Day 3 ni sebenar-benarnya mama bagitau mama malas nak cerita sebab tak dak idea dah apa nak tulis. Gambar berlambak-lambak. Nak buat biar gambar berbicara nanti kosong sangat pulak. Takpa lah, mama try la taip apa yang patut.
Macam biasa, bangun pagi, siap-siap turun sarapan. Makan cukup-cukup. Hari ni mama puas makan laksa sarawak, audra makan nasi, kakak makan kue teow. macam-macam la kita makan. Tapi takdak la sampai muntah-muntah balik.
So hari ni plan kita nak ke kampung Budaya Sarawak, perjalanan ambil masa dalam 50 minit ke satu jam dari hotel Riverside Majestic ke Santubong. Kakak duduk depan jadi co pilot papa, mama kat belakang babysit Audra. Wah sangat tak diamnya Audra kat belakang, most of time dia nak ke depan duduk dengan kakak so kebanyakan masa mama berfungsi menahan dia ke depan, penat tau. Kita takla rushing sangat sebab dah tau show kat kampung Budaya tu pukul 11 pagi tapi takla bermakna kita melambat-lambatkan masa. Kita santai-santai ja, takmau la kalut-kalut nanti tension, mood bercuti kan...
Kita sampai kat kampung budaya lebih kurang jam 10.15 pagi. Papa bayar tiket masuk dulu. RM60 dewasa dan RM30 kanak-kanak, Audra free je. Setiap sorang dapat satu buku 'pasport' , nanti kalau kita naik setiap rumah etnik kita stamp cop la kat buku ni sebagai tanda kenang kenangan. Setiap rumah ada stamp yang tersendiri.
Kita berjalan jauh masuk ke dalam sebab ingatkan tempat show tu kat dalam, rupanya sudah diubah ke depan, ingatkan buat kat tempat dulu sama macam mamapapa datang 7 tahun lepas rupanya dah berubah. So berpatah baliklah kita. Tapi kan , kalau bab berjalan ni Audra lah yang paling seronok,cukup marah kalau mama nak pimpin tangan dia.
Show tu tak lama, rasanya tak sampai satu jam pun. Tapi menghiburkan la, tak sedar masa berlalu, tau-tau dah habis. Macam biasa ada lah tarian kaum-kaum dan etnik kat Sarawak ni.
Selepas itu bermulalah perjalanan kita masuk setiap rumah orang kat dalam tu. Mama tak masuk semua. Pilih-pilih jugak sebab yang tinggi-tinggi, kena panjat tangga atau yang payah nak masuk mama skip je. Mama duduk je kat bawah atau kat luar. Jaga Audra. Audra ok je, steady je walaupun panas. Happy je dia dapat jalan sana sini handfree.
Lepas melawat semua tempat. Kita makan aiskrim sat. Lepas makan papa tengok kat buku pasport tu ada satu rumah lagi tak cop, so papa pi dengan kakak je la, mama dah penat. Audra dah comot dah, mama nak madikan dia je la. Naik la atas kat sebelah dewan show tadi mandikan kat toilet je. Tukar baju. Lega tengok audra dah bersih. Turun bawah tengok papa dah sampai, kita gerak keluar dapa ambik kereta. Kita lepak kat depan tu dulu sementara tunggu kereta sampai. Dengan keadaan letih kita gerak balik ke Kuching.
Dah sampai Kuching kita pi Fort Margherita, nak masuk dalam dah tak boleh sebab dah hampir nak tutup. Kita bergambar je la kat luar. Cantik permandangan kat situ.
Dari situ kita pi beli kek lapis untuk buah tangan. Kat kedai semalam lah Rasa punya rasa, pilih punya pilih belilah sikit untuk bawak balik. Mama tak beli, papa je yang beli.
Lepas tu beli ikan terubuk kat luar tu. Beli 3 ekor, cukup lah.
Dari situ kita pi pasar satok plak. Beli sayur Midin untuk bawak balik Penang ( 3 bungkus rm 5) Ambik je la. Tahan ke tak tahan, rosak ke tak rosak ke kita beli je dulu bawak balik.
lepas tu beli dua ekor lagi ikan terubuk. Murah pulak rasanya beli kat pekan satok ni. Selesai.
Hey, lepas tu kita lapaq tau. Satu hari berjalan huru hara kesana-sini. Dah masuk tahap kebulur dah mama ni. Papa cakap kita makan terus la. Makan kat tempat semalam. Awai sikit dan harap-harap orang tak ramai. Ambik menu yang cepat masak sebab dah lapaq ni. Ayam, tomyam, telur dadar dan kailan. Dah.
Malamnya kita pusing-pusing bandar Kuching sekejap dan lepak-lepak tepi sungai sekejap. End up dengan Kayra dan Audra terlelap dalam kereta, jadinya itulah petanda harus beristirehat.
Dah habis cerita day 3. Esok last day, kita dah nak balik. :)
Harap tak jemu dgn gambaq yang berlambak.
xoxoxo

No comments:
Post a Comment