Friday 2 March 2012

Bawak Tok Pergi Alor Setar

Ahad esoknya lepas kenduri kita bawak tok pergi Alor Setar nak beli barang-barang untuk bawak umrah. Maksu pun ikut sekali. Mak Lang kata dia ada ajak tok pergi beli barang hari tu tapi tok nak pi dengan maksu jugak. Oleh kerana paksu tak dapat nak balik sebab bekerja, kita pun join jugaklah untuk temankan maksu dengan tok.
Mula-mula sampai alor Setar kita pergi beli dekat satu kedai barang haji dan umrah tu belakang Kedah Supermarket, lepas tu kita lintas jalan naik jejambat pergi Pekan Rabu pulak. lama betul mama tak datang Pekan Rabu ni. Lepas membeli di Pekan Rabu, kita pergi pasaraya pacific pulak. Lepas pasific kita terus balik. Pukul 3 dah sampai rumah Wan. Kita balik awal sebab petang tu jugak kita nak balik Nibong tebal. Takut lambat nanti.
Mama letak je gambar kat sini. Tak tau pulak nak cerita apa. Letak gambar banyak-banyak biar gambar saja bercerita. Lagipun banyak gambar diambil, kalau tak publish kat sini alamatnya akan jadi tukun je la dalam thumb drive mama.

















* papa janji nak bawak kita jalan-jalan Alor Setar naik menara,  bila papa  ?

6 comments:

HUZAIFA said...

syoknya pi pekan rabu, dah lama sangat rasanya kak efa xpi pekan rabu. dh lain dah sekarang ni kan. dulu mak kak efa kalau nak makan dodoi mesti pi beli kt pekan rabu kt sorang makcik ni yg selalu pakai gelang smpai lengan, tu yg ingat sangat. jgn2 dh arwah dah pun mak cik ni. dok balik astaq tak dan nk singgah, dok lalu jer dpn pekan rabu tu... bila ya boleh pi????.. panjangnya mengalahkan blogger la pulak..... kihkihkih, jgn mare yer ida

Syarida said...

hehehe....orang kedah mesti ada kenangan dengan Pekan Rabu ni. Apa nak katakan, dulu kalau time nak cari baju raya kat sini la tempatnya. Dok cari buah keranji takdak dah, dulu ada jual kat pekan Rabu ni ?

Huzaina Hashim said...

huhuhu...dh lama x blk alor setaq...Kak Ina jarang shopping sgt kat Pekan rabu nie..hehehe...

Siti Hajar said...

wah..seronoknya dapat p shoping.. tergoda tgk tudung2 kat situ.. :)

Mahani said...

buah keranji kalau kak ida pi patai merdeka ada. ada org jual ngan motor. tapi tak taulah ada dak lagi la ni. tulah kami pun kalau blk as x pernahnya singgah kat situ. rindulah byk kenangan kat situ.........

Mahani said...

patai pulak. pantai

Post a Comment