

 Masa tu cuti sekolah. Anak-anak auntie Emma semua ada kat rumah Tok Honey. Hari Sabtu tu kita balik la rumah Tok Honey sebab dah lama kita tak balik jenguk tok honey dan tok yang. Lagipun, sepupu ada kat sana, Kayra pun dah lama tak jumpa depa kan. So Hari ahad tu ada program kat tempat tinggal Tok Honey, program kejiranan. Adalah buat aktiviti termasuk sukaneka.
kerana kebetulan time tu kita balik, Tok Honey nak ajak la sekali Kayra join sebab ada jugak acara sukaneka untuk kanak-kanak. Disebabkan ada kawan, jadinya Kayra pun ikut lah.


Mama biar Kayra pi dulu dengan Tok Honey dan sepupu-sepupu. Lepas tu baru mama kesana dengan Papa. Mama tengok Kayra happy ja dok berlari-lari kat tepi padang. Yang kat mulut Kayra tu barang yang sepupu paling besar Kayra guna untuk game bawak bola pingpong dalam sudu. Sepupu paling besar Kayra tu Alisha la...



Ok, acara kutip gula-gula. Siapa kutip paling banyak dialah yang menang. Kamu ambik bahagian jugak Kayra. Dengan Alisha dan Adelia.



Apa kamu tengok tu ?  Ok ke ?



Ok ready.... get set... Gooooo..........

Eh    !  Kamu kenapa ?



Oit sayang... kamu dah tinggal sorang-sorang..... Menangis pulak dah....



Last-last, takyah kutip gula-gula semua tu, dapat gula-gula free yang orang tolong kutipkan dan diusung keluar. Mama dah tak tahan gelak masa ni....hehehehe...


Kat atas riba papa pun masih menangis lagi. Tapi kat tangan tu dok genggam lagi gula-gula free yang tak payah kutip tu.
Sabaq ja la.....



Maih mama tolong buka gula-gula free tu. Masa ni dok lap ayaq mata lagi. Hang la Kayra... Cengeng...



Orang lain steady ja nak bersukaneka bagai. Kamu tak biasa ek ?



Mari kita bergambar bersama-sama di hari yang sangat bersejarah ini. hari dimana Kayra menangis sebab tak mau berebut-rebut kutip gula-gula.


Tok Honey pun sangat bertuah hari tu dapat hamper. Jauh kena jalan pi ambik. :)





Ok, itu saja nak cerita hari ni.

Kayra yang tak suka kena paksa. Kayra yang tak suka dan tak reti rebut-rebut. Kayra yang sangat manja, nak semua dibagi kat dia. Kayra yang tak suka masuk pertandingan. Kayra yang tak suka jadi tumpuan ramai-ramai. Kayra yang suka tunjuk perasaan. kayra yang sangat pemalu. Kayra yang tak pandai beramai-ramai. Segala-galanya pasal Kayra yang tergambar seperti di atas.

Apa yang mama perlu buat to built her self confident ?
Tolong mama.....

Tuesday, 1 January 2013

Ini hari pertama 2013


Hari pertama. Biasalah. Tak ada idea lagi nak tulis apa. Cerita yang tertangguh tu pun entah bila nak bersambung. Takpa nanti mama akan back datedkan...:). Sekarang mama kan sibuk sikit. Sibuk ulang alik ke satu tempat yang jadi pejabat kedua mama. Nanti bila besar mama harap Kayra tak la kerja macam mama, berjemur panas sampaikan kulit sakit terbakar....cerita biar nampak sadis sikit baru seronok bercerita hehehe, padahal tak la teruk sangat pun. Harap-harap nanti besar Kayra jadi tukang jahit ye ? ( Hehehe...boleh jahit baju cantik-cantik dan tengok orang cantik-cantik)  atau jadi tukang masak yang boleh masak sedap-sedap atau tukang reka yang buat rekabentuk rumah, boleh lukis rumah besar yang bentuk macam-macam. Iye-iye ja mama dok rancang masa depan anak. Takpa, berangan tak salah kan ??
Harap-harap tahun 2013 jugak cik Kayra kurang lah sakit-sakit macam selalu ala demam-demam manja gitu. Ini tak, kalau mama ada kerja je time tu la dia sibuk nak demam. Mama pun nak kurangkan 'pampered' sangat Kayra ni, selalu kalau badan panas sikit aja, Kayra menangis aja terus mama ambik cuti atau teacher call saja cakap Kayra panas sikit terus mama start kereta terus ambik dari kindy, harap-harap lepas ni kurang lah sikit benda-benda macam tu. Kayra pun tak bolehla di ajar manja sangat. 
Harap tahun ini akan bawa sejuta kebahagiaan buat kita. Aminnn..