Tuesday, 27 March 2012

Hari Air Sedunia

Macam Hari Penternak, Peladang dan Nelayan hari tu, Hari Air Sedunia pun buat kat tepi Sungai Kerian jugak. Kita mana boleh tak pergi, papa mesti nak bawak kita jugak. Hari jumaat malam, kita keluar pergi situ untuk tengok pertunjukan malam. Papa kata kita mesti tengok bot berhias dan pertunjukan bunga api.

Ini pentas utama. Timbalan Perdana Menteri akan datang merasmikan Hari air Sedunia ni esok. Masa kita sampai, tengak rancak depa-depa tu tengah hias pentas. maklumlah, yang datang tu Timbalan Perdana Menteri.


Oleh kerana kamu pendek dan kecil, makanya kamu boleh senang-senang arahkan orang untuk dukung kamu. 


Papa dah penat, mama pulak yang dukung Kayra. Tapi mama sekarang dah tak boleh dukung kamu lama-lama sebab kamu dah makin berat.


Ramai orang bersesak-sesak nak tengok bot berhias. Bahaya jugak kalau tak dukung Kayra.


Bot berhias daripada JPS Hilir Perak. Sangat cantik.


Ini pulak bot berhias JPS Kerian. Cantik jugak. Replika udang tu bergerak-gerak tau.


Lepas tu kita tengok bunga api pulak. Bila dah ramai-ramai macam ni, tak takut pulak Kayra. Selalunya kalau tengok bunga api kat balkoni rumah, menangis-nangis dia takut.
Lepas tengok bunga api kita merayau-rayau sekejap kat gerai-gerai depan tu. Sebelum balik, kita singgah makan sup sekejap, papa memang dah addict dengan sup sempadan.

Esoknya. Kayra pergi school. PapaMama datang lagi sini. Ada lagi macam-macam acara hari ni. Kayra balik school pukul 12 jadinya papaMama sempat tengok aktiviti kat situ sampai pukul 12 je la. Cadangnya nak sarapan kat pekan lama tapi ramai pulak orang, nak makan nasi kuning memang tak dapat la, mesti penuh jugak. Jadinya, papaMama cuma beli kuih-kuih kat gerai dan makan sambil-sambil kat tepi sungai.
Datuk Seri Muhyidin Yassin tak dapat datang sebab beliau ada kat Sarawak katanya,, jadi cuma wakil yang dihantar. TPM tak datang, Menteri Besar pun tak datang, wakil jugak yang dihantar. Tapi tak apa, Mr Os datang jugak seperti yang dijanjikan. Gamat khemah utama dengan telatah Mr Os.


Papa memang suka kuih peniram. Ada dua tiga gerai yang jual kuih ni.









 Mama sempat snap beberapa gambar semasa tunggu pertandingan perahu kayuh.
Dari cerah pagi tak panas lansung, sampaikan tengahhari matahari tegak atas kepala.
Lepas perahu, PASCAL plak letupkan bom berwarna. Cantik tapi mata mama tak tahan pedih la. Ada jugak budak yang menangis sebab terkejut.












 Lepas selesai bom semua, papaMama berjalan ke pekan Lama pergi kedai lampu. Kedai lampu lagi. Selesai hal papa, kami balik. Jemput Kayra tepat jam 12.30tgh. Sangat penat hari ini.

4 comments:

  1. alahai...ina ada je merata situ...xde jdoh nak ketemu...klu xleh jumpa di kayra yng comei tue...

    ReplyDelete
  2. Tu la, kalau jumpa mesti dah ada gambar ina dalam blog ni. Lain kali kalau ada buat apa-apa lagi area Parit Buntar jangan lupa bagitau...

    ReplyDelete
  3. insyaallah...xtringat langsung...p ke nanti reunion kita yang Ceksue cadangkan tue...

    ReplyDelete
  4. Tengok la dulu ina, kena tengok time tu macammana dulu.

    ReplyDelete