Wednesday, 24 May 2017

Bandung yukk....Day 2...19 Mac 2017



Cerita  mesti bermula dari awal pagi kan. Dari bilik hotel dan berawal dari buka mata. hahahaha...
Hari kedua di Bandung. Papa kejut awal pagi. Bangun-bangun, nak mai sangat bandung kan, bangunlah awal. Waktu indonesia adalah awal satu jam dari malaysia, so pukul 6 pagi dah cerah. Anak-anak mama bangunlah cepat, masa akan mencemburui kita.  Siapkan depa dan mamapapa pakai baju baru beli semalam, maklumlah beg tak sampai lagi.
Cerita dari bilik membawa ke tempat makan. Hari ni kita sarapan di hotel. So far kena dengan tekak kita sebab ada nasi putih dengan ayam macam masak kicap gitu. Audra tak ada masalah, kakak lagilah. So kita pulun makan , nanti takyah la makan awal sangat. kalau anak-anak mama lapar nanti, mama ada bawak bekal roti gardenia , keropok,  susu kotak dan macam-macam lagi.


Sementara nak tunggu kapal terbang yang bawak beg kita sampai... (Ayat macam kapal terbang tu bawak beg kita semata-mata hahaha...), supir bawak kita singgah sat kat kedai yang jual kain sulam, batik dan telekung. papa je beli. Mama tak terasa macam nak beli lagi...hehehehe...


 Dan Kakak turun ikut papa tunggu beg kita. audra dan mama tunggu dalam kereta. Best la dia dapat lepak-lepak main playground, kesian adik dok dengan mama garang.



Delay lagi. Rugi ja kita sekerat hari. Pukul sebelas (waktu malaysia) pun tak sampai-sampai lagi.



Kedai kain D'Fashion. Pening kepala mak kau. Sama je pilihan macam kat Gulatis lebih kurang tapi lace memang terbaik. Tak banyak mama beli. Untuk baju raya Kakak dengan audra untuk raya je, pastu lace untuk mama satu. Rasa rugi pulak kalau tak beli lace...



Mama baru nak tengok-tengok, si kecik dah buat perangai. Panjat sofa, terjun, panjat terjun. Takpa-takpa, sabaq mama sabaq.


Naik juling mata mama tengok cotton fabric banyak-banyak ni, semua cantik, semua lawa



Destinasi seterusnya adalah Cibaduyut.  Yang ni top list mama kalau ke Bandung. Nampak tu replika kasut, petanda Cibaduyut dah dekat sangat. Cibaduyut ni sangat terkenal dengan barangan kulit terutamanya kasut dan handbag. Selalunya orang kesana sebab nak beli kasut la...



Kita masuk komplek Grutty je. Sebab penat papamama nak handle anje. Eh taklah. Rasa sebab grutty pun dah cukup memenatkan kalau nak pusing-pusing. Bukan nak membeli sangat pun...


Dan si dia sempat membuat onar semasa kerja-kerja memilih sedang dilakukan. berpasang-pasang kasut audra ambik dan campak ke lantai. tu tera pilih kasut dia tu, kalau kasut mama lagi bermacam kelaku dia buat.


 Tak bagi kacau dan tak bagi pegang. So inilah ye audra cara nak pakai kasut dengan betul?  Suka hati kamulah nak...



So sebenarnya kita round satu floor saja tapi itupun tak habis. Malas mama nak bersilat lama-lama kat sini. Baik naik kereta cepat-cepat, dapat gak rehat dalam aircond tu. Dalam pada kalut dengan anak, dapat gak la mama dua pasang kasut, satu handbag, anje n kakak dapat sorang sepasang. Tu tera kalut tu, cuba tak kalut...



Ada menu, ada makan. Mama lapaq lepas penat pilih kasut. No idea mana nak makan hari ni. Tanya supir dia cadangkan restoran ni. Ok lah papa cakap, kita try tempat ni.



Pakat dahaga semua. Audra minum milo yang bawak dari Malaysia naik kapal terbang. Dapat milo baru senyap. Makanan tak sampai lagi, air dah nak habis.



Restoran Belacan. Ok la not bad, hari ni betul-betul kita nak try makanan Sunda, selalu kalau pi Indonesia mesti nak makan nasi padang. Mama nak makan nasi Timbel. And papa, please jangan serius sangat.



Ada live band. So konsepnya kita makan sambil berhibur. Habis semua lagu popular depa susun. Bukan permintaan dari kita, tapi permintaan dari satu lagi family Malaysia sebelah kita. Lagu Ungu purple semua ada, apa lagi wali band.



Mak bapak gaduh nak bergambar lagi, tapi anak dah angkat tangan nak baca doa (regarding gambar tangan kayra tu ). hehehehe...



Makan le, makan le kakak. Mama nak bergambar lagi ni. So sedap makanan kita hari ni. Mama suka sangat.



So lepas makan, Audra lari-lari keliling. Nasib baik boy band dah balik. Kalau tak habis dia langgar alat-alat muzik musician.



Dan kakak pun join sekali. Gambar pun gegar



Ini namanya gambar gegar berganda.



Biarkan, biarkan mama letak gambar banyak-banyak. Lama bersawang blog ni. Best jugak hias-hias sikit dengan gambar ni.



Anyway ini dua menu kita hari ni. Nasi ayam penyet dan nasi timbel, dua-duanya Restoran Belacan's style. Kita ada makan nasi timbel lain jugak, rasa ada sedikit berbeza. Agaknya ikut cara masak dan tukang masak jugak kot. Tauhu dan tempe tu sedap sangat. Mama suka. Selain dari dua ni, papa order jugak gado-gado tapi makan tak habih, sebab rasa pelik hahahaha... rasa lengkuas kot, atau daun apa ntah, papa tak biasa.



Lepas makan, acara yang dinanti-nanti...shopping time. Kita mulakan dengan baju anak-anak dulu. Harap maklum mama bukan ada banyak duit sangat, bukan jugak nak beli banyak sangat, tapi mama takleh tengok benda benda yang tersusun cantik macam ni, banyak pulak tu, berbagai warna, berbagai bentuk, berbagai jenis.... semua ni boleh buat mama mabuk you know. 



Ingatkan kat sini dapatlah mama beli baju serupa untuk kakak dan adik. Mama suka bagi kamu berdua pakai baju yang sama, sama patern dan sama warna. Senang nanti nak tengok mana satu anak mama. Tapi takdak pulak. Ada yang sama patern tapi warna tak sama, takpa la, dapatlah jugak. Beli lah yang mana sempat, yang serupa nanti kita beli kat Malaysia. Papa kata mama mengada, bukan takda baju kat Penang. Adatlah perempuan, orang lelaki mana tau....



Sementelah (amboi) mama tengah memilih ambik letak, ambik letak. Depa dua orang bermain kat playground area. Ada sekali kakak keluaq pi kat mama, dengaq pulak si audra menangis jatuh ka kena tolak dengan sapa plak dalam tu. So kakak la pi teman si adik. Nampak je garang Audra ni, manja.


Lupa nak bagitau, tempat tu adalah Factory Outlet Anak-anak kecil nama dia. Sejuta rupiah perabih dalam tu. Tu je la pembelian terbanyak di dalam satu tempat yang mama belanja di Bandung ni. Tempat lain ada jugak tapi takla sebanyak di sini. Insaf...




Anje and papa. Penuh cabaran nak bawak dia jalan-jalan pun. Bukan boleh rehat, penat lagi dok ada. Tapi kita enjoy je kan. Harap-harap proses membesar kamu penuh dengan cerita-cerita indah.



Ini kakak. Sangat suka dengan girly thing. Mintak doll tapi mmg tak dapat la sebab tadi kat ciaduyut dah dapat patung sorang sekoq. Mama cakap tak payah tapi nak jugak. Tu la...



Tersusun je kain baju semua, tenang je suasana. Ada tempat yang sesak sangat sampai nak pilih tak selesa, tapi ada sesetengah factory outlet memang sunyi macam ni.



Biarkan kami terang dibawah lampu..




So inilah factory outlet kedua kita. Mama beli satu baju.



Ini pulak factory outlet ketiga. Tak ingat namanya.



Suasana malam di jalan Dago (kalau tak salah mama). Di sepanjang jalan adalah factory outlet. Samada larat dengan tak larat je nak terjah semua. Tapi memang ramai la orang malaysia kat situ, rasa macam mai reunion pulak.



Gambar terakhir kita di malam ini. Audra dah ngantuk. Nak berdukung je dia. Kakak pun dah penat. Lepak sekejap menunggu supir.



Tak sabar menunggu esok. Hari-hari di Bandung sangat indah. Tapi esok hari yang paling dinantikan kakak. Sebab esok ialah 'no shpping day'.
Jumpa lagi di entry baru.



-Di Bandung Kita 19/3/2017 

xoxoxoxo

No comments:

Post a Comment